Sebagai seorang perokok saya begitu terguris dengan tindakan kabinet mangkuk hayun yang menyuruh semua syarikat rokok di Malaysia untuk meletakkan gambar sebagai effect yang mungkin akan terjadi kepada penghisap racun berjadual ini. Sakit nya hati bukan nya menggerunkan saya tetapi seolah-olah satu tindakan prejudis kerajaan kepada saya dan kepada penghisap rokok yang lain.Gambar keguguran bayi dan gambar pelbagai yang aneh lagi menyakitkan mata ini juga boleh merugikan syarikat rokok, andaikata suatu hari nanti saya menghidap penyakit di sebabkan oleh rokok ini dan saya hendak bertindak untuk menyaman syarikat berkenaan, mungkin saya tidak mempunyai lokus standi untuk berbuat demikian kerana terdapatnya gambar-gambat berkenaan. Gambar yang menggerunkan itu benar2 menyebabkan rasa serba salah saya untuk melepaskan gian atau menghisap benda2 lain (seperti tetek bayi, atau menghisap dadah untuk mengkhayal kan).Umum mengetahui bahawa sekurang-kurang nya 5 juta rakyat Malaysia menghisap rokok dari pelbagai peringkat umur dan mereka juga melihat apa yang saya lihat di kotak rokok itu, jika kerajaan mangkuk hayun ini berjaya mengurangkan jumlah penghisap rokok di Malaysia secara mendadak ataupun 75% daripada jumlah itu saya akan menyokongnya, atau menghentikan kadar pertumbuhan penghisap rokok baru di malaysia sehingga tiada penghisap rokok baru dalam masa 60 hari saya akan menyokong perletakkan gambar itu di setiap kotak rokok.Adakah kerajaan mempunyai satu mekanisme untuk mengawal dan mempunyai statistic counter untuk mengira jumlah itu? ataupun hanya cakap2 menteri yang tidak mendapat komisen dari syarikat rokok? saya juga di sini menyarankan semua penghisap rokok di Malaysia membuat satu petisyen untuk di serahkan kepada yang di Pertuan Agong untuk menyuruh kementerian Kesihatan Malaysia menarik balik syarat kepada syarikat rokok di negara ini untuk meletakkan gambar implikasi rokok kepada kesihatan rakyat Malaysia. Seolah mengumpulkan sejuta tanda tangan untuk membantah tindakan menteri mangkuk malaysia ini.saya juga percaya statistic di malaysia mengenai kematian yang di akibatkan rokok amatlah rendah berbanding dengan kematian yang berlaku di jalan raya di Malaysia, dan saya di sini hairan mengapa tiada gambar atau pun placard yang di letakkan pada setiap model kereta dan kenderaan di Malaysia bahawa effect membawa kereta dengan laju, merempit motosikal dan memandu bas sambil tidor boleh membunuh dan mengorbankan lebih banyak nyawa!dan mengapa perlu penghinaan ini terpaksa di hadapi oleh penghisap rokok seperti saya dan tidak kepada orang yang membeli kereta baru, di mana mereka juga perlu melihat gambar kemalangan maut sekali, ataupun effect dari meminum kopi dan perlu di letakkan gambar orang yang mengalami migrain dan sebagainya pada setiap produk kopi dan sebagainya.Janganlah kerajaan melihat semua penghisap rokok itu mati kerana akibat menghisap rokok dan ada juga penghisap rokok mati di jalan raya dan akibat memakan coklat dan obesiti! tetapi jarang sekali kita dengar orang yang mati di jalan raya itu semuanya perokok, dan jumlah perokok yang masih hidup pada keesokan hari lebih banyak dari orang memandu kereta, alangkah baik nya jika kerajaan juga meletakkan gambar kemalangan pada setiap kenderaan daripada meletakkan gambar tak tentu pasal pada kotak2 rokok ini. Kerana saya begitu yakin jumlah kematian di jalan raya perlu di kurangkan sehingga lebih rendah daripada orang yang mati kerana merokok. Biarlah padan gambar2 menakutkan dan menggerunkan ini di letak di sebelah hati orang yang berminat, berminat hendak membawa lebih dari had laju, berminat memandu di bawah pengaruh alkohol dan berminat menghisap rokok selepas makan. Oleh itu, saya di sini menyeru semua rakyat Malaysia yang masih merokok dan mengemari rokok ini untuk membantah dan mengutuk sekeras2nya penghinaan kepada kita dan syarikat rokok yang kita sayangi, mana mungkin kita isap tembakau sagu pula.p/s: menteri kesihatan baca ke ni?!
No comments:
Post a Comment
bla bla bla
not related? dustbin