Thursday, April 7, 2011

kelemahan yang ada

harus di intai kelemahan pakatan rakyat yang perlu di ambil oleh BN dan kelemahan BN yang perlu di rampas oleh pakatan rakyat. umum mengetahui sarawak adalah negeri unik di mana penduduk nya berbagai kaum. dan penduduk pelbagai kaum ini ada yang tidak menerima tekanan dan ada yang menerima tekanan.


swing era lewat 80 an dan awal 90 an jelas terasa, malahan pengundi2 cina juga di beri perhatian. malah ada yang perlu di ambil perhatian terutama kerusi campuran di sarawak...


perang siber di antara penyokong ke dua2 parti begitu ketara sejak hari penamaan calon semalam, 6 april, penyokong daripada kedua parti telah mula memburukkan lawan masing2.



selaku pemerhati bebas, yang inginkan melihat satu penggubal undang2 yang berbahas dan layak untuk mewakili kawasan masing2 bukan hanya yang pandai menabur janji terutamanya daripada parti kerajaan.


sesungguhnya, begitu besar modal untuk parti pemerintah untuk mempertahankan negeri dan begitu besar dana di perlukan untuk menawan negeri bagi pihak pembangkang.


saya melihat dari sudut kerusi panas di sarawak. malahan saya yakin kerusi paling panas adalah kerusi di padungan di mana penyandang dominique ng kim ho akan di nilai oleh penduduk padungan di dalam tiket berbeza malah di atas keadaan paling sukar kerana dominique akan di tentang oleh calon pakatan rakyat dan BN.


dominique amat di kenali di sarawak kerana berjaya menumbangkan jagoan SUPP Lily Yong pada tahun 2006, lily yong yang mungkin sampai sekarang masih tidak percaya akan perbuatan pengundi padungan menolaknya pada pilihanraya negeri lepas juga di antara  ahli politik yang betanggungjawab.


kerusi panas lain adalah kerusi ketua menteri sarawak, pehin sri abdul taib mahmud yang di tentang oleh calon BEBAS iaitu Datu' Salleh Jafaruddin, dan calon dari PR Suriati Abdullah. mustahil kedua calon bebas dan calon PKR tidak mengenali saya tetapi secara peribadinya, andai kata saya mampu dan dapat untuk pulang, saya akan mengundi Datu' Salleh. kerana Datu' Salleh begitu rapat dengan keluarga saya, sebelum, semasa dan selepas di dalam politik secara aktif.


Profil datu' salleh yang di anggap oleh penyokong PR di semenanjung yang dungu adalah tajaan taib mahmud begitu salah, dan amat tidak benar, kerana datu' salleh adalah orang yang terlibat dalam peristiwa Ming Court untuk menjatuhkan taib mahmud ketika tahun 1987, kemudian datu' salleh bersama tun rahman yaakub bersama2 menubuhkan parti malaysia sarawak, di sokong hebat oleh parti bansa dayak sarawak, yang telah dibubarkan. andai kata SNAP menyokong PERMAS dan PBDS ketika itu, kemenangan selesa BN ketika itu mungkin menyebabkan taib mahmud jatuh. dan andai kata negeri sarawak itu mengikut kata2 ketua negeri sperti di negeri Perak sudah pasti taib berjaya di singkirkan. datu' salleh juga adalah tajaan movement of change sarawak.


parti2 pakatan tidak bleh dianggap lemah kali ini, atau parti BN boleh mengambil inisiatif untuk tidak menunaikan janji yang lepas untuk melihat output kempen daripada parti pembangkang, harus di lihat bahawa parti pembangkang sekarang banyak mendapat sokongan terutama di kawasan bandar, dan kawasan luar bandar. BN masih menerima sokongan kuat di kawasan majoriti melayu dan kawasan membangun.


parti yang bertanding juga mempunyai konflik dan secara jujur nya saya melihat parti2 ini mempunyai cita2 yang sama di mana PR akan bertembung sesama sendiri di 25 kawasan di mana SNAP sebagai parti asal sarawak akan bertembung dengan PKR , secara jujurnya, saya melihat SNAP telah berusaha begitu gigih untuk tidak menganggu kerusi PKR tetapi kenakalan parti anwar ini menyebabkan mereka meletakkan calon di kawasan presiden snap sendiri, iaitu marudi. SNAP begitu berpengaruh di kawasan utara sarawak. malah penah menang selama di dalam dan di luar kerajaan di kawasan utara negeri. saya merasakan kesilapan di sana.


manifesto pakatan rakyat yang saya temui di dalam youtube ini juga telah menunjukkan bahawa ini adalah wadah perjuangan pakatan rakyat, tetapi tidak memadai untuk memenangi hati saya dan professional lain kerana begitu menitik beratkan kehidupan luar bandar. malah secara jujurnya saya tidak mempunyai untuk di rampas taib mahmud, dan tiada isu yang berjaya di bawa pakatan rakyat.


saya ingin melihat kemajuan juga yang di canang2kan oleh BN di sarawak, sekarang petra jaya mendapat hospital baru, tetapi dimana kawasan yang di tandingi ketua menteri masih tiada hospital baru. hospital di mukah mungkin pada tahun 1900 agaknya..


beberapa kawasan lain juga perlu di majukan dengan pusat kesihatan dan pusat pendidikan.
malah kawasan di bandar perlu mempunyai jaringan jalan yang baru untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. di antara bandar perlu juga mempunyai sistem jaringan jalan yang lebih baik berbanding sekarang.


isi pembalakan dan alam sekitar telah di bawa oleh parti bertanding, dari segi ekonomi juga telah dibawa oleh pemerintah.
disini saya mempunyai satu soalan, adakah kepuasan telah di terima semenjak perikatan memerintah sarawak kita telah berpuas hati dengan apa yang kita ada di sarawak ini.
dan kepada yang dari luar sarawak, pertembungan snap dengan PKR jangan lah memperkecilkan calon SNAP. kerana calon snap bukan nya yang kuat melompat, utk pengetahuan saudara, dr johnical rayong ada lah ahli malaysian dayak congress. tetapi tidak dapat di daftarkan sbelum prn 2006, maka bertanding di atas tiket SNAP. dan snap bukan parti racist macam UMNO. tetapi SNAP mempunyai keahlian yang besar dari bukan bangsa dayak.


peluang untuk pembangkang mempertahankan kerusi padungan dan batu lintang nampak samar, tetapi pembangkang mempunyai peluang yang sangat baik di kerusi simanggang, muara tuang, engkelili, ngemah, meluan, pelawan, repok, dudong, dan bawang assan, malah tidak ketertaluan saya boleh nyatakan swing akan berlaku di miri di mana pertandingan satu lawan satu berlaku iaitu di piasau, senadin dan juga pujut... bukit sari, dan danau kota tidak kurang juga saingan nya selain kerusi panas lain terutamanya satok, beting maro kakus, pelagus, baleh dan belaga.


semoga rakyat sarawak sedar kemajuan sahaja tidak memadai, keadilan sahaja juga tidak memadai, tetapi pilihlah calon yang bukan seperti VIP seperti datuk salleh, d kerusi balingian, calon berwibawa, kerana mereka inilah yang menggubal undang2 untuk negeri sarawak. mereka inilah yang berbahas di dewan untuk menentukan turun naik tarif elektrik, mereka inilah yang meminta jalan baru, mereka inilah yang akan meminta hospital baru, sekolah baru, bukan nya kita selesa dalam masa berkempen ini di bawa ke bandar2 besar di jamu arak dan duduk di hotel mewah sambil makan makanan2 hebat di hotel terkemuka, kerana dalam masa 5 tahun yang akan datang kita akan melihat perubahan.


dan kita bukan nya akan tewas di satu tempat maka kawasan itu terabai, bergantung kepada keberkesanan dan kekerapan YB kamu turun. kalau taib mahmud yang pusat operasi nya hanya di buka pada musim pilihanraya sahaja pun boleh menang, harus kita berhati2. dan perlu untuk kita pastikan bahawa taib yang telah lari dari kawasan di tandinginya harus di manfaatkan oleh kedua calon lain.


kebanyakkan calon BN telah bergumpal dengan pasangan masing, maka gunakan lah masa sehingga lewat malam untuk berjumpa seramai boleh pengundi. satu undi untuk anda akan menegatifkan dua jurang majoriti. percaya lah. perubahan di sarawak memerlukan pengorbanan.


untuk snap-pkr. saya melihat reformasi negeri sarawak tidak memerlukan anwar sama sekali, kalau rakyat sarawak memilih edwin dundang, maka edwin dundang la ketua menteri, jika perlukan baru bian menjadi ketua menteri maka baru bian la ketua menteri, pkr harus sabar dan bijak meletak calon, kerana media massa masih lagi menjadi media utama di sarawak...



No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin