Tuesday, April 20, 2010

mari berkempen

seronok nya ada pilihanraya kecil, jumlah ongkos nya sahaja berjuta2.

demi mengupdate blog ini dari laut yang mempunyai limited access kepada internet.

lihat sahaja berapa jumlah grant yang telah lulus, berapa jumlah projek mega, blom lagi makan minum orang datang dengar ceramah.

sempena meraikan orang2 yang keluar dari parti ini, musim hujan agak nya.

saya pun terkedu membaca nya sehingga dato seri azizan razak begitu terdesak untuk membubarkan DUN.

daripada yang saya tonton di tv semalam, beratus2 sudah ahli PKR keluar dari parti termasuk Adun Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu yang keluar parti.

sempena musim berkempen ini, saya juga di kejutkan oleh berita ini,

MP bagi Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar Ibrahim keluar dari PKR kerana tidak lagi percaya dengan kepimpinan parti itu. Fuhhh... memang dahsyat la PKR kali ini, adakah PKR akan bungkus pada 25.4. 2010 ini.

berita untuk parlimen Sibu pula, BN sedang mencari jalan untuk melunaskan ongkos untuk di sana, jika dilihat dari bandar banjir sarawak itu, begitu banyak sekali isu boleh di naikkan.

apa akan terjadi dengan jambatan bertol sungai rejang di lanang.

apa akan terjadi dengan feri laluan 200 meter bayar rm5 pulak di sungai maaw di sibu, semuanya dalam parlimen sibu, itu belom kes sekolah buruk lagi.

rumah panjang, kelapa sawit, bayar minyak mahal pada 2011.

apakah jaminan DAP (kerusi majoriti Cina) bahawa mereka tidak akan mengalami masalah seperti PKR apabila Nurul Izzah yang keluar parti?

jaminan ini paling penting kerana perlu di lihat, selepas tiada nya mendiang robert lau, seorang dermawan yang begitu kaya raya, SUPP pasti akan mencari seorang calon yang bukan sahaja mempunyai poket yang sangat tebal untuk menawan hati penduduk luar bandar, harus di ingat jiran parlimen sibu, sarikei BN hanya menang sebanyak 54 undi sahaja dalam pertandingan 5 penjuru pada 2008, hampir menjadi kan parlimen ke 2 di sarawak di rampas roket

saya menyeru PKR supaya bukan menjauhi kerusi SIbu, tetapi supaya tidak meletakkan calon di sana, tetapi menggerakkan jentera PKR di seluruh sarawak untuk membantu memenangkan calon DAP yang akan di tentukan pada mesyuarat yang akan datang.

perlu di ingat sibu adalah bandar ke 2 terbesar selepas miri dengan kepadatan penduduk nya melebihi 375,000 orang. dengan dua kawasan parlimen, sibu dan lanang.

pada masa ini orang sibuk berkempen di hulu selangor, dengan ketibaan MP bebas yang berkempen di kepalai ibrahim ali

jangan pulak di sibu nanti Lim Guan Eng pulak keluar parti DAP. kerana ini pasti melumpuh kan jentera parti itu di sarawak.

p/s: setiap hari dalam paper, dalam TV, ada beratus2 orang PKR keluar parti, takkan PKR tak nak keluarkan statistik ahli mereka pada setiap tahun, mungkinkah ahli PKR ini lebih tinggi daripada UMNO? jika di bilang dengan jari, sudah berpuluh ribu yang keluar, tetapi PKR tetap kuat dan sentiasa menang, kecuali di Batang Ai dan Bagan Serai.

Monday, April 5, 2010

GST

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya.-mlaysiakini

agak2 nya lah brapa ramai lagi rakyat boleh hidup dengan gaji yang sedia ada

kalau gaji 1.2 juta penjawat awam naik?

gaji pekerja swasta yang takdak pencen macam mana?

ada pekerja ini gaji dia jauh lebih rendah tapi kelayakkan lebih tinggi.

makin goyang kaki la polis, pakai lamborghini la KPN kita nanti...

lepas 1.2 juta sokong yang anak2 diaorang ada benefit ke?

dapat la safe orang dalam 7 juta...

yang 20 juta nak buat apa??

Sunday, April 4, 2010

beza dua jiran!







Pegawai berkata sekurang-kurangnya 12 gedung perniagaan utama termasuk World Central, gedung kedua terbesar di Asia Tenggara menutup perniagaan, sebagai tindak balas kepada tunjuk perasaan dan ugutan kumpulan itu bahawa mereka akan berada di kawasan itu sepanjang malam.

Kami tidak boleh membenarkan Abhisit memerintah negara ini lagi. Kami mahu menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai hak untuk memerintah, kata pemimpin kumpulan Baju Merah, Jatuporn Prompan kepada penunjuk perasaan. -bharian

keadaan di malaysia jauh berbeza di mana2 negara dunia lain, kebebasan dan demokrasi telah di cabul dan hak untuk berhimpun juga benar2 tidak di benarkan (di benarkan jikalau anda berada dalam kumpulan yang mengutuk Pakatan Rakyat).

Jika anda berhimpun di Thailand, anda tidak akan di tembak anda tidak akan di hujani meriam air dan tidak akan berlari lintang pukang.

kepada yang bebal kepada perlembagaan malaysia di sini saya terangkan:

Article 10 (1) guarantees the freedom of speech, the right to assemble peacefully and the right to form associations to every Malaysian citizen. However, Parliament may by law impose restrictions on these rights in the interest of the security of the Federation, friendly relations with other countries, public order, morality; and restrictions designed to protect the privileges of Parliament, to provide against contempt of court, defamation, or incitement to any offence.

Dalam Bahasa Melayunya:

Artikel 10 (1) menjamin:

Kebebasan bersuara, hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk melibatkan dalam mana-mana organisasi.Walau bagaimanapun, Parlimen berhak , melalui undang-undang mengenakan sekatan ke atas hak-hak ini bagi menjaga kepentingan keselamatan kepada Persekutuan, hubungan antara Negara lain, masyarakat awam, moraliti.

Adakah mereka yang menyertai perhimpunan ini mengancam untuk membunuh atau membakar harta benda awam, atau membawa senjata? atau mereka ini seperti hooligans di England, mereka ini semua aktivis aman yang jauh lebih aman dari di Perancis.

Jangan seperti kerajaan Komunis Republik Rakyat China yang membunuh pelajar di Dataran Tiannamen. Kita pengamal sistem demokrasi dan harus berpegang pada itu, keselamatan akan terjamin jika mereka berarak sekalipun hingga ke Istana negara?

mungkin ini sebab nya mengapa gaji polis di naikkan , bukan negara sahaja yang perlu di jaga tetapi ada lagi yang lebih penting bagi mereka untuk jaga!!!

Saturday, April 3, 2010

apu, nadai nyak wai


Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama.

Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.

Laporan Bernama itu disiarkan oleh beberapa media arus perdana hari ini.

“Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah di bawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan 'double standard' menteri pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.-malaysiakini

kesian orang sarawak
belom pernah2 orang sarawak derhaka dengan PBB, dengan Barisan
habis kering minyak kat sarawak, sekolah pun uzur
sekolah ni lebih huduh dan buruk lagi tak sempurna kalau nak di bandingkan dengan rumah panjang Tuai Rumah Numpang (Bapak Jabu- Timbalan ketua Menteri)

kalau begini berlaku di part2 lain kat negeri sarawak baru orang sarawak nak bukak mata ka??

tunggu bila?

tak lama lagi ada pilihanraya umum negeri

jangan bagi negeri kita nampak miskin di mata bangsa lain, negeri lain.

selekeh negeri lain pun sekolah dinding bata!!!

berita DUN lagi

“Lebih 55 peratus daripada mereka yang dibanci berkata BN akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang,” kata pengarah urusan Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal ketika membentangkan kajiannya di sebuah forum di Kuala Lumpur malam semalam.

Kajian itu juga mendapati sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang ini adalah sah - 39.2 peratus bersetuju berbanding 31 peratus menenatang manakala satu pertiga atau 26.8 peratus berkata mereka tidak tahu.-malaysiakini

Jom kita bubarkan DUN perak.

jangan takut, sbb orang perak ramai melayu.

kalau sikit melayu tu mesti pakai TYT bukan pakai Sultan

tak syok la kalau asyik2 adun pakatan ni keluar dewan.

kaji selidik dulu2 yang pasal kalau sekarang di bubar kan DUN mesti lebih daripada 50% yang nak DUN di bubar kan...

Ha Ha Ha... kenapa?

besar belanja ka besar modal nak mempertahankan perintah mahkamah ni

takper... Najib kan 1 malaysia,

jangan la satu malaysia jadi kecut telor

Friday, April 2, 2010

apa cerita

apa cerita retraining rakyat malaysia yang kena retrenchment tahun lepas

ilang gitu ke 60 billion tu

nak bagi untung orang buat training centre

diaorang dapat keja ke tak daripada training tu

kalau training perhotelan jangan pulak angkut sawit

tu memang nak buang duit rakyat je

orang yang training tu dah dapat keja ka?

makin banyak training la skarang, orang yang baru lepas training pun tak di serap2 lagi, bila nak bagi kerja kat orang

hari2 dalam berita cakap malaysia di labur berbillion2 dollar?

dalam bentuk apa?!

gila... undi pakatan rakyat di Hulu selangor. kerajaan cakap memang tak bikin punya!!!

JOM.. pakat register sebagai pengundi anak muda!!! jangan bagi chance. nanti grad, mati buang masa carik kerja!!!

Thursday, April 1, 2010

kah kah kah

Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga negara kita ini kurang membaca. Daripada kajian dan pukul rata, seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun - berbanding 40 hingga 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland.

Hasilnya, buku-buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga negara kita ini tidak ambil pot (peduli) tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buku-buku sastera, falsafah atau budaya, pameran lukisan atau pementasan teater.

Mengapa ini berlaku? Apakah warga Malaysia ini, terutama manusia Melayu, amat culas dalam hal baca-membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keingian untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekeliling mereka? Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi begitu mandul sehinggakan mereka tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri.

Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman, para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun menentang dan melawan proses pembodohan ini.

Di sini peranan penulis, seniman dan sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya yang disebar luas oleh United Malays National Organisation.

Selama lebih 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruksi cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu berfikir dan bergerak.

Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca, maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini sikap yang salah - inilah sikap hasil hegemoni budaya United Malays National Organisation.

Budaya ini memalaskan kita untuk berfikir. Seharusnya, kita menimbulkan persoalan demi persoalan terhadap kenyataan tadi. Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca?

Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku, maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah novel, maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh penulis dalam novel itu.

Jika manusia Melayu gagal menghayati sebuah puisi, maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya puisi itu. Jika manusia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan, maka mari kita selami apa yang telah dilukis.

Selama lebih 20 tahun ini, buku-buku daripada tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa, buku-buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakannya bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara

yang dipentaskan banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu.

Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadhari dahulu, banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadhari. Banyak seminar akademik dianjurkan tentang Islam Hadhari.

Ada teater dipentaskan tentang Islam Hadhari. Ada kajian dijalankan tentang Islam Hadhari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pameran lukisan tentang Islam Hadhari.

Seorang penulis puisi, yang bercita-cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar, tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadhari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadhari.

Tindakan mereka ini untuk memastikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan esei tentang Islam Hadhari; akan diadakan pertandingan berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadhari.

Sebuah pereka seni papan tanda juga akan meletakkan logo Islam Hadhari agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum disebarkan di tepi-tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadhari.

Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadhari.

Apabila pencadang Islam Hadhari ini tidak ada kuasa lagi, maka semua beralih kepada slogan 'Satu Malaysia'. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh dalam masyarakat kita.

Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis, si penyair, si pengkaji, si pembikin teater, si pencipta lagu, si pereka – semua mereka tahu bahawa apa yang mereka buat itu adalah membodek orang yang berkuasa ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan.

Kerja-kerja bodek tidak menarik. Kerja-kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidak akan mengancam menggelodakkan fikrah yang beku. Kerja-kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa.

Novel-novel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil daripada peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah, jika buku-buku bodek ini ini diberikan percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek.

Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku-buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kehidupan mereka.

Bayangkan jika buku-buku atau kerja-kerja seni ini ada kaitan dengan kehidupan mereka, pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi itu indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu, pasti puisi ini akan dihayati.

Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawaan ini perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka.

Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayati kerja seni ini. Bukan buku-buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan majoriti manusia Melayu.

Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu-lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau syair dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman, pasti kerja seni mereka merebak luas.

Contoh terbaik hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyair, pemusik, pelukis untuk digarap seseni mungkin.

Jika para penulis, seniman, saterawan, pelukis dan penggiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini, maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar.

Jangan kecewa apabila pameran lukisan hanya dilihat sebagai pameran syok sendiri. Jangan marah jika tidak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli.

Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan puisi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan.

Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu.

tulisan ini di ambil dari hishamudin rais

bahaya

"Tapi ini tidak lari daripada tanggungjawab kita untuk memastikan mereka yang tidak berdosa daripada mendapat pembelaan.

"Cuma dalam nak memberi pembelaan ini, jangan mengaburi mata orang ramai seolah-olah apa yang semua polis buat, tak kena, semuanya salah, semuanya menyalahi kuasa," katanya lagi.-malaysiakini

hati2 orang kita
jangan turun ke jalan raya

jangan tumpang kereta orang, jangan bediri belakang nigger

nanti kena tembak 5 kali
nanti mati tak ada orang nak bela
polis tembak pun dapat lepas
kena tindakan disiplin pun tidak
jangan pandai2 nak sokong orang yang kita nak selamatkan orang lain

nasib baik norizan ni melayu, kalau india dah mati katak dah dia

p/s: negara ini mempunyai undang2 yang sangat pelik, so kita kena hati2