Sunday, February 20, 2011

barang naik

umum mengetahui bahawa barang naik itu sinonim dengan kerajaan barisan nasional, selagi barisan nasional memerintah selagi itu lah barang naik. memang tidak di nafikan kerana bukan sahaja di malaysia sahaja harga barangan ini naik, tetapi di kesuluruhan pelusuk dunia kecuali negara dunia ke 3 negara membangun lain, negara opec, negara producer makanan yang lain dan negara pertanian.


baru2 ini saya telah mendekati bahawa masalah saya ketika makan di sebuah warung, warung ini tidak menyediakan bahan2 yang lengkap untuk memasak, iaitu kurang pedas dan tiada bawang merah. hati saya terdetik untuk bertanya kepada juruwang di kaunter. 



tetapi, malang nya saya juga di herdik kerana marah akan ketiadaan cili merah dan bawang merah di pasaran di samping tidak ingin menaikkan harga makanan yang keterlaluan saya beranggapan bahan2 ini di kurangkan tetapi membawa kesan kepada tekak saya yang telah biasa menerima resepi makanan sebelumnya.


begitu asyik dan terpegun saya pun ke bank dan kemudian ke sebuah pasar raya untuk membeli belah. kalau dahulu nya gula habis, minyak masak habis dan sebagainya, sekarang bawang merah dan cili merah pula berkurangan di pasaran, bekalan bawang merah yang di import konon nya dari India, telah menghadapi kesukaran kerana laut bergelora, akibat monsun tropika, menyebabkan kapal itu tidak berani berlayar ke sini - alasan klise. amat mengejutkan harga sekilo bawang merah adalah RM 16 manakala cili merah terus tiada, dan yang paling lawak nya adalah setiap pengunjung di benarkan membeli sekilo sahaja bawang merah.


adakah kita tidak takut bahawa pada suatu masa nanti, kita akan berhadapan dengan catuan makanan lain seperti sayur2an beras dan produk2 lain.


ok. hendak di katakan begini. malaysia negara nya sangat kecil, miskin, dan berhadapan pelbagai masalah, mungkin mulut saya agak lancang berkata begitu tetapi itu lah hakikatnya.
cuba bayangkan ada di sebuah negara jiran, negara yang lebih kecil, mempunyai kuasa beli 4 kali ganda, dan mempunyai pelbagai cukai kepala dan sebagainya serta undang2 karut yang bodoh seakan2 malaysia.
tetapi anda mampu membeli sesuatu barangan itu pada harga yang sama atau 2x harga daripada anda. untuk memudahkan anda, si A bergaji 4 ribu, si B bergaji 1 ribu, si A berbelanja 1500 sebulan manakala si B pula berbelanja 750 sebulan, begitulah perbandingan nya.


dan untuk makanan yang bakal di catu, saya tertanya2 kepada kerajaan apakah gaya penyelesaian yang terbaik untuk menghadapi masalah yang bakal kita akan hadapi, iaitu kekurangan bekalan makanan, iaitu beras, mahu atau tidak mahu selaku anak muda yang bakal menjadi rakyat negara ini di masa hadapan, masa nya pasti tiba entah bila sahaja.


umum mengetahui kecuali penyokong2 kerajaan menafikan perkara ini sekeras2nya, iaitu kekurangan beras akan menjadi masalah kita pada masa akan datang, bahawa perkara ini pasti berlaku, perbandingan harga beras sekarang dan 10 tahun lepas juga jauh berbeza. dan saya tidak memperdulikan harga nya pada masa akan datang tetapi bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini, mengurangkan jurang,


saya juga terfikir sebagai negara kecil, kafir dan bodoh mampu menanam tumbuhan2 di atas bangunan di negara mereka, bukan kerana mereka maju tetapi memanfaatkan tempat dan ruang, dan bagaimana dengan negara kita. setelah balak di tebang, ia akan di biar begitu sahaja, maka masuklah pembida2 ini untuk menanam kelapa sawit pula. sungguh indah menanam kelapa sawit di kawasan hutan janda.


tetapi apakah manfaat kelapa sawit kepada saya? saya bukan peserta felcra atau penduduk felda? ya dengan lonjakkan harga sawit dunia kerajaan tidak mampu lagi menanggung subsidi kelapa sawit maka minyak masak akan naik harga. ok! boleh di terima? tetapi mengapa sebuah kerajaan dan negara pengeluar sawit terbesar dunia mampu mengatasi masalah ini?


maka saya ada cadangan untuk kerajaan barisan nasional, iaitu daripada membuat bangunan beratus tingkat atau projek industri berbillion yang kemudian nya rugi. alangkah baik nya tanah2 ini di gunakan untuk menanam padi, jagung dan gandum.
bukan apa kita menghadapi masalah seperti kekurangan makanan sepanjang masa, malah kita juga menghadapi masalah kenaikkan harga sawit dan kenaikkan produk sawit malah kerajaan dan korporat gagal untuk membantu rakyat seperti saya.


alangkah kasihan nya saya kerana saya tinggal dan lahir di bumi sarawak, jika temunggah jugah masih hidup memang saya memanggil dia dengan penghulu bodoh kerana dia di tipu oleh suruhanjaya cobbold ketika pembentukkan malaysia di mana temunggung jugah itu sendiri tidak tahu membaca dan menulis, di manakah jugah ketika penjajahan british dan pendudukan jepun, saya juga tidak tahu.


sejarah sarawak yang tidak pernah bersattu dengan malaysia ini lah yang di canang2 sebagai satu malaysia. alangkah malangnya sarawak bersama malaysia sekarang, dan alangkah rugi nya kita merdeka terlalu awal.
dan pada masa ini, sumber asli sarawak begitu mudah untuk di bawa keluar, dan pada masa yang sama, pulangan yang sepatut nya di terima sebagai penduduk yang mempunyai sumber asli ini amat menduka citakan.


perlu di ketahui untuk mengeluarkan sarawak dari malaysia bukan hanya tulisan di blog sahaja, malah saya tidak berani berdiri di tengah jalan untuk menuntut kemerdekaan, saya hanya mampu menulis ketika melihat saya menghadapi masalah2 ini. penduduk seramai 2 juta ini menyesal ketika ini. dan kemajuan yang saya terima tidak begitu memuaskan hati saya kerana saya percaya bahawa tidak semuanya tidak berpuas hati. mungkin ada yang berkata saya sebagai bodoh kerana sarawak berada di bawah malaysia adalah sesuatu yang menguntungkan sarawak, entah dari mana dan di mana di belajar dan di asuh itu saya tidak pasti, saya berfikir sebagai seorang rakyat biasa, ingin mendapatkan kembali jati diri saya, kerana sarawak adalah sarawak. lupa saya hendak menambah, penduduk asal bumi sarawak adalah melanau, dan sarawak pada asal nya dari tanjung datu hingga ke batang lupar, manakala penduduk asal di situ adalah iban yang asalnya dari indonesia, dan melayu dari keturunan merpati jepang dari indonesia


berbalik kepada barang naik, saya tidak boleh menipu diri saya sendiri, mengapa begitu berat ahli politik di malaysia hendak membebaskan malaysia dan mengapa begitu bodoh 29 ahli parlimen barisan nasional ini yang hanya 2 orang di lantik sebagai menteri masih tahan karenah monyet2 menteri dari parti utama, iaitu UMNO. kerana mungkin untuk imuniti kerana mengambil sumber asli, kerana itulah UMNO tidak masuk ke sarawak hingga ke hari ini, biarlah tiada menteri pun dari sarawak, mereka ahli parlimen ini tetap gembira, kerana kekayaan bumi kenyalang di kaut mereka dan tanpa orang mengganggu. dan lihat lah di sekeliling anda tanah2 adat, tanah2 peribumi ini di convert menjadi ladang kelapa sawit. ya kelapa sawit boleh di makan, dalam bentuk kondensener iaitu susu cap junjung.


dan harga nya juga telah naik. memang celaka kalau temunggang jugah masih hidup! tergamak kau benarkan rakyat di sarawak ini menderita pada hari ini! kalau tidak pasti sudah kaya raya rakyat negeri sarawak.

2 comments:

Unknown said...

Mana pergi taipan taikun saudagar UMNO & proksinya yg kaya raya tu untuk mengatasi masalah rakyat sebegini? Kenapa tak ada antara mereka mengusahakan segala keperluan makanan harian rakyat kita.

Sorang buat la bendang seluas negeri Kedah ke? Sorang buat ladang beratus berjuta hektar kelapa sawit untuk buat kilang proses/market sendiri minyak masak untuk kita?

Gula, bawang apa saja pun patut orang kita tolong-menolong@kerjasama untuk kawal harga barangan dapur. Haram ada!

Yang depa tahu naik petrol @ diesel... pastu lepas tangan bila barang naik harga?

Kucing Parsi said...

memang betul2 bernas. idea @hanz begitu la yang di inginkan. kalau bendang seluas kedah, soploh tahun lagi rakyat sarawak makan beras singgit sekilo, kalau ada ladang cili merah sampai bila2 harga nya murah, seperti di sabah, di kaki gunung kinabalu, ranau tak silap harga kubis sebiji cuma 50 sen. haha. bukan sekilo, sebiji...

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin