Rupa ulat mulong
Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu (rumbia) ini.
Dalam mahzab syafi'i yang diamalkan oleh kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.
Yang diistisna' (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apatah lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali"
Jadi menjadi satu syarat yang ia dimakan bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.
Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mukhtabar dalam mahzab seperti Minhajuth Tholibin m/s 130 & 132 serta syarahnya pada tuhfatul Muhtaj, juzuk 9 halaman 369 dan 445.
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar yang juga pengarang kitab Sabilal Muhtadin dengan jelas pada juzuk 1 m/s 38 menyatakan sebagai berikut "...bahawasanya telah dunashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada keika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia".
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.
Malangnya ada sebilangan kecil masyarakt Islam yang masih tidak mendengar (malah sanggup menghalalkan) beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mahzab Syafi'i.
Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa memakan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya memakan ular dan katak dan dan beruk mengikut mahzab Syafi'i. Jadi eloklah berhenti jika dikatakan rasanya seperti udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 years ago
No comments:
Post a Comment
bla bla bla
not related? dustbin