Thursday, April 28, 2011

ha ha ha

kantoi bagi duit 500 beli undi Iban.... Iban nampak nya undi boleh di beli. lantak la siapa berkuasa yang penting bila DAP menang 12 kerusi PKR 3 kerusi, sarawak masih aman damai sejahtera, motto dan manifesto aman, damai sejahtera barisan nasional sebenarnya tiada impak...


apa kah andai BN kalah pada hari itu akan ada kekacauan? pasti ada, dan ia sebenarnya datang dari penyokong tegar barisan nasional sarawak...


yang tidak dapat menerima kekalahan.


PKR sedang menfailkan petisyen untuk DUN senadin, iaitu dr michael teo yang mempunyai reputasi doktor ibu mengandung, dan kalau ada yang hendak mengugurkan bayi boleh la datang ke klinik dr teo...

Sunday, April 17, 2011

keputusan pilihanraya negeri

begitu mendebarkan. apabila 19 kawasan hitam dan 9 lagi kawasan kelabu di istiharkan sebelum hari pembuangan undi. politik berteras dan berlandaskan kemajuan masih menjadi idola masyarakat luar bandar, ataupun masyarakat kampung di sarawak, tidak menyedari bahawa dalam masa 5 tahun itu mereka hanya tidak melakukan apa-apa melainkan menabur janji dan geran berjumlah jutaan dan billion ringgit ke beberapa kawasan hitam.


dap memenangi 12 kerusi manakala BN memenangi 55 kerusi, andaian yang akan di buat pada pilihanraya umum akan datang mungkin menyaksikan bahawa parlimen bandar kuching, parlimen stampin, parlimen sarikei, parlimen sibu, dan parlimen miri bakal menyaksikan kejatuhan di sarawak, di samping parlimen lanang akan menyaksi kan kekalahan jua.

Thursday, April 7, 2011

kelemahan yang ada

harus di intai kelemahan pakatan rakyat yang perlu di ambil oleh BN dan kelemahan BN yang perlu di rampas oleh pakatan rakyat. umum mengetahui sarawak adalah negeri unik di mana penduduk nya berbagai kaum. dan penduduk pelbagai kaum ini ada yang tidak menerima tekanan dan ada yang menerima tekanan.


swing era lewat 80 an dan awal 90 an jelas terasa, malahan pengundi2 cina juga di beri perhatian. malah ada yang perlu di ambil perhatian terutama kerusi campuran di sarawak...


perang siber di antara penyokong ke dua2 parti begitu ketara sejak hari penamaan calon semalam, 6 april, penyokong daripada kedua parti telah mula memburukkan lawan masing2.