Wednesday, January 27, 2010

la cakap juara rakyat

Exco kanan, Datuk Hamidah Osman, berkata kuasa membubar DUN terletak sepenuhnya kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan oleh itu kenyataan serta arahan termasuk melalui media dibuat pembangkang supaya jentera pilihan raya dipersiapkan untuk menghadapi pilihan raya selepas pembubaran DUN, amat keterlaluan.

"Ada spekulasi di sana sini dibuat pemimpin tertentu yang bergelar wakil rakyat bahawa keputusan (hakim) Mahkamah Persekutuan akan memihak kepada Mohammad Nizar 4-1. Ada juga arahan dibuat termasuk secara terbuka supaya membuat persiapan membubar DUN dan bersedia menghadapi pilihan raya.-berita hairan

ha ha ha

kenapa tidak boleh buat spekulasi

tiada orang mendahului mahkamah

mengapa takut bubar dun

takut tak der projek

pigi dah

cakap melayu sokong 100%
cakap cina sokong 100%
cakap india sokong 100%

nak ke sidang dun di boikot
kalau tak nak pegi lah bubar
rakyat pun nak buat perhitungan

Tuesday, January 26, 2010

sekarang suma kena potong

cina join bank islam kena potong
orang asli join umno kena potong,
makan ayam pun kena potong,
p1wmax pun potong,
sebelum aksiden pun potong

sekarang nak pegi mana2 jalan jauh2
pun kerajaan pakai air asia (bukan YB)
kedah pegi jB pun claim mesti tiket termurah
nak makan tak boleh claim,
dari terminal bas pegi hotel tak boleh claim

kerajaan hari ni dah semakin miskin
hari ini negara memiliki berpuluh kereta F1
berpuluh kuda2 terlatih

untuk rakyat sejahtera

dan bodohnya rakyat masih percaya dan yakin bahawa itu adalah kemajuan
adakah kemajuan bermaksud harta benda
dan apakah yang paling penting adalah ini, rakyat boleh hidup bergerak dan kedepan
dengan gaji dan wang yang cukup di dalam tangan

hari ini kita merubah
daripada sengkek ke arah kemajuan

bukan nya pelajar sekolah di halau pada hujung minggu
adakah anak2 orang miskin tidak boleh bersekolah
adakah sekolah dijadikan kapitalis sejati sepertimana malaysia hari ini
apakah yang harus kita wariskan pada anak2 kita di kemudian hari

Undi untuk perubahan
tapi kalau kat kulim jangan undi zulkifli noordin
biar undi UMNO

Saturday, January 16, 2010

berita untuk awal tahun

kepada yang mendengar khutbah

Allah hanya tuhan orang Islam...
bukan seperti di dalam Al-Quran
Allah tuhan sekalian Alam, Allah tuhan bagi Kucing dan Babi, Allah Maha Pencipta

bagi yang melampau jangan baling cat ke gereja lagi

Banyak yang boleh di lakukan

banyak amal yang perlu di buat

Kepada semua bangsa manusia di luar sana, yang berbangsa malaysia. bantulah pasukan kelab dan negeri tempatan sekarang, beli lah tiket bermusim di stadium berdekatan anda

atau beli lah tiket mingguan. mereka yang bermain juga perlu menyara seseorang. berhentilah menghisap rokok untuk sehari, beli lah sekeping tiket bola sepak...

MSSM sekarang pun tak da perlawanan antara sekolah...

Kita doakan najib jangan mampuih kerah kat Tanah Suci

Sunday, January 10, 2010

jangan jadi umno

ha ha ha

kelakar dan gila

inilah yang berlaku baru2 ini

diaorag ni punyalah ekstrem sampai pegi bakar gereja...

tak tau lah diorang ni begitu sayang kan sangat islam sampai gitu sangat

tak perasan pulak tak nampak pulak jemaah tabligh ajak g masjid setiap hari

ha ha ha

nak tuduh tak berani jadi gua akan bercakap sahaja

rasa2 nya yang pegi buat ni mesti yang dari kalangan "Islam biru". Islam biru ini kadang2 menggunakan nasionalis sebagai wadah dan agama kadang2 sebagai landasan nya. entahlah tapi memang popular dengan hadhari dan one malaysia. yang mengharukan mereka ni pergi bakar gereja dengan molotov cocktail, nak tak nak susah jugak dengan budaya ni... polis memang tak kan dapat tangkap sapa dalang nya... sedangkan PKFZ yang terang2 pun tak tertangkap apatah lagi kerja khianat begini

perjuangan untuk mempertahan kan kalimah Allah ini begitu besar baginya untuk golongan seperti perkasa dan Peribumi...

tidakkah wajar mereka bantu kelantan untuk meningkatkan kesedaran dengan penggunaan "menutup aurat"?

daripada mereka pergi bakar rumah ibadat agama orang lain

sedarlah bahawa keadilan akan terlaksana

jangan lah di lupa bahawa hak setiap orang di bumi ini

cara nak tunjuk hardcore islam bukan lah dengan sebat model indon dalam sebuah kelab di dalam negeri majoriti melayu dan islam dan sebat dia seorang. takkan pekerja dan pelanggan lain dah blah tahu2 je jabatan agama islam nak datang, bukan nya tunggu ajaran ayah pin dah jadi edisi ke 2 sukan olimpik baru nak ambush besut tu!

kita sepatutnya uruskan tentang kefahaman Islam dan jika musykil berpandulah pada Al-Quran, pandulah pada al-hadis dan kemudian ulamak, dan dalam 6,666 ayat al-quran tiada pun satu menyatakan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja atau tidak boleh di gunakan oleh orang lain, sedangkan pada zaman sebelum kedatangan Muhammad S.A.W ke tanah Arab iaitu selepas runtuh nya empangan maarib, masyarakat jahiliyyah di sana menyembah Allah dan memanggil tuhan mereka Allah, belum datang lagi Islam belum lagi datang Islam bro...
Kemudian musim2 haji mereka kemudian meletakkan berhala di dalam kaabah ini yang sesat, cuba lihat juka tidak berpandukan pada ajaran maka sesatlah satu kelompok dan bangsa itu.

belajarlah bahasa dan yang paling penting pahami lah penggunaan nya, jangan pulak kita nak marah orang lain sedangkan perkataan Allah itu sendiri bukan bahasa melayu, malah bahasa melayu ini asal usulnya ciplak bahasa orang.

banyak lagi perjuangan lebih islamik dari bakar gereja ni yang lebih patut di lakukan. kita bukan berada di india, di india tak apa bakar kuil sebab hindu kat sana bakar masjid. wajar kita berperang, kalau kat israel tak pa mereka kaffir yang memusuhi islam... cuba periksa cina dan india ni lepas2 undi sapa?!?

p/s: orang mesir tak marah ka nour el cham nyanyi lagu Allah, Allah pakai bikini? tak caya carik nama nour el cham dalam youtube mesti ada...

Thursday, January 7, 2010

selagi

selagi pencuri enjin jet belom di tangkap
selagi harga gula naik

selagi pencuri PKFZ tak tahu
selagi tak da laporan stadium runtuh
selagi ada bulan dan bintang
selagi ada felda

bangsa melayu jadi bodoh

Monday, January 4, 2010

apa ada

adakah Allah telah mengatakan nama nya khusus untuk di gunakan oleh orang Islam sahaja... mengikut bahasa Arab, Allah bermaksud tuhan. apakah bezanya penggunaan nama Allah... sedangkan Allah mempunyai 99 nama lain. tetapi Allah itu tetap ESA!

Sokong penggunaan nama Allah oleh bangsa lain dan harus di adakan dialog dengan mereka. bukannya kita melatah kerana di negara luar penggunaan nama Allah begitu meluas oleh Arab Nasran dan Arab Majusi!

tiada pembunuhan dan tiada pula huru hara. Orang melayu jangan terlalu percaya dengan sesuatu. buat kajian dahulu...

kita sepatutnya tidak percaya bahawa harga gula naik 20 sen sekilo mesti air teh o ais naik 20 sen jugak... itu kerja bodoh... kita mempunyai otak yang matang...

Sunday, January 3, 2010

2010

SENTIASA CHIC DAN COOL SEPANJANG ZAMAN
- memakai t-shirt hitam
- jean koyak
- tak pakai seluar dalam
- tak pakai bra
- pergi gig underground
- punk rock