Sunday, May 31, 2009


PKR kekal DUN Penanti


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, apabila calonnya, Mansor Othman, menewaskan tiga calon Bebas dengan majoriti 5,558 undi, lebih besar berbanding majoriti 2,219 undi yang diperoleh parti itu pada pilihan raya umum tahun lalu.

Mansor, 59, memperoleh 6,052 undi, manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah dengan 392 undi, Nai-Khan Ari sebanyak 494 undi dan Kamarul Ramizu Idris 56 undi. Undi rosak pula adalah 106.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Penanti, Roslan Yahaya, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada jam 7.15 malam. - berita hairan


Nasib baik BN takder kalau tak memang kosong le, padan muka mak minah, ambik kau jawatan timbalan ketua menteri kau tu... Buat orang gelak je... Bodoh punya nenek sapa tu!!!Buat perabih deposit je

Pesta jumpa bayi




Musim sekarang mesti ada orang jumpa bayi, yang di buang di merata tempat, dalam sungai, dalam sampah, depan hospital, depan masjid, dalm hutan. sebenarnya tragedi ni bermusim agaknya, ada yang tinggalkan nota, dah beranak baru nak berfikir, punya lah kejam ada golongan perempuan ini. Tidak kah mereka fikir apa yang akan berlaku terhadap diri mereka apabila di azab di akhirat kelak...

Memang binatang kerana binatang lagi mencari makanan kepada anaknya. sejahat2 babi masih menyusukan anaknya, sejahat2 yahudi masih lagi tidak membuang bayi mereka, (yahudi bersyukur kerana gen mereka Yahudi. Apakah nak jadi kepada bangsa 1 malaysia ini( aku nak cakap melayu, tetapi ketuanan melayu dah habis pakai 1 malaysia dah sekarang).

rasa segan rasa nak puji kemuliaan bangsa lain ini kerana takut saya ni di umpamakan kacang lupakan kulit, tetapi ini niat saya sebagai dakwah, nak harapkan pekida? ptuihhh...

Tunggu sahaja lah bulan bulan Jun, September dan November (9 bulan selepas hari Merdeka, New Year dan Valentine) pasti ada kes terjumpa bayi di merata2 tempat. Tak kesian ke diorang ni... Itu belum lagi bulan2 lain.

Entah berapa ribu lagi anak2 1malaysia ni hendak di jumpai, bukan sahaja di Jengka di mana2 pun tetap sama. maklumlah 1malaysia.

Jahanam punya bapak mak diaorang ni!!! Nasib baik Melayu ni beragama Islam, kalau tidak bangsa Melayu juga akan di laknat seperti mana juga bangsa Yahudi, zalim lagi gila... Di pimpin oleh UMNO.

Selamat hari Gawai Dayak


Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh bangsa Iban, bidayuh, orang Ulu tidak kira yang di rampas tanah nya oleh kerajaan, yang beragama Kristian, Islam atau Pagan. yang menyokong taib Mahmud menjadi ketua menteri Sarawak, yang menyokong harga minyak mahal, yang menyokong tol jambatan Asean berharga RM10, yang berada di Betong yang berada di Marudi...

Yang menyokong calon bebas yang menyokong Anwar Ibrahim yang berkepetingan sendiri, yang rumah panjang kayu, yang rumah panjang batu, yang rumah panjang ber air-cond (Rumah panjang Jabu) ataupun apa2 yang ada fikirkan dan tidak terkecuali yang tidak kisah semua ini...

Selamat Hari Gawai Dayak kepada anda semua (kecuali yang sedang di timpa musibah)

Jabu says: Dayak must give a chance to their child for education and not wasting their money for gambling , drinking and non-profit activities.

Kucing Parsi says: Tumbangkan Jabu, pengampu!!! Dayak mesti CM Sarawak. Support majoriti. Undi PKR, SNAP, DAP , PAS...

Saturday, May 30, 2009

Kayveas Presiden... horray horray...


Kayveas menang tanpa bertanding Presiden PPP


Alah mana tak menang orang nak lawan pun awak pecat... Nanti mahkamah tentukan, tup tup Murugiah Presiden yang sah, hah? Awak nak buat macam mana? Nanti ada lah lagi satu Parti Politik kaum India, presiden dan Pengasas nya Kayveas...

Ini orang memang diorang punya cakap itu serupa ular. Tidak boleh percaya, kalau u orang percaya memang kena itu dia punya bisa. Silap2 boleh pegi mati ooo. Itu lu pecat Murugiah apa sebab dei? Politik wang. Politik wang mana ada salah !!!

Apa itu UMNO ada 900 kes cuma 9 orang saja kena... U orang tidak ada aduan lagi banyak orang kena pecat... mana satu nak percaya ni...

PPP ini ada 2 Presiden satu betol satu menang satu kena pecat mana satu betul, mana satu pulak yang normal. PPP ini baru sahaja u orang. Ini cerita 2.5 juta rakyat Perak, MB ada 2, speaker ada 2, kerajaan ada 2... malaysia pun ada banyak... itu sekarang malaysia sudah jadi one malaysia...one malaysia orang curi resource

Deiii... U mau ingat, orang India sudah tidak percaya sama lu lagi, mana lu mau pigi, orang India sekarang suma mau tolong itu pakatan Rakyat lah.. Undi Bebas pun lagi bagus dari undi u...Kalau tak percaya tanya dengan minah ronggeng...

Ye ke mak minah?

teringat pulak dengan lagu budak hip hop singapore tu...

Ambai mak minah sayang... Mak minah kaki temberang...

gadoh la korang, lantaklah... menang jadi arang kalah jadi abu!!!

Aku dok gelak je...

Hahahaha

Balik shopping...

Nana dan maknya baru sahaja balik dari membeli belah maklumlah perempuan, pilih lagi beleklah... Di jadikan cerita apabila sesampai di rumah Nana dan maknya pun melihat ke sekeliling rumah dan melihat pintu tidak berkunci tetapi grill pintu yang berkunci.

Di dalam rumah abang dan bapak Nana tertidur di hadapan TV manakala TV yang masih terbukak (masih on la ni).

Nana dan maknya memanggil2 ke dua mereka tetapi mereka berdua tidak mendengarnya...

Mak Nana merungut, "Orang tua ni kalau tidor memang tak sedar la punya orang panggil dia".

Mereka mengoncang2 grill pintu tetapi mereka berdua masih tidur juga. Memang gempa bumi pun tak sedar punya.

Nana mendapat idea, Nana pun menghubungi telefon bimbit abang nya...

Trutt... trutt... trutt...

Abang Nana mengangkat panggilan Nana...

"Hello... Hah? Ok... OK"

Abang Nana pun terus mengambil kunci dan membuka mangga grill itu...

Nana dan Maknya terus masuk ke rumah...

---------------------------------

Maknya terus mencapai alat kawalan jauh TV dan terus menutupnya...

Bapak Nana pun tersedar...

"Alah maknya, kenapa tutup TV tu, saya nak tengok"

-mastika

Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali


Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Hahaha...

Sampai Mahathir sendiri pun suruh Najib bersihkan nama nya sebelum jadi PM ke-6, awat nok... Takkan Najib tutup telinga, MP Puchong pun dah kena banned sebab mengatakan Najib pembunuh di dalam Parlimen. Sampai menangis Rosmah Mansor. Alahai kenapa la kawan Altantuya sebut nama Najib tu hah, samapi keliru antara Najib dan Razak Baginda mungkin mereka adik beradik!!!

Hmmmm... Sapa la nak jawab ni...

Takkan takder penglibatan kot, ingat C4 tu kepala peluru berpandu nuklear ke? Tak sensitif ke? Boleh jatuh2 ke? Di control cip ke? Mak aih... tu peletup plastik Dato' Seri.

Takper2 nanti kalau kalah PRU ke 13 nanti Dato' Seri dapat Tun pulak ye... Punya lah banyak jasa Najib kat Malaysia. Jasa yang tak pernah di lupai adalah one Malaysia, siap lagi hapus kan kuata 30% ekuiti bumiputera.

Dalam menghapuskan kuota itu takder pulak kumpulan perwaris ke pekida ke student uitm berarak hah... Alah korang bukannya FRU tembak punya. Pegi je lah... takut ke or takder orang sorong envelope?

Kalau baik buat lah macam abah hang, bagi tanah felda bukak tanah felda bukan bukak wilayah pembangunan Iskandar... nanti negeri mana pulak nak di jual si Najib ni... Politik ko ni lagi bahaya dari zionis, zionis dia ambik tanah orang, ngko bagi tanah Malaysia dengan asing. Hmmm...

Pikir2 kan lah...

Friday, May 29, 2009

SPM Had 10 Subjek



Mulai tahun depan, calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras, manakala sekolah tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran.

"Langkah mengehadkan subjek itu turut memanfaatkan ibu bapa kerana ada yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen berikutan waktu pembelajaran subjek tambahan di sekolah tidak mencukupi," katanya pada sidang akhbar selepas meletakkan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek di sini, semalam.

Sistem persijilan terbuka sekarang tidak mengehadkan jumlah mata pelajaran yang hendak diduduki calon SPM menyebabkan sesetengah pelajar mengambil sehingga 20 subjek. Tahun lalu, 48,000 pelajar atau kira-kira 10 peratus daripada 500,000 calon SPM mengambil lebih 10 subjek.

Muhyiddin berkata, selaras langkah mengehadkan subjek SPM, sistem penggredan peperiksaan itu juga akan diubah untuk memudahkan penilaian dalam penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Perubahan sistem penggredan ini penting supaya jika dapat A, kita mahu tentukan sama ada gred itu A, A+ atau A-. Begitu juga jika B, sama ada B, B+ atau B-. Ini supaya dalam soal mendapat biasiswa, pelajar dinilai berdasarkan bilangan subjek diambil dan gred diperoleh," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom menjelaskan, sistem penggredan baru itu turut meliputi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan. Sistem itu sudah dilaksanakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

"Sistem ini akan menjadikan keputusan peperiksaan lebih terperinci. Sebagai contoh di peringkat UPSR, kira-kira 48,000 murid mendapat A dalam semua subjek. Jadi dengan sistem baru, lebih mudah untuk pemilihan murid memasuki sekolah berasrama penuh," katanya.

Alimuddin berkata, sistem penggredan itu masih dikaji untuk diperhalusi, tetapi kementerian tidak menghadapi masalah untuk melakukannya kerana hanya memerlukan sedikit penyusunan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya yang membincangkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) kelmarin, mahu usaha diperhebatkan untuk meningkatkan mutu pendidikan di luar bandar. Usaha akan dilakukan dalam Rancangan Malaysia (RMK) Ke-10 untuk memperbaiki kemudahan prasarana di luar bandar serta menghantar guru terlatih dan berkelayakan, terutama bagi subjek bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. "Ini penting untuk merapatkan jurang pencapaian pendidikan antara bandar dan luar bandar serta antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. "Walaupun jurang itu tidak terlalu jauh, ada perbezaan ketara antara bandar dengan luar bandar. Ini dapat dilihat dari segi keputusan peperiksaan," katanya yang sebelum itu melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan Bandar Enstek. Antara komponen utama kompleks pendidikan berharga kira-kira RM1.3 bilion itu ialah Institut Aminuddin Baki, Kolej Tunku Kursiah, Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Fasa pertama dijangka siap akhir tahun depan, manakala fasa kedua dilaksanakan dalam RMK-10. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.-berita hairan.


Amenda binatang ni? kenapa tak hadkan lima subjek je? budak sekolah teknik dah kenak ambik 11 subjek... tak tau nak drop mana satu? drop je BM...Dah ada kajian ke? Yang tak di kaji boleh cepat ye. Pasal PPSMI kajian dah bertahun, demonstrasi dah. Memorandum kepada Yang di Pertuan Agong dah. Wei bila masa kerajaan bagi biasiswa, tak pernah dengar pun!? Bila pulak la diorang ni bagi biasiswa kat budak2 pandai ni? makin la aku musykil. Pinjaman semua orang layak la bahalol!

Pastu nak ajar pulak budak2 ni belajar maths dengan sains dalam bahasa Inggeris. Macam dungu la generasi Malaysia akan datang. Aku rasa mat Sembab ni bodoh bangang tahap ape la. dia ingat semua student ambik 8 subjek je ke? or mungkin di ni tak pegi ambik SPM dia dulu.

Biar lah tu duit bapak dia. Dia nak jadi pelajar terbaik di Malaysia ke? Malu ke anak sendiri tak masuk. Pegi la lu. Lu balik Johor pun orang tak suka!!!

-6.2%

ORANG ramai tidak perlu panik dengan pengumuman penguncupan ekonomi negara sebanyak 6.2 peratus bagi suku pertama tahun ini iaitu paras di luar jangkaan kerana prospek untuk melantun ke arah pemulihan kelihatan lebih cerah pada separuh kedua, lebih baik berbanding sesetengah negara maju dan negara membangun lain yang ada sudah terjerumus ke lembah kemelesetan. Kecuali China (+6.1 peratus) dan Indonesia (+ 4.4 peratus), negara lain seperti Jepun (-9.7 peratus), Amerika Syarikat (-2.6 peratus), Perancis (-3.2 peratus), Singapura (-10.1 peratus), Taiwan (-8.6 peratus), Hong Kong (-7.8 peratus), Thailand (-7.1 peratus), Korea (-4.3 peratus) mencatat pertumbuhan negatif pada suku pertama tahun ini. Secara bandingan dengan semua negara terbabit, cuma Malaysia (+0.1 peratus), Indonesia (+5.2 peratus) dan China (+6.8 peratus) mencatat pertumbuhan positif bagi suku keempat tahun lalu. Namun, penguncupan ekonomi negara bagi suku pertama tahun ini adalah berikutan kemerosotan ketara eksport produk perkilangan dan komoditi akibat kemelesetan meruncing di negara maju tetapi Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, yakin prospek bagi pemulihan kelihatan cerah pada separuh kedua. Bagi suku pertama tahun ini, semua sektor ekonomi mengalami penguncupan kecuali pembinaan yang berkembang 0.6 peratus berikutan pertambahan pembinaan bangunan pejabat dan unit hartanah jenis mewah.

Berdasarkan perangkaan semasa iaitu pemulihan ketara dijangkakan mula disaksikan dalam suku ketiga, manakala pertumbuhan positif akan disaksikan pada suku keempat, insya-Allah Malaysia akan berupaya mengelak ekonomi negara daripada meleset. Kemelesetan teknikal akan berlaku jika pertumbuhan negatif berturut-turut dicatat untuk dua suku tahunan. Namun, semalam kerajaan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK bagi tahun ini daripada antara -1 peratus hingga positif 1 peratus kepada -4 peratus hingga -5 peratus. Kita yakin pakej rangsangan ekonomi RM67 bilion dijangka mula memberi kesan menjelang suku ketiga tahun ini selain pembukaan liberalisasi beberapa sektor yang kita harap mampu menjana aktiviti ekonomi. Dalam keadaan ekonomi dunia sekarang, kita tidak boleh mengharapkan pasaran eksport yang dilihat masih lemah apatah lagi permintaan di pasaran tradisional jatuh mendadak tetapi usaha kerajaan memperkenalkan model ekonomi baru berteraskan peningkatan inovasi dan produktiviti pekerja adalah satu tindakan tepat, kerana negara tidak boleh berlengah lagi dalam mencari sumber pertumbuhan baru. Malah, acuan model baru iaitu perubahan cara pelaksanaan model perniagaan, dijangka mampu menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berikutan persaingan yang semakin sengit khususnya di kalangan negara Asia. Ada beberapa petanda yang kita yakin ekonomi negara boleh keluar daripada penguncupan pada separuh kedua tahun ini ialah seperti suasana pasaran buruh yang lebih baik apabila kadar pembuangan pekerja sudah stabil, harga komoditi bertambah baik dan kadar inflasi pula menurun, sekali gus dapat meningkatkan kuasa beli pengguna. Dengan itu, asas ekonomi negara masih kukuh di sebalik penguncupan KDNK pada suku pertama, sekali gus akan meleraikan kebimbangan rakyat.- Berita Hairan

Hari tu cakap ekonomi bagus, stimulus package, semua ahli bijak pandai cakap perkembangan ekonomi dari -1%-1%. Sampai gabenor bank negara pun cakap macam tu. Janganlah samakan Malaysia ni dengan negara yang berharap kepada beberapa sektor. Astaga 60 billion hari tu mana dia? Tak ada apa effect pun. Mak aih gila rupanya. Selamatkan CIMB Bank nak buat apa? Buat pembangunan nak buat apa? nih tengah menguncup 6.2 %... Cakap suku ke 2 ok ekonomi negara!!!

Gila ke apa menteri kewangan ni... Banyak2 penasihat nak buat apa... Nak buat rakyat tak risau ke? Bodoh...

Thursday, May 28, 2009

Waran Tangkap Terhadap Raja Petra



KUALA LUMPUR: Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dikenakan waran tangkap bagi kali kedua selepas gagal hadir di Mahkamah Sesyen di sini semalam, untuk perbicaraan kes fitnahnya terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat juga mengeluarkan perintah tunjuk sebab ke atas isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah, bertindak sebagai penjamin kerana kegagalan beliau (Marina) hadir ke mahkamah bagi menjelaskan kedudukan suaminya.

Mohamad Sekeri membuat kedua-dua perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis serta menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.

Peguam Raja Petra, Armanjit Singh Sidhu memberitahu mahkamah anak guamnya dan penjamin tidak hadir, tanpa mengemukakan sebarang alasan ketidakhadiran mereka.

Armanjit memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini, yang menolak perbicaraan kes itu dijalankan di Mahkamah Majistret.

Perbicaraan kes itu sepatutnya dijadualkan berjalan selama tiga hari di Mahkamah Sesyen, bermula semalam.

Pada 23 April lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rozina Ayob mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra kerana gagal menghadiri perbicaraan kes hasutan dihadapinya. - berita hairan rabu 27 Mei 2009.


Mak ai tak dapat fitnah la aku kat si suami Najib ni. Takper aku tak fitnah cuma aku nak kepastian. Kalau fitnah apa tunggu lagi nafikan lah. Bawak bukti. Saman... Gua tada takut punya olang... Lu olang perlu takut sama wa olang. Wa olang tada mau kasi undi sama lu olang lagi...

Sekejap cakap kebebasan media, sekejap internet murah, sekejap media massa ampu kerajaan, sekejap bloggers mengelirukan... ooo rupanya UMNO je la bagus... Kalau fitnah betul takper... Tup... Tup Raja Petra ada bukti macam Altantuya naya si Rosmah dan bininya najib ini terketar2. Tanya lain jawap lain!!! Amenda nyanyok~~~

Kalau nak cakap aku fitnah, tak gentar, sbb dah tapis dah betul2. Takut jugak kena saman, maklumlah mahkamah kat Malaysia ni kalau kes mengharamkan UMNO punyalah lambat, nak menghalalkan MB Haram punyalah sekejap. Jahanam punya Hakim.

Sekarang atau sebelum ni memang aku cakap berdasarkan bukti kukuh. Tak melancong ke laki si Najib. Tak der lagi dah, hari tu first time dalam history dia turun Petaling Street. Orang luar negara pun dah dok jalan kat Petaling Street, orang Sabah pegi KL lepak Petaling Street, mak ai ada Imigressen ke kat Petaling Street tu, macam kat Sarawak, kalau tak di bar ok lah...


Nasib baik le aku orang Sarawak, kalau dak, dengan aku sekali tak boleh masuk Sarawak!

Wednesday, May 27, 2009

Ulat Mulong, Hukum Memakannya

Rupa ulat mulong

Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu (rumbia) ini.

Dalam mahzab syafi'i yang diamalkan oleh kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna' (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apatah lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali"

Jadi menjadi satu syarat yang ia dimakan bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.

Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mukhtabar dalam mahzab seperti Minhajuth Tholibin m/s 130 & 132 serta syarahnya pada tuhfatul Muhtaj, juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar yang juga pengarang kitab Sabilal Muhtadin dengan jelas pada juzuk 1 m/s 38 menyatakan sebagai berikut "...bahawasanya telah dunashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada keika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia".

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakt Islam yang masih tidak mendengar (malah sanggup menghalalkan) beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mahzab Syafi'i.

Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa memakan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya memakan ular dan katak dan dan beruk mengikut mahzab Syafi'i. Jadi eloklah berhenti jika dikatakan rasanya seperti udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Bila Najib di usir dari Putrajaya


Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana baginda telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan baginda di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat dan beberapa ahli BN yang mula menyokong Pakatan Rakyat telah berjumpa baginda di Istana Negara dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato� Seri Abdul Hadi Awang atau Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat baginda juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan, beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah dan berang lantas memohon menghadap Tuanku. Sebaik diizinkan menghadap Najib berkata:

"Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana�mana peruntukan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri.

"Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik."

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh Yang di-Pertuan Agong. Baginda dengan senyum berkata kepada Najib:

"Adakah memanda tua sudah lupa bahawa pada 22 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato' Raus Sharif, Y.A Dato' Ahmad Maarop dan Y.A Dato' Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar (di peringkat negeri) atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16(6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti Adun atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Yang di-Pertuan Agong seterusnya menambah:

"Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang memanda tua inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba? Bukankah memanda tua yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen memanda tua sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya semula di Perak.

"Maaf memanda tua, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa. Maka Beta dengan ini memerintahkan memanda tua sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana memanda bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri.

Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato� Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendekiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak (Absolute Monarchy).

Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan (legitimacy).

Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan, turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah, Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12 Mei 2009 di sebelah pagi, Zambry membuat permohonan bagi menggantung perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama. Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 Mei itu juga Y.A Hakim Dato' Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18 Mei 2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21 Mei 2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

Pada 21 Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak �pihak secara mendalam. Mahkamah hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk diputuskan. Memang hebat apabila Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari. Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari; saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami (pasukan peguam Nizar) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman; ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita, sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan, insya Allah.- tajdid_

tulisan asal oleh : Mohamed Hanipa Maidin untuk Harakahdaily.net

Tuesday, May 26, 2009

BN should be grateful for 50 years in reign in Malaysia


I hope our Malaysian people especially youth has to support a motion to not give any votes to any Barisan Nasional candidates in any elections will come especially in next general election. Of course today we enjoy the highway, buy we pay for every time we use it, we got to have a bridge, and not queue up again in ferry point, but we pay it. And we also pay various kind of taxes and to help the government to steer the development in our lovely nation, 1 Malaysia is just a slogan, slogan to attract Chinese and Indian community to support again for Barisan Nasional, the weaker is our own color (Bumi).

I also read some naughty statement from an opposition pact supporters did mention, government will increase some our expenses like fuel prices, TV licenses (before), and some unsporting pays and fees. Malaysia also the only nation in the world which charge the complainant who came to police station to make a report. Also our free medical (provided by the government) is not approaching even a billion ringgit. So I hereby wanna share something to you guys where the Malaysian wealth go and wasted in this 50 years, and this is updated on 2008.

I don't want to mention about our new 2nd hand submarines which cost billions of ringgit just for 2 scorpene. And I don't know why the Malaysian Minister of Defense buy 2nd hand submarines and then upgrade the ability of the submarines and don't want to buy a new submarines which already installed with various ability, I feel so confuse like thinking someone buy Perodua Kancil and wanna to upgrade the ability same like Nissan Skyline GTR. Stupid!!!

Looking at the list below, it looks like the BN government are more determined to help themselves rather than the citizens.

And this list below is not even barely exhaustive as these are the ones uncovered – the tip of the ice-berg, if you might want to put it! What lies beneath could be much larger:-

1. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit)

2. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)

3. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.

4. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion). Eric Chia, was charged with corruption for allegedly steering US$20 million (RM64 million) to a Hong Kong-based company

5. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market

6. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam

7. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million)

8. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007

9. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million

10. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum

11. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipments which it is unable to give a breakdown.

12. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimekar Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million.

13. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”

14. RM1.3 billion have been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore scenic bridge

15. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks

16. National Astronaut Programme - RM 40 million

17. National Service Training Programme - yearly an estimate of RM 500 million

18. Eye on Malaysia - RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket

19. RM 4.63 billion, ’soft-loan’ to PKFZ

20. RM 2.4 million on indelible ink

21. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies. RM 380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.

22. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family

Bailouts –

23. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman’s (Munir) office. 24. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion

25. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion

26. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million

27. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million

28. Kuching Prison bailout costing RM135 million

29. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million

30. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million

31. Wholesale distribution of tens of millions of shares in Bursa Malaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.

32. APs scandal had been going on year-after-year going back for more than three decades, involving a total mind-boggling sum of tens of billions of ringgits

33. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits

34. Travel around Malaysia and see for yourself how many white elephants like majestic arches, roads paved with fanciful bricks, designer lamp posts, clock towers, Municipal Council buildings that looks more like Istanas, extravagant places of worship, refurbishment of residences of VIPs, abandoned or under-utilized government sports complexes and buildings, etc! Combined they could easily amount to the hundreds of billions of ringgits!

35. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits. In addition, there were much wastage and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.

Whatever amount, you bet it is COLOSSAL! In Time Asia magazine issue on March 15 2004, South East Asian economist at Morgan Stanley in Singapore Daniel Lian, figures “that the country may have lost as much as U$$100 billion (RM320 billion) since the early 1980s to corruption.” Mind you, this is only corruption and it does not include wastage's and mismanagement which could be higher!

If the above list (which represent moneys saved) is added to the nation’s coffer and together with Petronas profits, palm oil profits and profits from rubber, tin, agriculture produce, aquaculture produce, electronic and hardware exports, etc, for the past 5 decades, we can all agree on one thing - our country could be wealthier than Venezuela who has little resources except for oil. The petrol in Venezuela is RM0.16 per liter!.

Monday, May 25, 2009

Perundangan Malaysia dan VK Linggam


Semenjak kes pemecatan ketua hakim negara yang bertanggungjawab ke atas pengharaman UMNO pada 1988, dan bertitik tolak dari itu saya terus tidak mempercayai apa lagi yang bakal dan akan di putuskan oleh mahkamah di Malaysia, bermula dari regime Mahathir (Maha tahi) juga kita di hidangkan dengan keputusan mahkamah yang telah di putuskan di Malaysia, banyak atau tidak itu kita tidak tahu.

Fokus saya menulis ini adalah kerana keputusan Mahkamah Rayuan untuk memnangkan DS Zamry Kadir (Menteri Besar Perak), yang tidak bertelur ini menang dalam kes nya.

pertama,
Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak.

ini adalah peruntukkan perlembagaan perak.
"If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".

Justice Harley dalam kehakimannya memutuskan bahawa kes Stephan Kalong Ningkan v. Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli [1966] 2 MLJ 187 memihak pada Ketua Menteri.

justice harley tidak mengguna pakai kes Adegbenro v. Akintola – kes di Nigeria pada tahun 1963 (Privy Council) yang memihak pada Gavenor.

Perlembagaan yang dipertimbangkan oleh Privy Council di Nigeria berbunyi: “the Gavernor shall not remove the Premier from office unless it appears to him that the Premier no longer commands the support of a majority of the members of the house of assembly”. Oleh itu, persoalan samada Perdana Menteri Nigeria “no longer commands the support of a majority of the members of the house of assembly” boleh ditentukan seperti mana it appears kepada Gabenor Nigeria.

Oleh kerana terdapat perkataan “it appears to him”, Privy Council memutuskan perkara-perkara yang berlaku di luar Dewan boleh diambil kira dalam penentuan tersebut. Sedangkan peruntukan Perlembagaan
Perak tidak mempunyai perkataan “it appears to the Sultan”. Perlembagaan Perak yang berbunyi “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly" memerlukan penentuan secara pasti yang Menteri Besar tersebut telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan di dalam persidangan Dewan iaitu melalui undi tidak percaya.

oleh itu, jelas masalah di sini adalah bahasa perlembagaan itu sndiri yg tidak spesifik menyatakan bagaimana kaedah hilang majoriti itu dinyatakan. jadi timbullah pelbagai tafsiran dari pengamal undang2.

sy sentuh sedikit bagaimana kaedah yang diguna pakai para mufassirin dalam mentafsir alquran. salah satu ayat dlm quran ada menyebut "tangan Allah" secara spesifk. apakah wajar utk mentafsir tangan Allah sbg jasad fizikal Allah yg mmpunyai jisim?

jwpnnya tntu sekali tidak. ini krna kita maklum dan berpegang teguh secara asasnya bahawa Allah tidak mempunyai rupa bentuk mahupun jisim.

mungkin cara ini relevan digunapakai Y.A mahkamah dlm penentuan keputusan nizar vs zambry.

oleh krn tidak terdapat secara spesifik menyatakan kaedah bagaimana sokongan majoriti DUN maka perlulah berbalik pada asas perlembagaan itu sndiri. asasnya apa? asasnya samada (a) Constitutional Monarchy atau (b) Absolute Monarchy yang menjadi sistem asas pemerintahan negara?

keputusan yg mana lebih memenuhi tuntutan (a)?
samada penentuan sokongan majoriti DUN itu dipulangkan kembali pada Vote of No Confidance di dwn atau Sultan yang menentukan?
mana lebih rasional?

mungkin YA mahkamah rayuan telah menterjemah secara harfiah yg hanya perkara tersurat saja yg difahami, maka wajarlah kemenangan berpihak pada zambry.
sedangkan betapa pentingnya tafsiran secara mndalam dan mengambil kira yg tersirat. inilah kelemahan keputusan kehakiman Ya mhkamah rayuan yang selama hanya 5 minit diputuskan.


dan...

1. sy lihat masalah sbrnya adalah bahasa perlembagaan itu sndiri yg tidak secara spesifik mengatakan bagaimana kaedah majoriti sokongan ADUN ditentukan.

2. sy berpendapat mmg wajar keputusan berpihak pada zambry.

3. cuma sy ingin bertanya apa alasan YA mahkamah rayuan menolak guna pakai kes Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 )?
apa beza dua kes ini?

4. sy juga ingin bertanya apakah YA mahkamah rayuan tidak ambil kira isu wakil rakyat 'di culik' atau hilang tanpa dikesan selama beberapa hari bahkan keluarganya juga tidak tahu dan laporan polis juga dibuat tetapi tidak langsung boleh mewujudkan kemungkinan timbul rasuah atau ugutan?
termasuk juga wakil rakyat yang dituduh rasuah sehingga kes dia tangguh utk sekian lama?

5. akhirnya, perlembagaan perlu di ubah sedikit untuk diletak perkataan undi tidak percaya bagi memastikan sistem Constitutional Monarchy dan bukannya Absolute Monarchy yang diguna pakai.

6. mari kita berdoa dan memohon agar semua rakyat malaysia diberi hidayah dan petunjuk agar tunduk bertaqwa dan beriman padaNYA
.

Saya menjadi kelu lidah apabila membaca/ mendengar keputusan mahkamah manusia yang di hakimi oleh 3 orang ini. saya juga merayu dan menyembah kaki sultan azlan shah supaya baginda membubarkan DUN Perak, demi negeri dan rakyat tercinta. Peluang UMNO dan PR memang 50-50, yang takdak peluang cuma MIC , MCA dan Gerakan!

Samseng di Sekolah


http://www.youtube.com/watch?v=f98xOld4ewA

Saban hari kita mendengar cerita kes buli di sekolah tetapi tiada tindakan daripada pihak berkuasa ataupun pihak sekolah, pergaduhan di sekolah2 juga seumpama pertarungan gusti yang sering kita tonton di dalam kaca TV kita.

Ada juga mangsa yang di rogol oleh rakan sekolah sendiri, ada yang di belasah kerana RM1, tetapi ini bukan gangsterisme kata bekas Menteri Pelajaran, Hishamuddin (pondan). Saya juga begitu takut melihat karenah budak2 sekarang, kalau berseorangan memang saya tidak takut, yang sekarang ni macam satu perhimpunan sekolah kaki gadoh, jadi inilah modal insan terbaik yang di produksi kan oleh Malaysia.


Saya taknak cakap pasal rokok kerana sekarang hampir sebahagian besar "pelajar" ini menghisap rokok, hisap rokok pulak depan sekolah je... tunggu bapak or mak diorang nak ambik isap rokok dulu.


Tetapi saya ingin membincangkan pasal jenayah yang dilakukan oleh juvana ini, seperti rompak, bunuh rakan, rogol junior dan sebagainya... kita juga ada adik, anak yang masih bersekolah, kalau adik kita tu taiko takper lah, tapi kalau ada taiko lagi kat sekolah tu yang membimbangkan kita. kita tidak dapat melindungi mereka 24 jam walaupun kita ini sebagai ketua polis daerah atau apa sahaja jawatan penting yang kita pegang.


Ingatlah kemaafan atas jenayah yang dilakukan sahaja yang boleh melupakan kejadian yang mungkin meninggalkan bekas di hati setiap orang, malah tiada akta untuk mendakwa juvenil yang mengedar dadah atau membunuh, cukuplah di hantar ke Henry Gurney.


Agak2 nya lah di mana kah kesilapan pendidikan kita hari ini? tidak akan saya bimbang jika benda ini tidak di bendung atau di ubati segera saya percaya suatu hari nanti mungkin dalam 10 tahun dari sekarang ada adegan tembak menembak di sekolah di Malaysia? takkan tunggu tu baru nak bertindak...

Friday, May 22, 2009

Anwar ejen Yahudi?


Sebahagian manusia di bumi hijau biru kuning dan merah Malaysia ini menganggap Anwar Ibrahim adalah perjuang bangsa, dan ada juga yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai pemecah belah bangsa Melayu (bangsa minoriti di dunia) so ada sebahagian daripada kita menganggap Anwar Ibrahim yang pernah di temuduga di US (negara terjahat yang penah di cipta - dari perspektif Malaysia) yang ketika itu hidup dalam buangan menganggap bersekongkol dengan Yahudi apabila ketika itu beliau rapat dengan Collin Powell.

Malah ada yang menyatakan lambang Parti Keadilan Rakyat yang merupakan lambang sebijik mata yang terbuka itu sebagai lambang Yahudi pada belakang note USD 1. Pada kali pertama pun saya juga berasa sangsi terhadap perjuangan PKR pada mulanya, setelah perasaan ingin tahu saya yang tinggi saya menyiasat latar belakang Parti dan membaca pelbagai jawapan kepada tohmahan yang di lemparkan kepada Anwar Ibrahim.

So di sini saya menyatakan apa yang di beritahu oleh Presiden dan Penasihat de' Facto mereka sendiri tentang matlamat dan perjuangan parti ini, bukan untuk membebaskan seorang yang di fitnah meliwat.

PARTI KEADILAN RAKYAT


FASAL 5 :TUJUAN DAN MATLAMAT PERJUANGAN



5.1 Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik yang progresif serta bersatu.

5.2 Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen, dan mendukung hak serta kuasa rakyat, dan berusaha untuk memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat.

5.3 Menegakkan kedaulatan undang-undang yang adil, media massa serta kehakiman yang bebas, dan pasukan keselamatan yang mendukung prinsip-prinsip profesionalisme.

5.4 Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua.

5.5 Menghayati Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin dan menggalakkan peranan agama serta nilai-nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak, pembangunan insan dan martabat manusia.

5.6 Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, disamping menjamin hak rakyat mengguna, mempelajari dan mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain; dan menggalak perkembangan kebudayaan serta kesenian Malaysia, berasaskan unsur-unsur unggul daripada semua warisan peradaban yang wujud di negara ini.

5.7 Mengukuhkan sistem pemerintahan Persekutuan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik dalam mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kekuasaan kerajaan Pusat.

5.8 Mempertingkatkan kemuliaan insan, nilai keehsanan serta budaya ikram, menegakkan hak asasi manusia, dan berpegang teguh kepada prinsip intergriti dan akauntabiliti dalam bidang ekonomi, politik dan pentadbiran.

5.9 Melaksanakan ekonomi yang adil serta dinamik, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada penindasan, kecurangan serta pembaziran, disamping mengatasi kemiskinan dan mencegah penumpuan kekayaan.

5.10 Berasaskan prinsip keadilan, mempastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak digunakan khusus untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang miskin dan terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional.

5.11 Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan awam yang bermutu dengan bayaran yang berpatutan sebagai tanggungjawab sosial pemerintah, terutama sekali bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

5.12 Memperjuangkan serta menjamin hak bekerja, upahan yang adil, keselamatan di tempat kerja dan mutu kehidupan yang baik untuk setiap orang.

5.13 Mempertingkatkan martabat dan peranan wanita dalam kehidupan masyarakat, menjaga hak serta kepentingan mereka dan memastikan mereka mencapai taraf yang saksama serta tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi.

5.14 Memperjuangkan hak dan pengembangan potensi belia dan remaja serta menjamin peranan yang bermakna bagi mereka dalam semua bidang kehidupan.

5.15 Meningkatkan mutu hidup Orang Asal di samping menghormati Adat mereka, menyediakan rancangan pembangunan yang sesuai setelah berunding dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat.

5.16 Melindungi alam semulajadi daripada pemusnahan; mencegah perosakan serta meningkatkan mutu alam sekitar dan memastikan pembangunan yang mapan.

5.17 Menegakkan sistem antarabangsa baru yang adil serta demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas serta beretika, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk melahirkan masyarakat berilmu yang dapat menghadapi cabaran globalisasi yang mengancam kepentingan negara, rakyat dan manusia sejagat dan seterusnya melindungi ekonomi, politik serta keselamatan negara daripada kuasa-kuasa besar dunia.

Malah tiada testimonial yang mentakan PKR akan mewujudkan negara Yahudi di Asia Tenggara, mengapa perlu kita sangsi. Malah terfikir juga kezaliman Yahudi dan kezaliman manusia bukan Yahudi ini. Begitu banyak berita terpampang di dada akhbar menceritakan kezaliman manusia bukan berbangsa Yahudi.

So, saya juga terfikir di manakah bahaya nya Yahudi kepada saya, malah peluru berpandu terbaik di Israel pun cuma mampu menjangkau Sri Lanka (Ceylon), dan bahaya yang saya sebenarnya takut dan gusar pada hari ini adalah sebilangan mamak atau melayu yang menolak hukum hudud dan baru-baru ini ada seorang mat lalok di Ipoh menetak seorang ibu dan anak bongsu nya sehingga mati dan pembantu rumah dari Indonesia.


Daripada maklumat awal pihak polis lelaki berkenaan mempunyai 3 rekod jenayah sebelum ini, kes kecurian dan alangkah baik nya selepas kali ke 2 di tangkap tangan nya terus di potong seperti mana yang di lakukan di Saudi Arabia.

Bahaya yang ini amat menakutkan saya malah seluruh isi rumah di Malaysia kerana Yahudi tidak mengancam saya kerana saya bukan berdarah Arab ataupun Parsi, tetapi ancaman yang saya terima adalah dari domestic, dari bangsa yang sama bangsa Malaysia, dan babinya (binatangnya), bangsa aku ini lebih ganas, meragut wanita hamil dan menolak pulak wanita hamil ini dan membiarkan ia mati kemalangan.

Mana bahaya nya politik Anwar Ibrahim di bandingkan ancaman domestic masyarakat Malaysia sendiri, adakah anda akan bertindak selepas ahli keluarga anda menjadi mangsa? percayakah anda anak anda, ataupun adik anda bukan di bawah pengawasan anda 24 jam!

Jangan salahkan polis, polis sekarang sebahagiannya umpama penyiasat persendirian, bayar dahulu (rasuah- wang kopi) baru kerja jalan. Untuk membuat rondaan di kawasan perumahan anda, sediakan royalti. Patut lah kawasan kecurian di Malaysia ini sering berulang, tapi tak turun jugak harga rumah tu kan?

Tapi kenapa pencuri ini tidak merompak menyamun YB-YB kaya dari Barisan Nasional, berbaloi sikit, kalau ada kemalangan jiwa ntah2 ada Pilihanraya Kecil ada jugak RM300 ye...

p/s: aku takut lagi perompak dari berjalan seorang diri di tengah Hebron, misal lah... sekarang kerana RM20 pun boleh mati bro!

ADUN PAS Kelantan ke rahmatullah

Align Left
di ambil dari malaysiakini.com

ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di hospital Kota Bharu kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas.

Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki.



Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Sewaktu beliau tidak bertanding, calon PAS Mohd Zamzuri Mat Lazim tewas tipis di tangan calon BN Zulkepli Omar dengan 53 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi (lihat carta).

Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di Manek Urai Lama dan
disembahyangkan di sebuah masjid dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kira-kira 2,000 orang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Ismail sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Manek Urai Lama selepas solat Jumaat.

Ketika menziarahi jenazah tersebut, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi itu Isnin ini.

Tambahnya, laporan itu dibuat awal minggu depan kerana hari ini dan
esok merupakan cuti umum bagi Kelantan, sementara Ahad cuti hujung minggu di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur pagi ini, pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali berharap "Umno tidak meletakkan calonnya" seperti pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini.

Bagaimanapun ketua penerangan Umno lebih senang jika BN meletakkan calonnya di kerusi DUN tersebut, tidak seperti keputusannya tidak bertanding di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil yang bermula esok hingga 31 Mei.

"Secara peribadi atas jawatan ketua penerangan Umno, saya akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar BN bertanding pada pilihanraya kecil di Manek Urai kerana ia diadakan atas faktor kematian wakil rakyat dan bukannya faktor rekaan seperti di DUN Penanti," Ahmad Maslan dipetik berkata hari ini.

Beliau sebelumnya pernah menggesa penyokong BN memboikot pilihanraya kecil yang mungkin diadakan lagi pada masa depan jika didapati telah "diatur" oleh pembangkang dan bukannya disebabkan faktor kematian wakil rakyat atau kerana perintah mahkamah.

Katanya, menurut Bernama, BN perlu berpolitik mengikut caranya tersendiri dan tidak harus terpedaya dengan perangkap pembangkang yang menjadikan siri pilihanraya kecil sebagai medan membina imej mereka

Agak2 nya lah PM Malaysia kita ni nak bertanding ke tak? ni dah kira mainan politik dah ni sebulan sekali pilihanraya apa nak jadi doh! Apa2 pun fokus ekonomi, menjimatkan tenaga dan wang ringgit dan pelbagai alasan lagi di berikan oleh PM kita (mana tak nya duit dah habis RM50 juta beli 3 katak kat Perak) untuk tidak terus menanggung malu dari satu ke kalahan ke satu lagi ke kalahan.

Mana tahu pulak yang ini dia bertanding atas dasar kekosongan ini di sebabkan kematian, nak dengar jugak kalau Anwar suruh anaknya kosongkan Parlimen Lembah Pantai agak2 nya bertanding ke tidak, kalau kalah pun kat Lembah Pantai tu masih gak jadi Menteri. Menteri angguk-angguk geleng-geleng je lah.

Apa2pun mengambil dari kata2 seorang forumer di tranungkite.net
bila PRK:
KDNK Malaysia naik...
Jumlah pelaburan asing terus melonjak...
YB sebelum ni "makan tido"...
rumah orang miskin masuk tv...
Indon dapat kerakyatan, sijil beranak, IC...

Tunggu dan lihat je lah

Thursday, May 21, 2009

Rokok, Merokok dan Penghinaan



Sebagai seorang perokok saya begitu terguris dengan tindakan kabinet mangkuk hayun yang menyuruh semua syarikat rokok di Malaysia untuk meletakkan gambar sebagai effect yang mungkin akan terjadi kepada penghisap racun berjadual ini. Sakit nya hati bukan nya menggerunkan saya tetapi seolah-olah satu tindakan prejudis kerajaan kepada saya dan kepada penghisap rokok yang lain.

Gambar keguguran bayi dan gambar pelbagai yang aneh lagi menyakitkan mata ini juga boleh merugikan syarikat rokok, andaikata suatu hari nanti saya menghidap penyakit di sebabkan oleh rokok ini dan saya hendak bertindak untuk menyaman syarikat berkenaan, mungkin saya tidak mempunyai lokus standi untuk berbuat demikian kerana terdapatnya gambar-gambat berkenaan. Gambar yang menggerunkan itu benar2 menyebabkan rasa serba salah saya untuk melepaskan gian atau menghisap benda2 lain (seperti tetek bayi, atau menghisap dadah untuk mengkhayal kan).

Umum mengetahui bahawa sekurang-kurang nya 5 juta rakyat Malaysia menghisap rokok dari pelbagai peringkat umur dan mereka juga melihat apa yang saya lihat di kotak rokok itu, jika kerajaan mangkuk hayun ini berjaya mengurangkan jumlah penghisap rokok di Malaysia secara mendadak ataupun 75% daripada jumlah itu saya akan menyokongnya, atau menghentikan kadar pertumbuhan penghisap rokok baru di malaysia sehingga tiada penghisap rokok baru dalam masa 60 hari saya akan menyokong perletakkan gambar itu di setiap kotak rokok.

Adakah kerajaan mempunyai satu mekanisme untuk mengawal dan mempunyai statistic counter untuk mengira jumlah itu? ataupun hanya cakap2 menteri yang tidak mendapat komisen dari syarikat rokok?

saya juga di sini menyarankan semua penghisap rokok di Malaysia membuat satu petisyen untuk di serahkan kepada yang di Pertuan Agong untuk menyuruh kementerian Kesihatan Malaysia menarik balik syarat kepada syarikat rokok di negara ini untuk meletakkan gambar implikasi rokok kepada kesihatan rakyat Malaysia. Seolah mengumpulkan sejuta tanda tangan untuk membantah tindakan menteri mangkuk malaysia ini.

saya juga percaya statistic di malaysia mengenai kematian yang di akibatkan rokok amatlah rendah berbanding dengan kematian yang berlaku di jalan raya di Malaysia, dan saya di sini hairan mengapa tiada gambar atau pun placard yang di letakkan pada setiap model kereta dan kenderaan di Malaysia bahawa effect membawa kereta dengan laju, merempit motosikal dan memandu bas sambil tidor boleh membunuh dan mengorbankan lebih banyak nyawa!

dan mengapa perlu penghinaan ini terpaksa di hadapi oleh penghisap rokok seperti saya dan tidak kepada orang yang membeli kereta baru, di mana mereka juga perlu melihat gambar kemalangan maut sekali, ataupun effect dari meminum kopi dan perlu di letakkan gambar orang yang mengalami migrain dan sebagainya pada setiap produk kopi dan sebagainya.

Janganlah kerajaan melihat semua penghisap rokok itu mati kerana akibat menghisap rokok dan ada juga penghisap rokok mati di jalan raya dan akibat memakan coklat dan obesiti! tetapi jarang sekali kita dengar orang yang mati di jalan raya itu semuanya perokok, dan jumlah perokok yang masih hidup pada keesokan hari lebih banyak dari orang memandu kereta, alangkah baik nya jika kerajaan juga meletakkan gambar kemalangan pada setiap kenderaan daripada meletakkan gambar tak tentu pasal pada kotak2 rokok ini. Kerana saya begitu yakin jumlah kematian di jalan raya perlu di kurangkan sehingga lebih rendah daripada orang yang mati kerana merokok. Biarlah padan gambar2 menakutkan dan menggerunkan ini di letak di sebelah hati orang yang berminat, berminat hendak membawa lebih dari had laju, berminat memandu di bawah pengaruh alkohol dan berminat menghisap rokok selepas makan.

Oleh itu, saya di sini menyeru semua rakyat Malaysia yang masih merokok dan mengemari rokok ini untuk membantah dan mengutuk sekeras2nya penghinaan kepada kita dan syarikat rokok yang kita sayangi, mana mungkin kita isap tembakau sagu pula.

p/s: menteri kesihatan baca ke ni?!

Wednesday, May 20, 2009

Borak Bola

ini adalah artikel untuk bersantai sahaja. tidak perlu lah saya membuat press conference untuk menyatakan kehampaan saya sebagai rakyat di negara bertuah Malaysia ini, dengan pasarana yang begitu mengujakan saya sebagai peminat bola sepak merasa terharu dengan pencapaian pasukan bolasepak kebangsaan kita.

Artikel ini juga bukan untuk mendesak sesiapa sahaja yang berada di dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Kementerian Belia dan Sukan untuk meletak jawatan dan bukan untuk mengaibkan mereka cuma untuk memberi pandangan saya sebagai peminat bola sepak.

Saya berasa begitu bertuah kerana pasukan Malaysia di atas rankingnya dari Mariana Island atau pasukan kebangsaan Brunei Darussalam. Tetapi saya hendak bercerita untung kah kita membina pelbagai pasarana seperti stadium canggih dan pelbagai kemudahan sukan tetapi kita tidak mampu dan boleh untuk memanfaatkan nya.

Umum mengetahui kebanyakkan peminat di negara ini lebih meminati pasukan kelab dari luar negara sebagai pasukan idola berbanding daripada pasukan Johor FC atau pasukan Kedah jadi beberapa cadangan saya perlu di fikirkan di meja bulat FAM.

Di antara cadangan saya:

1. Mansuhkan terus liga bolasepak tempatan, kita terus hantar pemain kita bermain di luar, tidak dapat bermain dengan Manchester United pun tak mengapa asalkan kita bermain di luar tidak kira bermain dengan kelab seperti Pathakor ataupun Tampines Rovers.
2. Jangan bawa pemain import (idea bodoh siapa la ni) so kita terpaksa mengeksport pemain keluar (ada ke?)
3. Tukar kan penaja seperti penaja rokok boleh dan sebagainya. Rata-rata malaysia juga merokok tidak mengira gender.

Mungkin ini mampu mengelakkan ada pasukan yang berhutang gaji dengan pemain dan pelbagai maslah yang jika di ceritakan mungkin saya di labelkan tidak patriotik.

Lagi pun saya merasakan tidak sampai 1% (270,000) pun rakyat Malaysia pergi menonton perlawanan bola sepak tempatan so mengapa perlu kita ada liga tempatan?

Untuk hiburan atau untuk menyusahkan. Dan saya percaya jika ada 300 buah negara maka Malaysia akan berada di kelompok 200 lebih ranking FIFA dan apakah target pasukan2 ini?

1. England - top 5 europe.
2. Brazil - world champion.
3. Japan - best in Asia
4. Malaysia - top 200 FIFA ranking.

percayalah target ini perlu di capai oleh pasukan di atas...
Dan Malaysia telah membuktikan nya sebagai pasukan ke 150 lebih terbaik dunia, di belakang singapura di mana penduduknya hanya ada 3 juta dan di belakang Thailand di mana ekonominya macam air pasang surut.

C4, mercun dan Malaysia

jangan hairan kalau anda mangsa seterusnya, di tembak 2 kali dan di letupkan di badan dengan bahan peletup plastik (C4). Benda ini tidak sesuai di bincangkan bersama orang-orang UMNO ataupun orang-orang yang seangkatan dengan nya. Mereka ini sebenarnya ada yang bijak-bijak belaka, mendapat tajaan melanjutkan pelajaran dan mendapat biasiswa dan anugerah, dan pada pemilihan UMNO yang lepas, mereka telah hadir di hotel2 mewah di sekitar ibu negara untuk menghadi perhimpunan agung UMNO, atas dasar wang ataupun sebagainya , itu terpulang kepada morality mereka sendiri.

Tajuk ini sebenarnya telah di posting sebelum ini, tetapi diposting oleh saya sendiri, untuk menjadi kan ia lebih menarik, saya membuat blog saya sendiri (maaf ya idea saya tidak boleh di ikat sepertimana pekerja kerajaan dan penjawat awam)

Umum mengetahui bahawa kes pembunuhan Altantuya Shariibu berkait rapat dengan C4(peletup plastik) dan dari mana ia di perolehi akan saya ceritakan secara detail tetapi saya sebenarnya tidak terlibat dengan binatang yang kejam membunuh manusia itu, saya bercakap melalui pengalaman saya. Dan secara mudah kita akan bercakap bercerita mengenai standard.

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penggunaan KPI (key perfomance indicator) untuk kementerian dan menteri mereka, seolah2 sebarang kecacatan akan di tunjukkan melalui satu sistem bodoh yang entah siapa yang mengasasnya dan untuk apa perlu ada itu saya tidak mahu ulas. Saya ingin bercakap pasal standard, berbalik kepada soal keselamatan di Malaysia, saya ingin berkongsi mengenai standard, tetapi standard apa bukan standard 2 or standard chartered yang saman yang terutama negeri sembilan itu.

Jika dengan KPI itu yang baru sahaja di lancarkan, saya percaya pelbagai kementerian akan meningkat kan kualiti (sebelum ini tidak berkualiti) kepada masyarakat setempat, saya juga pernah melalui pelbagai karenah dan suka duka apabila berurusan dengan jabatan2 ini.

Malaysia juga mempunyai satu standard yang di panggil safe explosives storage dan saya percaya jika benda ini di lakukan oleh askar di Indonesia dan askar di Australia tidak mungkin Malaysia tidak melakukan nya. Malahan askar di Korea Utara dan askar di Cote d Ivore juga melakukan penyimpanan safe material storage.

Ia akan di perincikan sebentar lagi. Untuk mengetahui apakah explosives, ada orang menyatakan explosives ini sebagai satu benda yang meletup dan berbahaya bagi saya kepala batang mancis juga explosives (black american powder) dan saya mendefinasikan explosives sebagai any material which release energy.

Bagaimana ia disimpan, simpan dalam poket? simpan dalam kereta kebal or simpan kat ofis pegawai pemerintah kem askar? tidak! ia disimpan di sebuah tempat yang benar2 selamat, tidak ada bezanya dengan askar US dan Malaysia, tempat menyimpan atau di kenali sebagai explosives bunker sudah pastinya akan mengikut piawaian standard antarabangsa. Standard ini juga mengikut piawaian ISO dan sebagainya.

Bagaimana ia di jaga, explosives bunker ini juga mempunyai shelves nya sendiri di mana shelves ini akan di kunci dengan mangga khas yang di peruntukkan oleh agensi di panggil Hazmat (hazardous material), berapa kunci ada? satu? dua? lapan? jawapan nya 3. mengapa 3...

okey... ini yang saya perjelaskan...

ini berlari sikit dari prinsip ketenteraan tetapi standard explosives safe storage masih sama, sbb ia masih berlaku di Malaysia. Untuk pengetahuan dek kakak semua, ada sebuah tempat di panggil Merinding di Wilayah Persekutuan Labuan, ia benar2 tidak jauh dari Kolej Matrikulasi Labuan, di sana ada satu explosives bunker untuk kegunaan industri oil and gas.

Mudah saya katakan storage yang kami guna adalah sama dengan apa yang digunakan oleh pihak tentera, so shelves ini akan di kunci dengan 3 mangga? adakah saya memegang satu kunci? tidak? dua kunci pun tidak dan 3 tiga terus kunci juga tidak. untuk menceritakan secara specific ia di ceritakan di bawah.

dan untuk mengeluarkan segram atau seunit bahan dari satu? anda perlu mengisi sebuah borang yang di sahkan oleh Hazmat dan perlu di beri kepada pihak berkuasa. Bukan main ambik jer... walaupun sebenar itu adalah barang kompeni anda? atas sebab apa? security... safety!!!

berbalik kepada mungkin ada golongan pemuda umno celaka atau pukida jahanam ini mungkin menafikan mungkin explosives digunakan oleh terrorist di malaysia, jangan pedulikan diaorang, diorang tu banggang, untuk menunjukkan bagaimana kerajaan yang benar aku sayangi ini bertindak keatas bahan explosives lihat lah kepada pernjualan mercun... di benarkan atau tidak? dan untuk satu lagi tambahan kepada orang yang asyik nak bercakap UMNO itu syumul dan tidak pernah berdosa, sebarang explosives yang tidak di gunakan dalam masa2 tertentu akan di musnahkan mengikut jadual dalam kuantiti yang di tentukan, lokasi kami memusnahkan nya adalah sipitang, Sabah. hairan juga ya kenapa orang sipitang tidak mengundi Parti pembangkang, jawapannya... internet...

jangan pula anda cakap saya mendakwa najib tun razak mengeluarkan explosives itu... kita tidak ada bukti tetapi saya cuma menjalankan tugas saya bagaimana mereka menyimpan explosives dan mengeluarkan explosives sahaja. ada tentera or menteri nak ulas?

dulu aku pernah berkerja dan handling explosives. tapi untuk perforating dalam industri oil and gas...
masalah nya yang aku tahu, memang ada polis yang jaga tempat storage tu... 24 jam...dan setiap visitor akan sign log book dan akan di periksa sebelum masuk dan keluar...

jika ada explosives material yang perlu di bawa keluar perlu membawa form hazmat(hazardous material).

dan pintu store itu di kunci dengan 3 kunci... satu kunci di pegang oleh syarikat(pihak kami-takdak kunci spare, ilang kena buat repot polis), satu kunci di pegang oleh polis bantuan yang berkawal di kawasan supply base kami!dan satu kunci akan di pegang oleh polis yang berkawal di kawasan storage kami...

saya pernah bertanya dengan seorang explosives safety officer, kenapa perlu birokrasi sangat dengan membawa material kita sendiri...

jawapan nya, ini telah di tetapkan oleh hazmat... di seluruh negara malah di seluruh dunia pun mempunyai method yang sama di mana explosives storage akan di simpan di satu kawasan yang tinggi dan di kawal rapi...

saya juga percaya ATM(angkatan tentera malaysia) juga mempunyai method yang sama, (jika ATM tidak melakukan sedemikian rupa mereka boleh didakwa)mereka juga ada 3 kunci untuk membuka storage berkenaan, tidak berlitar elektrik dan sebagai nya... adakah UTK PDRM mempunyai explosives material- saya tidak pasti!!!

kejadian yang menimpa wanita malang dari mongolia mendiang altantuya shariibu benar2 menyayat hati...dia ditembak di muka 2x dan di tubuh nya itu diletupkan dengan C4... pihak polis tidak mempunyai maklumat mengenai bahan yang di gunakan dalam C4 berkenaan, bayangkan saudara paling rendah (low explosives) pun mampu menghasilkan tenaga sebanyak 40,000 psi dengan reactive milisecond inikan pulak C4 dengan penghasilan tenaga sehingga 4,000,000 psi, dengan ke reactive nya microsecond...

pernah pam tayar kereta, lihatlah berapa psi yang di hasilkan mesin pneumatic berkenaan!!!

http://en.wikipedia.org/wiki/Explosive_material#Chemical_exp losives

http://en.wikipedia.org/wiki/C4_explosive

untuk memudahkan permahaman anda explosives ini berfungsi dengan arming electrical and ballistic, and disarm ballistic and electrical... ertinya kita akan memasang instrument elektrikal sebelum kita memasang charges

"The explosive train, also called an initiation sequence or firing train, is the sequence of charges that progresses from relatively low levels of energy to initiate the final explosive material or main charge. There are low- and high-explosive trains. Low-explosive trains are as simple as a rifle cartridge, including a primer and a propellant charge. High-explosives trains can be more complex, either two-step (e.g., detonator and dynamite) or three-step (e.g., detonator, booster of primary explosive, and main charge of secondary explosive). Detonators are often made from tetryl and fulminates."

begitu juga sebaliknyya, kenapa itu lah safety, bayangkan leckage pada circuit elektrik kita akan dapat memeriksa nya dahulu sebelum arming explosives, begitu juga jika misfire kita akan disarm ballistic dahulu sebelum elektrik...

bagaimana azilah dan sirul mendapat C4!?
ada perintah mahkamah ke?!