Sunday, April 17, 2011

keputusan pilihanraya negeri

begitu mendebarkan. apabila 19 kawasan hitam dan 9 lagi kawasan kelabu di istiharkan sebelum hari pembuangan undi. politik berteras dan berlandaskan kemajuan masih menjadi idola masyarakat luar bandar, ataupun masyarakat kampung di sarawak, tidak menyedari bahawa dalam masa 5 tahun itu mereka hanya tidak melakukan apa-apa melainkan menabur janji dan geran berjumlah jutaan dan billion ringgit ke beberapa kawasan hitam.


dap memenangi 12 kerusi manakala BN memenangi 55 kerusi, andaian yang akan di buat pada pilihanraya umum akan datang mungkin menyaksikan bahawa parlimen bandar kuching, parlimen stampin, parlimen sarikei, parlimen sibu, dan parlimen miri bakal menyaksikan kejatuhan di sarawak, di samping parlimen lanang akan menyaksi kan kekalahan jua.



isu yang di mainkan adalah tidak lain tidak bukan bagi pihak pembangkang adalah isu bahawa taib terlalu lama menjadi ketua menteri, isu tanah adat ncr, isu pengagihan yang tidak sekata, sarawak negeri miskin, dan janji2 pilihanraya ingin menjadikan wang dan sumber sarawak di bahagi sama rata dan sama rasa.


pihak BN pula memainkan isu orang ulu jadi ketua menteri dan kedatangan parti PKR sebagai parti semenanjung telah mengikat sanubari orang luar bandar di sarawak.


isu-isu yang sering kedengaran adalah salah laku moral pemimpin pakatan dan sebagainya, umum nya walaupun itu ternyata benar atau tidak, hanya tuhan yang lebih mengetahui makhluk ciptaan nya.


bagi kejayaan pembangkang, menawan kesuluruhan bandar kuching selatan telah menjadi satu titik tolak untuk bekerja lebih keras, malah beberapa calon pembangkang yang di uar-uarkan mampu menang juga tidak menjadi kenyataan.


pertindihan kerusi antara pembangkang juga menyebabkan split votes di sarawak. tidak banyak kerusi satu lawan satu menyebabkan ia begitu mudah untuk barisan nasional menang.


BN telah mampu mempertahankan kerusi bumiputera dengan tulang belakangnya PBB memenangi 35/35 kerusi di sarawak, walaupun hampir tewas di kerusi beting maro. 


kerusi yang begitu besar margin majority adalah kerusi bukit assek di menangi dap, dan paling kecil adalah senadin di menangi oleh BN, dua-dua kerusi adalah kerusi majoriti cina.


ceramah pihak pembangkang juga telah menunjukkan peningkatan apabila jumlah undi meningkat ke 44%.


uulasan nya pengundi iban, kaum majoriti di sarawak, masih sanggup lagi untuk menggadaikan masa depan untuk berubah tetapi mengundi untuk wang. kerusi pelagus di menangi oleh calon bebas, yang di uar-uarkan di taja oleh datuk sng, bapa kepada penyandang kerusi berkenaan larry sng.


ini membukti kan satu undi boleh di beli dengan wang ringgit, walaupun kawasan luar bandar masih hutan tebal dan tanah mereka di cerobohi pembalak haram itu bukan masalahnya, kempen di sarawak masih sama, ada wang ada undi, tidak seperti di kelantan, bagi wang, pangkah tetap bulan.


bagi ceramah pakatan rakyat, yang telah menyasarkan kawasan bandar sahaja, begitu menduka citakan, tidak memasuki dan menerobos ke kawasan luar bandar, tidak di ketahui motif mengapa menumpukan kawasan bandar yang begitu mudah untuk di tawan pembangkang, adakah kerana kutipan derma dan sebagainya itu saya tidak tahu, kawasan luar bandar yang mempunyai keluasan yang besar harus juga di cuba oleh pakatan rakyat untuk di kempen. kerana jentera BN dengan menggunakan semua sekali agensi kerajaan untuk membantu mereka.


padahal masa ini pakatan rakyat perlu menaikkan semangat untuk memberi peluang kepada orang sarawak untuk bergerak lebih pantas terutama untuk merampas kerusi luar bandar, dan kerusi pekan apatah lagi kerusi bandar.


pra pemilihan calon harus la di letakkan untuk terus berkhidmat kepada rakyat di sana, saya pasti pejabat PBB, SNAP, SUPP dan PRS pada hari ini telah mulai lenggang, ini lebih kurang menjadi pejabat seperti dewan suarah, apabila mempunyai function tertentu maka ia akan menjadi aktif.


pihak dari PKR, DAP dan PAS mesti memulakan jalan dari hari ini untuk menerangkan teras perjuangan mereka kepada rakyat luar bandar yang tidak mampu di akses dengan menggunakan internet. pertambahan peratusan kerusi sahaja tidak mencukupi, kerana dengan kawalan ke atas pusat, maka BN mempunyai 2 kali ganda kelebihan.


apa2 pun tahniah kepada yang menang, kepada yang kalah cuba lagi. jangan cuba hendak bertanding tapi tidak bersedia,
kepada pakatan rakyat. cuba lah untuk memenangi kerusi luar bandar.
manifesto BN sarawak pasti gagal untuk menjadikan sarawak negeri terkaya.
jangan bebankan rakyat marhaen dengan pelbagai segala bentuk kenaikkan harga barangan.
kerajaan yang di bentuk dengan mandat dan kepercayaan, tidak semestinya imun seperti taib mahmud. mengangkat sumpah 45 minit selepas di istiharkan majoriti mudah, takut untuk di sabotaj atau adakah ada lagi peristiwa ming court kedua??

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin