Wednesday, July 1, 2009

untuk di baca oleh saluran 1 dan 2

boleh di print dan di edar kan semasa pilihanraya kecil!!!

baru sebentar tadi gua layan pagi yang sejuk, mendung dan sedap untuk tidor. gua didatangi oleh 3 rakan yang 2x usia saya, kalau usia saya sudah 400 lebih tahun mereka ini berumur 800 tahun. (umur kami macam elf, elven...)

Jadi kitaorang pun layan cerita pasal politik, pasal tanah, pasal lawyer dan pelbagai lagi pasal sehingga arwah isteri ketua menteri sarawak pun ada disisip bersama.

jadi dalam masa bercakap itu terpacul la satu perkara yang gua sensitif sekali hendak bercakap, iaitu mengenai pilihanraya. Sekarang ini timbul isu wakil rakyat takda di kawasan, mana tak nya mana tahan Hornbill Skyways nak bagi sewa Bell dia orang setiap bulan, jadi perkara ini di panjangkan setiap 5 tahun sekali untuk melawat kawasan kami, itupun semasa nak hantar borang penamaan calon. Lagipun bell tu asyik nak terhempas je, takut jugak YB kami ni mati katak, dah la takder HUET (Helicopter underwater escape training).

Jadi salah seorang pun bercerita bagaimana baik nya BN membuat jalan di kampung nya, sebuah kampung yang hanya 7 kilometer dari pejabat daerah di sini, baru mendapat jalan nya untuk selepas berbagai ideologi PM telah di utarakan, baru sekarang mendapat jalan, habis sudah laut di negeri ini di penuhi oleh oil rigs tapi baru sekarang kampung dia dapat jalan, gua pun pasang telinga gua.

Gua yang separuh usia diaorang ini pun menyibok la tanya baru apply ke jalan tu, tak dia cakap, zaman tu dah 4 kali penghulu bertukar. Astaga. Mana la pejabat daerah ni sembunyi fail, or diaorang SPAM kan surat2 penghulu2 ini. Gua malas nak tanya lebih, tak pasal2 gua pun kena hantam dengan diaorang ini.

Jadi gua timbulkan isu di mana pasal kemajuan ini sepatutnya kita tolak yang sedang memerintah supaya mereka bukak sedikit mata mereka, kerana sekarang pemerintah asyik2 sebut Kelantan. Konon nya ber"deruk" untuk membangunkan kelantan. Ye ke??

Jadi gua pun cakap sama brother2 tua ini, yang membuat jalan itu adalah tanggungjawab sebuah kerajaan, tanggungjawab sebuah pemerintah. Miskin bangladesh pun masih ada jalan raya. Ini negara yang kaya. ada litar sepang, ada KLIA, ada KLCC, ada KL hop on hop off. Tapi baru sekarang mendapat jalan. Mengapa pulak, tak pernah pulak dengar parti bulan sabit, bulan penuh atau roket menang di tempat ini. yang bertanding pulak suma nya geng Kamarul Ramizu.

So, sebagai seorang yang tahu, jadi kita tidak perlu untuk mengundi BN kerana sapa2 pun boleh buat jalan hatta kamarul Ramizu sekalipun, mungkin Kamarul Ramizu lebih cepat sedikit daripada BN kerana jalan itu hanyalah 7 km sahaja dari pejabat daerah.

mereka menafikan, kerana sekarang begitu susah untuk menumbangkan sebuah kerajaan, yang kuat, gagah dan perkasa (bukan perkasa pondan tu). jadi apa masalah nya?

Mereka akan cari sapa yang undi pembangkang, mereka akan track down suma itu melalui serial number kat kertas undi, masih ke pakai taktik macam tu. Astaga, memang kampung betul lah.

Gua pun terangkan secara detail kenapa tidak perlu takut, sedangkan penjawat awam sendiri tidak takut untuk mengundi pembangkang, kenapa orang awam seperti tiga brother ini takut nak mengundi pembangkang?

Gua cakap, macam mana YB tu yang dah kalah nak arahkan polis taik ini untuk track down suma orang yang mengundi pembangkang, andai kata ada 7000 pengundi yang mengundi pembangkang, apakah yang mereka akan lakukan?mereka culikkah? letop kan dengan c4?

tidak... malah polis taik ini tidak pun bersusah payah untuk mencari semua orang yang mengundi pembangkang. malah andai ketua kerajaan di negeri ini, maka ketua polis akan di bebaskan daripada membuat kerja taik, jika ada. susah nak carik jugak, maklumlah dua2 belah pihak tuduh menuduh menggunakan pengundi hantu, ah long lagi polis cuma berani buang iklan, apatah lagi hantu.

Polis tidak dapat buat apa2. ada juga di antara mereka takut pencen mereka di hentikan, takut anak tidak mendapat makanan di sekolah, baucer tuisyen dan sebagainya. Gua pun jelaskan, semua itu mereka tidak dapat lakukan kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka, andai kata di hentikan haruslah di hentikan secara menyeluruh di Malaysia.

Nak tahu apa kah yang akan/ boleh di lakukan oleh BN??

tidak menyalurkan bantuan. Seperti berlaku di kampung gua. kampung gua adalah yang terdahsyat di mamah banjir awal tahun ini. Kampung gua satu2 nya kampung yang tidak mendapat borang untuk mengisi dan di gunakan untuk menuntut wang ehsan, berbeza dengan kampung 3 brother itu. Tapi orang kampung gua tetap hidup, tiada yang hantuk kepala kat dinding tak dapat 300 ringgit itu, tapi orang2 kampung gua sudah janji mau balas dendam ini next state election. bertanya juga jika 3 brother itu takut jika tidak mendapat bantuan, itu terpulanglah, kerana masyarakat suka di spoon feed.

GUA BUKAN KEMPEN KALI INI UNTUK PAS. GUA KEMPEN UNTUK KAMARUL RAMIZU!!!
LU BACA KALI INI UNDI KAMARUL RAMIZU DI MANEK URAI. JANGAN UNDI DACING.
JANGAN BAGI CALON KAMARUL RAMIZU INI HILANG LAGI DEPOSIT DIA.

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin