Sunday, September 20, 2009

selamat hari raya

di hari ini selepas hari malaysia...

hari raya akan di sambut jua

tangan dan kaki yang mencederakan dulu minta di maafkan

mulut yang menegur dahulu memohon keampunan

mintalah kemaafan dan keampunan dari kedua orang tua dahulu

selamat hari raya

jangan kemalangan dan mati di jalan, sedangkan ada pilihan lain untuk pulang. gunakan lah kapal terbang!!!

Thursday, September 17, 2009

kisah sedih

peringatan untuk orang yang berada di luar sana supaya berhati2

ingatlah orang tersayang

jangan lah menyeludup mercun di malaysia

dan janganlah makan di khalyak ramai di bulan ramadhan

jangan lah tercuri barangan di emporium dan sebagainya

bulan ini memang akan terjadi perkara mempercepatkan wang

sebab bonus tahun ni tak de

sabar...

nanti undi BN lagi...

Sunday, September 13, 2009

boikot indonesia

bukan nya dengar lagu indon bukan nya lihat sinetron indonesia

berhenti gajikan indonesia di negara ini

berhenti benarkan indonesia masuk ke negara ini


berhenti jana ekonomi indonesia

kempen sweeping malaysia memang kejam

nota: kepulauan natuna lebih dekat dengan tanjung datu di sarawak tapi di miliki indonesia, tiada budaya indonesia di natuna...

Wednesday, September 9, 2009

mencari lailatul qadar

bermula lah episod berbuat amal ibadah

baca lah al-quran buatlah jariah bantulah yang susah derma lah makanan dan wang, serta pakaian...

jika mampu...

Monday, September 7, 2009

calon UMNO

Diminta mengulas cadangan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menyarankan calon kerusi tersebut dipilih kalangan wanita, Mohd Faizal berkata:

"Sekarang bukan masanya untuk memenuhi sesuatu kehendak. Sekarang adalah masa kritikal untuk parti.

"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya. -malaysiakini

Ha Ha Ha

tan sri Isa Samad akan bertanding di bagan pinang

menteri besar bermasalah akan jadi calon

alhamdulilah...

Ha Ha Ha

semoga politik di bagan pinang menjadi bersih sedikit

ha ha ha

jangan takut mantan menteri besar jarang kalah

tak yah kempen pun tak pa

Sunday, September 6, 2009

satu malaysia edisi khas

“Di negara ini, sifat curiga mencurigai antara kaum yang menjadi masalah,” katanya dalam wawancara dalam Mingguan Malaysia hari ini.

“Saya juga melihat keadaan ini berlaku kerana parti yang berasaskan kaum yang jelas memperjuangkan kaum mereka sahaja dan ini akan mengheret soal lain seperti bahasa dan sebagainya,” tegas beliau lagi.

Menurut beliau, sepatutnya ada satu bahasa pengantar sahaja dan bahasa lain boleh dipelajar tanpa ada masalah.-malaysiakini

ha ha ha

ini memang benar

melayu takut cina, india takut melayu, cina takut semua

ha ha ha

melayu cakap tak guna cina memerintah

dah nama ketuanan melayu, tapi tak dapat buktikan melayu sebenarnya memang berdarah sebagai pemerintah

naik atas kapal jadi kelasi bukan jadi nahkoda, bekerja sebagai peniaga bukan sebagai towkey tapi sebagai kuli, melayu memang biasa menjual benda2 haram dan yang halal hanya orang yang percaya tuhan jadikan semua bangsa tanpa ada bezanya. yang membezakan amal dan takwa.

kepada yang di luar sana, berikan lah bukti anda bahawa bangsa lain tidak dapat memerintah, ikutilah langkah sultan perak bagi dengan mamak perintah perak, percayalah dengan agong bahawa mamak madey dapat memerintah!!! kenapa melayu takut bangsa lain memerintah?? sebab takut takda projek, anak tak masuk universiti dan sebagainya!!!

hidup ketuanan melayu!!!

satu lagi omongan kosong satu malasia!!!

kejayaan najib

Sebaik sahaja mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan pada April lalu, Najib menggambarkan dirinya sebagai seorang reformis.

Bahasa reformis yang digunakan Pakatan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diterimapakai sebagai sebahagian agendanya.

Daripada hasrat meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hinggalah kepada usaha-usaha liberalisasi ekonomi, Najib mengenengahkan imej seorang pemimpin yang responsif kepada kehendak rakyat.

Kemuncak usaha-usaha Najib membina imej baharu ini adalah kejayaannya meraih populariti sehingga 65 peratus, menurut kajian firma tinjauan pendapat Merdeka Centre yang diumumkan awal Julai lalu.-harakahdaily

dapat kah najib lakukan nya

sedangkan ramai yang menhantam beliau

jikalau mukhriz bukan menteri sekarang pun memang kena hantam madey la sekarang si najib

tapi apakan daya

malaysia sudah ada scorpene

ada 2 lagi tu... vietnam ada 4 kilo

ha ha ha

singapore ada 6 kapal selam...

sapa dapat komisen kat sana?? razak baginda jugak ke...

dah kotor pun boleh jadi PM

pelik nya!!!

semoga najib berjaya untuk menumbangkan semua kerajaan pakatan dan semoga anwar melawan sehingga tumbang nya semua kerajaan BN!!!

ha ha ha

Saturday, September 5, 2009

tiada mustahil dalam umno

Bagaimanapun, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata syarat tertentu akan ditetapkan kepada mereka yang bertanding.

Hishammuddin adalah pengerusi jawatankuasa induk pindaan perlembagaan Umno yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung parti itu pada 13 hingga 16 Oktober depan.

Menurutnya, perkara itu dan kesemua maklum balas daripada akar umbi itu akan dibawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno minggu depan sebelum dibentangkan kepada Majlis Tertinggi 11 September ini.-malaysiakini

ha ha ha

ni nak menghapuskan nak menghapuskan politik wang ke??

kenapa tak hapuskan badan disiplin umno?

baru tiada orang bermain politik wang...

bila dah tiada politik wang baru la tiada tangkapan

ha ha ha

bubar ajk disiplin

pastikan umno sifar politik wang

ha ha ha

nanti pilihanraya kecil bagan pinang jangan lupa hadiah wang fotostat lagi!!!

selamat ari raya!!!

Friday, September 4, 2009

bonus raya

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata pemberian bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini amat wajar kerana penjawat awam semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang ramai.

"PAS melihat kakitangan awam sekarang ni cukup terbeban dengan kos sara hidup terutamanya dengan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Jadi pemberian bonus itu dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya nanti," Katanya kepada Harakahdaily.

PAS mencadangkan kerajaan memberikan bonus kepada penjawat awam sekurang-kurangnya satu setengah bulan gaji sebelum Aiilfitri bagi meringankan beban mereka.-harakah

nanti esok dalam utusan mesti ada juga sms mengutuk tindakan ini

ada jugak surat panjang jela2 menghina tindakan ini

tindakan ini kutuk ka?

kutuk ka kalau menggesa kerajaan untuk membayar 1 1/2 bulan gaji bonus kepada penjawat awam?

adakah kerajaan kita tidak mampu? subsidi di potong? harga barang meningkat dan sebagainya? ada kah mongolia kisah? adakah sembab peduli?

jika kerajaan tak mampu, masakan boleh beli besi buruk dengan hara berbillion...

jika kerajaan tak mampu takkan ada kebocoran berbillion2 di PKFZ

baru 1 1/2 bulan gaji

bukan nya mintak 3 bulan pun!!!

semoga isteri rosmah mansor selaku menteri kewangan mendengar cadangan ini, kepada pembaca utusan jangan pandai2 nak kutuk dulu!!!

ha ha ha

rasuah lanun manyak kaya

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.-harakah

ha ha ha

mana tak mati orang PKR

kalau ambik gula2 pun tangkap

orang UMNO tak boleh

kalau proksi pak lah takper tangkap

ha ha ha

kalau proksi monggol tak boleh..

nota: jika SPRM berkata masa 10 jam di perlukan untuk mendapat segala keterangan daripada saksi, masakan masa 2 jam ini tidak dapat segala keterangan? kalau tak dapat jangan di lepaskan? masalah nya adakah masalh 10 juta ini akan selesai??


mamat ni bagi cadangan

Sebaliknya, ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perintah tahanan tersebut hendaklah dikaji oleh mahkamah atau satu badan berkecuali.

"Ini juga supaya menteri dalam negeri dilihat tidak membuat satu keputusan penahanan di bawah ISA berdasarkan kepentingan politik," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran pergerakan itu di Sekolah Anak Yatim Sultan Salahuddin di Pantai Kundur di Melaka malam tadi.

Khairy berpendapat sesiapa yang ditahan mengikut ISA boleh mendapat keadilan melalui satu mekanisme kehakiman yang dicadangkan itu.-malaysiakini

ha ha ha

mamat ni bagi cadangan

kalau nak dengar dengar kalau tak nak dengar tutup

cadangan mamat ni nampak bagus, mana taknya dia ni macam dendam dengan ketua nya dulu yang sepupu dengan mat mongol ini.

yang kesian mamat ni dia tak terpilih mengisi kabinet

dia ni proksi PM lepas

kalau dia naik nanti mat mongol kena tangkap

ha ha ha

politik malaysia memang macam taik

ha ha ha

sekarang ISA pun kena hantam

abislah ketuanan melayu

cerita negeri Ikang no 2

Dua tokoh utama dalam kumpulan ADUN Umno Terengganu yang menentang menteri besar tidak hadir di majlis untuk merapatkan barisan kepemimpinan negeri yang disertai timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Mantan menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas setiausaha perhubungan negeri Datuk Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN tidak kelihatan pada perjumpaan di pejabat Umno bahagian Hulu Terengganu itu, lapor Bernama.

Ketika Umno negeri itu dilanda krisis berpanjangan, termasuk desas-desus sembilan wakil rakyatnya ingin melompat menyertai PKR untuk bergabung dengan lapan ADUN PAS, ketiadaan mereka menimbulkan pelbagai spekulasi. - malaysiakini

ha ha ha

9 adun tiada projek

hendak carik makan dalam BN pun tak dapat lagi dah

sekarang nak buat kerajaan baru kat negeri terengganu

nak carik projek kecik pun jadilah

sekarang mana cukup makan elaun saja

ha ha ha

boikot TPM sudah lebeh

macam sudah komfem mau pegi seberang

ha ha ha

Thursday, September 3, 2009

cerita negeri Ikang

Muhyidin kemudiannya dijadualkan berbuka puasa di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Untuk solat Isya dan Terawih pula Muhyidin memilih Masjid Telok Menara yang terletak dalam Dun Manir yang diwakili Harun Taib.

Ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu adalah Tengku Putera Tengku Awang. Yang Dipertuan PAS Hulu Terengganu adalah Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik mingguan, Siasah melaporkan dimuka depannya, jika terbentuk kerajaan baru di Terengganu, Harun adalah calon Menteri Besarnya. Ini kerana, dia adalah ketua pembangkang Dun dan juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.-harakah

kerajaan dah nak tukar??

kenapa nak tukar??

PAS pun takut macam UMNO di perak??

dapat jadi kerajaan hari ini, esok pegi bubar DUN.

itupun kalau berani!!!

jangan kutuk UMNO kencing berdiri tapi diri sendiri berak tak basuh!!!

ini hanya jika berlaku spekulasi (khabar angin) itu benar!!!

apa2 pun saya tengah berada di terengganu sangat2 happy dengan terengganu di bawah UMNO, kerana di Kampung Cina ada jual arak!!!

kalau PAS perintah nanti tak da arak.

BN perintah sudah ada pusat hiburan di sini,

kalau PAS perintah nanti takda.

BN perintah laki dan perempuan jalan pimpin tangan naik budget hotel takde orang tangkap...

kalau PAS perintah nanti suma nak kecoh!!!

berita membanggakan 1 malaysia

Seramai 600 anggota parti komponen BN di Perak didakwa akan menyertai PKR pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di Ipoh, Sabtu ini.

Bekas anggota parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan PPP dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.-malaysiakini

kesian

dah nak tenggelam

baik selamatkan diri

rampas negeri Perak siap upah orang

ingat berani sangat, ajak pilihanraya takut

tapi cakap pilihan raya

berani bubar la dun

orang tak nak kerajaan mahkamah atau sultan

ha ha ha

orang nak nasib 2.7 juta orang Perak di bela!!!

bukan di jual tanah kat sime darby lagi

ha ha ha

hidup sultan perak!!!

bertambah aman la Malaysia

Walaupun dipertikaikan, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi mulai 13 Sept ini.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.

Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.-malaysiakini

dah takder yang layak ke

apa rekod mamat ni

ha ha ha

makin banyak orang hilang orang mati saban hari

ha ha ha

kes pun belom banyak setel

ha ha ha

rekod mamat ni ialah meghalang orang ramai ke istana negara

maklum lah laksamana

ha ha ha

kerja gila

buat jangan bodoh, kalau dah bodoh jangan buat!

rekod malaysia


Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di Pelabuhan Kelang hari ini.

Ketibaannya disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.-malaysiakini

ha ha ha

kapal scorpene termahal

ha ha ha

banyak nyawa hilang dan terkorban

saksi pembunuhan turut hilang

pembunuh turut terlepas

komisen ratus juta

tahniah malaysia

menjadi kan scorpene sebagai rekod dunia untuk pembelian termahal!!!

proud to be malaysian

Wednesday, September 2, 2009

negeri perak

Polis semalam memperoleh perintah berkenaan mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah bagi mencegah perhimpunan haram ekoran "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" yang kononnya akan berlangsung di situ hari ini yang dipanggil oleh Ahli DUN Tronoh yang juga bekas speaker, V Sivakumar minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah semalam memberi amaran polis akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang terhadap sebarang perhimpunan haram di kawasan berkenaan.-bharian

Habis semua orang kena pakai

dari polis sampai pengawal

dari sultan sampai pekida

dari agama kepada bangsa

sudah bercelaru negeri perak

dari ada timah jadi takda

ha ha ha

negeri yang indah menjadi bodoh kerana ada dua menteri besar dua speaker dan dua raja

apa salah nya bubar kan sahaja dun itu??

kenapa?? takut puteri muflis ka??

ha ha ha

Takut kalah lagi

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.-malaysiakini

andai kata kalau ini kerusi UMNO memang susah la nak di kosongkan

pesanan saya baik lah kosongkan sahaja kalau rasa sudah sakit2. malas2!!!

orang kota siputeh sebenar dah melawat.

nanti kena santau pulak suruh mati terus baru tau!!! kalau dah sakit paham2 la, buat la alasan nak belaja ke apa...

ha ha ha

kalau ada pun memang hancur la UMNO!!!

mesyuarat dalam 1 penggal ada berapa pulak? ada 9?

HA HA HA

Tuesday, September 1, 2009

ha ha ha

Hishammuddin juga berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap mereka yang menyertai protes tersebut, berdasarkan kepada 52 laporan polis yang dibuat setakat ini.

Menurutnya, siasatan tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum sebarang tangkapan dibuat.-malaysiakini

52 laporan polis dah dibuat

ini memang sempena hari kebangsaan ke??

dah nyata ada gambar kenapa polis tak ambik keterangan dua orang racist itu

kalau cina india cakap pasal melayu racist

kalau melayu cakap pasal bangsa lain tak racist??

kalau itu macam cakap sahaja ini negara bapak moyang nenek kamu yang bukak!!!

kisah komik

emimpin majalah humor kontroversi Gedung Kartun, yang banyak memperli perdana menteri dalam karikaturnya, ingin bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendapatkan penjelasan berhubung status permit penerbitannya.

"(Oleh) kerana permit penerbitan diluluskan menteri, saya akan menulis surat untuk bertemu sendiri dengan menteri dalam negeri untuk mendapatkan penjelasan, apakah benar beliau tidak pernah pada, atau sebelum 14 Ogos, meluluskan permit dengan nombor PP8541/ 08/ 2010 (0282145) untuk majalah Gedung Kartun?" kata ketua editornya Zulkiflee Anwar Ulhaque.-malaysiakini

cakap boleh bersuara

ini bukan berhimpun

ini baru buat kartun, kartun ini bukan hina nabi

kenapa di haramkan??

najib itu nabi ka??

ha ha ha

Poll PPSMI yang gagal

setelah PPSMI telah di hantam dengan begitu hebat baik dari dalam dan luar, kanan kiri, atas bawah. DR. M masih tidak faham2 lagi (bodoh). Jadi untuk memajukan ekonomi bumiputera (sekarang global dah) saya mencadangkan bahawa semua mata pelajaran harus juga di ajar dalam Bahasa Inggeris, supaya ada yang mendapat laba dari berbagai kontrek, mencetak buku, distribute laptop dan sebagai nya. Jika anda sudah membaca baiklah, ambil lah initiatives anda untuk membuat poll di bawah!!!

nota: PPSMI adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam English!

di antara survey yang di jalankan adalah:

Perlukah semua mata pelajaran di ajar di dalam Bahasa Inggeris:
pilihan jawapan, Perlu, Tidak Perlu, gua tengok, kalau gua dapat tender memang perlu kalau tak dapat tak perlulah!!!, nak biar semua generasi muda bodoh ke?.

terdapat 50 orang yang telah mengambil initiatives untuk mendapatkan jawapan pilihan mereka di dalam blog saya, dan mereka ini berusaha untuk mengambil initiatives ini kerana belum di buat selepas follow up dari kajian di dalam blog mahathir lalok (bukan stone-tapi nyanyok) yang marah kepada kerajaan kerana hendak mengkaji tentang PPSMI. saya juga marah, marah kepda kerajaan, kerana satu, cikgu2 matematik dan sains kalau tiada PPSMi mungkin menggunakan komputer hanya untuk apply kerja dalam SPA.com dahulu dan bukan pengguna komputer yang aktif- mengikut statistik yang di keluarkan oleh amerika terhadap negara kita, malah tidak sampai 10% pun rakyat malaysia menggunakan komputer untuk capaian ini untuk digunakan untuk mencari maklumat.

oleh kerana marahkan kerajaan saya juga marahkan mahathir yang tolol itu supaya memikirkan nasib anak2 malaysia, bahawa cuma 4% sahaja mereka yang mencapai objektif PPSMI, mahathir, bukan 4% orang bandar, 4% tu bukan jumlah penduduk di KL, tidak sampai!!! betapa gagal nya PPSMI, sehingga keadaan geografi juga membantu pihak GMP untuk berjaya!!!

walau bagaimanapun, terima kasih kerana mengambil pilihan anda!!!untuk mencapai objektif PPSMI sebelum ini cadangan untuk menjadikan bahasa medium pengantar di sekolah2 adalah bahasa inggeris mulai tahun hadapan telah di sempurnakan melalui 50 otak yang berfikir!!!

keputusan nya adalah:
12% merasakan perlu untuk belajar di dalam Bahasa Inggeris di dalam semua mata pelajaran!!!
54% merasakan tidak perlu sama sekali.
22% bergantung kepada keuntungan apabila ia di laksanakan, jika lesen kontrektor di gunakan tidak memenangi hati pegawai daerah, pegawai pelajaran maka harus di sokong (atas pagar konon nya)
dan 12% merasakan jika ia di laksanakan ia seumpama PPSMI juga, mereka ini akan terus menjadi bodoh!!!

semoga dari sini kita memahami mengapa kita harus berfikir untuk masa depan generasi muda kita, seperti menteri belia dan sukan berfikir macam mana formula hendak menaik kan mutu sukan di malaysia, buat stadium runtuh.