Sunday, April 4, 2010

beza dua jiran!







Pegawai berkata sekurang-kurangnya 12 gedung perniagaan utama termasuk World Central, gedung kedua terbesar di Asia Tenggara menutup perniagaan, sebagai tindak balas kepada tunjuk perasaan dan ugutan kumpulan itu bahawa mereka akan berada di kawasan itu sepanjang malam.

Kami tidak boleh membenarkan Abhisit memerintah negara ini lagi. Kami mahu menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai hak untuk memerintah, kata pemimpin kumpulan Baju Merah, Jatuporn Prompan kepada penunjuk perasaan. -bharian

keadaan di malaysia jauh berbeza di mana2 negara dunia lain, kebebasan dan demokrasi telah di cabul dan hak untuk berhimpun juga benar2 tidak di benarkan (di benarkan jikalau anda berada dalam kumpulan yang mengutuk Pakatan Rakyat).

Jika anda berhimpun di Thailand, anda tidak akan di tembak anda tidak akan di hujani meriam air dan tidak akan berlari lintang pukang.

kepada yang bebal kepada perlembagaan malaysia di sini saya terangkan:

Article 10 (1) guarantees the freedom of speech, the right to assemble peacefully and the right to form associations to every Malaysian citizen. However, Parliament may by law impose restrictions on these rights in the interest of the security of the Federation, friendly relations with other countries, public order, morality; and restrictions designed to protect the privileges of Parliament, to provide against contempt of court, defamation, or incitement to any offence.

Dalam Bahasa Melayunya:

Artikel 10 (1) menjamin:

Kebebasan bersuara, hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk melibatkan dalam mana-mana organisasi.Walau bagaimanapun, Parlimen berhak , melalui undang-undang mengenakan sekatan ke atas hak-hak ini bagi menjaga kepentingan keselamatan kepada Persekutuan, hubungan antara Negara lain, masyarakat awam, moraliti.

Adakah mereka yang menyertai perhimpunan ini mengancam untuk membunuh atau membakar harta benda awam, atau membawa senjata? atau mereka ini seperti hooligans di England, mereka ini semua aktivis aman yang jauh lebih aman dari di Perancis.

Jangan seperti kerajaan Komunis Republik Rakyat China yang membunuh pelajar di Dataran Tiannamen. Kita pengamal sistem demokrasi dan harus berpegang pada itu, keselamatan akan terjamin jika mereka berarak sekalipun hingga ke Istana negara?

mungkin ini sebab nya mengapa gaji polis di naikkan , bukan negara sahaja yang perlu di jaga tetapi ada lagi yang lebih penting bagi mereka untuk jaga!!!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin