Wednesday, June 2, 2010

inikah kemajuan yang kami dapat

Menurut sumber, anak mangsa yang berusia 19 tahun terbabit meninggikan suara meminta bapanya memperlahankan bunyi televisyen itu.


“Mangsa yang tidak berpuas hati menegur sikap anaknya yang dianggap biadab. Tindakan itu menyebabkan berlaku pertengkaran.


“Dalam pertengkaran itu, anak lelakinya tiba-tiba naik marah lalu memukul kepala dan badan mangsa menggunakan topi keledar berkali-kali. Pergaduhan dua beranak itu hanya berakhir selepas anak mangsa keluar dari rumah.


“Mangsa yang cedera di kepala dan badan pergi ke Hospital Ampang untuk mendapat rawatan sebelum membuat laporan polis.

jika inilah yang di katakan kemajuan

ini bukan contoh kemajuan

jika anda mengatakan anak tamil tidak tahu getah, anak penan dan kelabit tidak tahu garam bukit, anak kuala kedah tak kenal tenggiri anak terengganu tak makan keropok lekor,anak kelate tak makan budu itu sebagai contoh negara menongkah kemajuan, anda betul2 silap.


kemajuan dalam erti kata bukan sekadar infrastruktur canggih, pintu terbuka automatik, menggunakan sistem keselamatan yang canggih, jalan yang menyaman pemandu tak berhati2 dengan sendiri, bomba datang 2 minit sahaja, itu memang sudah hak untuk mendapatkan sesuatu dengan lebih sempurna

kemajuan juga bukan sekadar anak malaysia daki 7 benua 7 gunung pusing keliling dunia jalan kaki itu bukan kemajuan

kemajuan adalah sesuatu masyarakat mampu memanfaatkan segala yang apa ada di sisinya, apa yang di sekitarnya, apa yang ada dengan secukupnya itu dengan sepenuh manfaat kepada seluruh masyarakat nya. jadi di aspek ini keseluruhan masyarakat memerlukan air bersih untuk makan dan mandi, tenaga untuk memanaskan diri, pakaian yang melindungi tubuh badan dan sifat yang begitu bersyukur.

persaingan dengan negara maju kita telah terpesong kerana kita sekarang sedang mencedok perangai2 dari budaya yang maju tetapi sebenarnya ia telah terbalik dengan budaya kita

masyarakat kita sekarang begitu jahat sehingga sanggup memukul ayahnya sendiri, membuang zuriat sendiri, merompak keluarga sendiri, membunuh rakyat sendiri

takrifan sebagai kemajuan bukanlah kita perlu meniru segala yang ada di singapura dengan mengadakan apa2 yang besar dan canggih, kita tidak perlu meniru jepun dengan berakhlak bodoh dan lucah kerana menggangap itu sebagai modenisasi, kita tidak perlu meniru gaya hidup usa yang menyaman keluarga mereka sendiri atau meniru gaya israel yang maju membunuh rakyat nya sendiri

kemajuan adalah kepuasan. begitulah takrifan yang di berikan kepada saya, oleh seorang rakyat kelantan, mereka puas dengan semuanya. tetapi cuba hendak mengenepikan himpitan maksiat dari siam yang membawa tempias ke bumi serambi mekah

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin