Friday, March 5, 2010

stop child abuse!

tolonglah, kebelakangan ini kanak2 di malaysia bukan sahaja di jadikan sebagai alat pemuas nafsu orang dewasa malah kanak2 sekarang yang manja dan comel di bunuh oleh orang kita bangsa kita bangsa melayu.

pelik nya kita ini tidak menunjukkan simpati kepada mangsa, mangsa yang masih kecil bukan sahaja di seksas di pukul di khalyak ramai malah ada yang sengaja di cederakan. Mereka ini bukan untuk di dera, bukan untuk di eksploitasi bukan untuk di dagankan bukan untuk di perhambakan mereka adalah modal insan mereka adalah pemacu bangsa malaysia pada akan datang.

Baru2 ini kanak2 berusia 18 bulan pula menjadi mangsa bunuh, besar sangatkah dosa kanak2 ini sehingga ia perlu di bunuh, cukup lah anak2 luar nikah yang mendarat di dalam tong sampah, di dalam longkang di depan masjid bawah kelapa sawit. tidakkah kita dapat bayangkan betapa pengorbanan ibu mereka mengandungkan kanak2 ini. saya berasa begitu kasihan kepada mangsa dan keluarga mangsa.

apakah dosa mereka sehingga anak sekecil ini di bunuh, dan ada yang di rogol dan ada yang di dera secara fizikal dan emosi.

sudahla budaya kita makin tercorot dengan merogol darah kandung sendiri janganlah sehingga budaya kita di kecam oleh masyarakat antarabangsa, dengan kematian kanak2 kecil yang tidak berdosa. apakah motif anak ini untuk di bunuh adakah anak sekecil itu membawa sekotak besar peti emas untuk dan menarik minat perompak? adakah pewaris sebuah kerajaan yang unggul?

berhenti lah bangsa ku bangsa malaysia jangan lah kita paksa kanak2 ini untuk menjual sesuatu menagih simpati, janganlah di eksploitasi lagi kanak2 di bumi bertuah ini, apakah komen pihak polis dan pihak berkuasa di luar sana?!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin