Wednesday, July 1, 2009

3 juta. buat mansion pun dapat woi

Tindakan pekerja asing yang lari daripada membayar berhutang sebanyak RM3.05 juta dengan semua hospital kerajaan satu kerugian besar kepada rakyat negara ini kata, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Anuar Tahir.

Katanya, ini juga menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal untuk mentadbir negara dengan baik dan jika mereka bijak tentunya duit sebanyak itu akan dikutip mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

"Bagi saya ini satu kesilapan dan kecuaian. Jelas pemerintah terlepas pandang untuk mewajibkan majikan bertanggungjawab ke atas pekerja-pekerja asing yang berkhidmat dengan mereka," katanya. -harakah daily

kita bayar cukai indon pakai.

itu yang di pastikan, yang belum di pastikan lagi macam mana

alah 3 juta tu kecil ajer

tapi kalau kita ni bukan bisnes kapal selam berapa tahun nak kumpul 3 juta.

ni nak bagi orang asing duduk percuma, pas tu nak bagi pendidikan percuma.

pas ni bagi lak tanah pulak, bagi pulak pendidikan percuma, biasiswa percuma, IC sekali. Senang dia orang nak "berterima kasih" kepada kerajaan yang sebaik ini.

Levi bukan lesen untuk mereka menikmati nya secara percuma hak rakyat malaysia, kita telah menjual minyak petrol pada bukan harga subsidi di sempadan temph hari, sekarang mengapa kita perlu peduli dengan mereka?!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin