http://www.youtube.com/watch?v=f98xOld4ewASaban hari kita mendengar cerita kes buli di sekolah tetapi tiada tindakan daripada pihak berkuasa ataupun pihak sekolah, pergaduhan di sekolah2 juga seumpama pertarungan gusti yang sering kita tonton di dalam kaca TV kita.Ada juga mangsa yang di rogol oleh rakan sekolah sendiri, ada yang di belasah kerana RM1, tetapi ini bukan gangsterisme kata bekas Menteri Pelajaran, Hishamuddin (pondan). Saya juga begitu takut melihat karenah budak2 sekarang, kalau berseorangan memang saya tidak takut, yang sekarang ni macam satu perhimpunan sekolah kaki gadoh, jadi inilah modal insan terbaik yang di produksi kan oleh Malaysia.Saya taknak cakap pasal rokok kerana sekarang hampir sebahagian besar "pelajar" ini menghisap rokok, hisap rokok pulak depan sekolah je... tunggu bapak or mak diorang nak ambik isap rokok dulu.Tetapi saya ingin membincangkan pasal jenayah yang dilakukan oleh juvana ini, seperti rompak, bunuh rakan, rogol junior dan sebagainya... kita juga ada adik, anak yang masih bersekolah, kalau adik kita tu taiko takper lah, tapi kalau ada taiko lagi kat sekolah tu yang membimbangkan kita. kita tidak dapat melindungi mereka 24 jam walaupun kita ini sebagai ketua polis daerah atau apa sahaja jawatan penting yang kita pegang.Ingatlah kemaafan atas jenayah yang dilakukan sahaja yang boleh melupakan kejadian yang mungkin meninggalkan bekas di hati setiap orang, malah tiada akta untuk mendakwa juvenil yang mengedar dadah atau membunuh, cukuplah di hantar ke Henry Gurney.Agak2 nya lah di mana kah kesilapan pendidikan kita hari ini? tidak akan saya bimbang jika benda ini tidak di bendung atau di ubati segera saya percaya suatu hari nanti mungkin dalam 10 tahun dari sekarang ada adegan tembak menembak di sekolah di Malaysia? takkan tunggu tu baru nak bertindak...
No comments:
Post a Comment
bla bla bla
not related? dustbin