Friday, December 24, 2010

mengapa saya bangkang

tulisan ini tidak membawa makna kepada kapitalis, langsung tidak bermakna kepada orang yang memikirkan pasal teknologi dan sains, apatah lagi langsung tidak berguna kepada kroni.

dunia sekarang berhadapan dengan masalah, iaitu ekonomi, bahan api, makanan dan iklim.
tiada negara yang terkecuali berdepan dengan masalah ini, baik negara maju, membangun apatah lagi negara yang mundur.


saya lebih menekankan penulisan saya kali ini kepada masalah makanan. di dunia ini ada lebih 91% tanaman yang di tanam untuk di jadikan adalah makanan asasi, apa itu makanan asasi? Beras, gandum dan jagung.

masalah yang di hadapi sekarang adalah bagaimana masalah ini boleh tiba2 muncul.
dengan andaian bahawa setiap sedekad bahawa kenaikan suhu purata muka bumi adalah 3 darjah, maka kajian yang menunjukkan dalam masa 40 tahun lagi bumi secara totalnya akan mengalami masalah pengeluaran makanan. dalam masa 40 tahun ini juga di jangka paras air laut akan menaik sehingga ke paras lebih tinggi 15 meter dari sekarang akibat daripada kecairan ais di artik dan antartika.

ini akan menenggelamkan terus lembah mekong di mana 50% produksi beras vietnam di tanam di lembah itu, dalam masa yang sama iklim dunia bertambah ini, maka dengan ini sebilangan besar negara akan mengalami kemarau teruk.

dalam menghadapi masalah ini, beberapa buah negara dan badan dunia telah menjalankan eksperimen untuk menghadapi masalah ini, WFP (world food program) misal nya telah mengkaji bagaimana tumbuhan padi boleh hidup dalam keadaan cuaca melampau, menduka citakan bahawa kajian ini masih lagi di dalam proses.

berbalik kepada isi sebelumnya, kita tidak melihat ini sebagai masalah kerana ia bukan akan berlaku dalam masa 10 tahun yang akan datang. jika anda sekarang masih berumur 20 tahun, perkara ini akan berlaku ketika anda berumur 60 tahun ke atas.

implikasi kepada masalah ini, tidak boleh kita bayangkan. pada hari ini, kerajaan mana2 dunia tidak lagi mampu untuk mengawal harga makanan ini hatta Anwar Ibrahim sekalipun.
masalah ini haruslah di atasi kerana selagi makanan berkurangan ini, bencana dan malapetaka akan di hadapi oleh golongan manusia yang miskin. di jangkakan pada masa itu makanan pada hari ini akan berlipat kali ganda dan mungkin 100 kali ganda.

lihat sahaja lah keadaan pada hari ini, setiap kenaikan di hadapi dengan begitu teliti sekali, tetapi masih juga tidak mampu untuk di tandingi.

malah pada masa yang sama dunia sentiasa mencari jalan untuk menghadapi masalah lain, iaitu bahan api. masalah bahan api ini hampir telah di atasi dengan penggunaan bahan api bio, di USA mereka menggunakan jagung. ini menyebabkan kenaikan mendadak harga jagung di negara uncle sam itu.

kita bukan kesian kepada negara zionis itu, tetapi masalah ini akan menempias ke arah diri kita, mahu tidak mahu kita tidak dapat mengelakkanya.

di malaysia, dasar drastik kerajaan yang telah menukarkan tanaman makanan ruji kepada sawit telah memberikan hasil yang memberangsangkan. malaysia telah menjadi negara pengeksport kelapa sawit utama dunia, seiring dengan nigeria dan indonesia.

kerajaan telah memperolehi laba yang banyak daripada urusan jual beli ini, malaysia mampu untuk membeli pesawat juang dan menghantar pelancong angkasa.

masalah nya, adakah kerajaan telah bersedia untuk menghadapi masalah ini, putus bekalan makanan, adakah rakyat malaysia dan dunia telah bersedia menghadapi ration makanan?

ia sentiasa berkait rapat di antara empat, iaitu ekonomi, bahan api, iklim dan makanan.
iklim kita telah tidak mampu mengundurkan nya, sedangkan beberapa gergasi telah meminta green energy, manakala makanan ini telah di jadikan bio-fuel untuk si kapitalis.

di dalam perkara ini, sesiapa yang berada di atas rantaian makanan lah yang paling beruntung, kerana mereka mempunyai kuasa yang besar.

1 comment:

ans said...

bagus2,perlu untuk kita contohi sidak rufaqa(al-arqam)dalam berbisnes(bukan keimanan)berbisnes sesama sendiri,berbarter sesama dirikmpun,tanpa menyalurkan duit ya kepada bank(agen kapitalis),kita hidup dalam era the beginning of the end,future phenomenon will come,wether we ready or not, :)

just my two cent after watching some videos,hehe

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin