Tuesday, April 20, 2010

mari berkempen

seronok nya ada pilihanraya kecil, jumlah ongkos nya sahaja berjuta2.

demi mengupdate blog ini dari laut yang mempunyai limited access kepada internet.

lihat sahaja berapa jumlah grant yang telah lulus, berapa jumlah projek mega, blom lagi makan minum orang datang dengar ceramah.

sempena meraikan orang2 yang keluar dari parti ini, musim hujan agak nya.

saya pun terkedu membaca nya sehingga dato seri azizan razak begitu terdesak untuk membubarkan DUN.

daripada yang saya tonton di tv semalam, beratus2 sudah ahli PKR keluar dari parti termasuk Adun Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu yang keluar parti.

sempena musim berkempen ini, saya juga di kejutkan oleh berita ini,

MP bagi Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar Ibrahim keluar dari PKR kerana tidak lagi percaya dengan kepimpinan parti itu. Fuhhh... memang dahsyat la PKR kali ini, adakah PKR akan bungkus pada 25.4. 2010 ini.

berita untuk parlimen Sibu pula, BN sedang mencari jalan untuk melunaskan ongkos untuk di sana, jika dilihat dari bandar banjir sarawak itu, begitu banyak sekali isu boleh di naikkan.

apa akan terjadi dengan jambatan bertol sungai rejang di lanang.

apa akan terjadi dengan feri laluan 200 meter bayar rm5 pulak di sungai maaw di sibu, semuanya dalam parlimen sibu, itu belom kes sekolah buruk lagi.

rumah panjang, kelapa sawit, bayar minyak mahal pada 2011.

apakah jaminan DAP (kerusi majoriti Cina) bahawa mereka tidak akan mengalami masalah seperti PKR apabila Nurul Izzah yang keluar parti?

jaminan ini paling penting kerana perlu di lihat, selepas tiada nya mendiang robert lau, seorang dermawan yang begitu kaya raya, SUPP pasti akan mencari seorang calon yang bukan sahaja mempunyai poket yang sangat tebal untuk menawan hati penduduk luar bandar, harus di ingat jiran parlimen sibu, sarikei BN hanya menang sebanyak 54 undi sahaja dalam pertandingan 5 penjuru pada 2008, hampir menjadi kan parlimen ke 2 di sarawak di rampas roket

saya menyeru PKR supaya bukan menjauhi kerusi SIbu, tetapi supaya tidak meletakkan calon di sana, tetapi menggerakkan jentera PKR di seluruh sarawak untuk membantu memenangkan calon DAP yang akan di tentukan pada mesyuarat yang akan datang.

perlu di ingat sibu adalah bandar ke 2 terbesar selepas miri dengan kepadatan penduduk nya melebihi 375,000 orang. dengan dua kawasan parlimen, sibu dan lanang.

pada masa ini orang sibuk berkempen di hulu selangor, dengan ketibaan MP bebas yang berkempen di kepalai ibrahim ali

jangan pulak di sibu nanti Lim Guan Eng pulak keluar parti DAP. kerana ini pasti melumpuh kan jentera parti itu di sarawak.

p/s: setiap hari dalam paper, dalam TV, ada beratus2 orang PKR keluar parti, takkan PKR tak nak keluarkan statistik ahli mereka pada setiap tahun, mungkinkah ahli PKR ini lebih tinggi daripada UMNO? jika di bilang dengan jari, sudah berpuluh ribu yang keluar, tetapi PKR tetap kuat dan sentiasa menang, kecuali di Batang Ai dan Bagan Serai.

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin