apahal pulak di malaysia orang nya menyambut hari natal hari ke 2
Saturday, December 26, 2009
malaysia
apahal pulak di malaysia orang nya menyambut hari natal hari ke 2
Friday, December 25, 2009
merry christmas
if intoxicated please do not drive... u will create a problem on the road!!!
love your family!!!
Thursday, December 24, 2009
bodoh gila
saya begitu menitik beratkan pasal kehilangan 2 buah enjin pesawat pemintas F-5E milik tentera udara di raja malaysia.
nilai nya 50 juta sebuah... 100 juta kalau bagi kepada pelajar ijazah pertama kita boleh taja 100 orang dengan 1000 untuk satu semester program 5 tahun...
100 orang sedikit???
gila ke sedikit daripada barang 100 juta ini di curi oleh seorang sahaja...
kehilangan bukan hilang kerana enjin ini di kenal pasti berada di latin amerika...
betapa lemah nya negara malaysia...
sudahlah berada di kelompok tengah dalam corruption perceiption index.
ni pula kes kecurian...
mangsa nya pulak mindef..
gila benar kerana jika barang mindef mampu dicuri...
yang kem nya di jaga polis...
ingat enjin pesawat ni besar kotak rokok ke??
takder orang nampak? takder orang mengadu ke...
p/s: kes kecurian ini disahkan berlaku pada tahun 2007. ni dah nak masuk 2010... 2007 ranking fifa itali no 1 sekarang dah no 6.
jika kecurian ini mampu berlaku di dalam mindef. ini cuba kita bayangkan harta negara yang di jaga pencuri...
pencuri ini bergasak lagi cuba hendak menaikkan beban rakyat dengan GST. anda tahu GST? cukai peringkat... suma peringkat consumer terkena bahangnya...
jangan bodoh jangan percaya... malaysia kaya petroleum dengan kelapa sawit
ha ha ha
jangan biarkan UMNO jual malaysia ...
mereka hari2 mncuri hak negara...
kalau nak list down sampai new year baru habis
Friday, December 11, 2009
jangan percaya
sekarang cukai GST akan di perkenalkan di Malaysia.. adakah tidak terbeban dan bengap rasa nya apabila pergi ke sesebuah restoren makanan segera di mana perlu menambah 5% GST di mana kita perlu menambah 5 sen setiap satu ringgit. kita tidak perlu lupa bahawa pada satu ketika lepas dan walaupun pada masa sekarang masih ada orang yang menjual kad topup sepoloh ringgit pada harga soploh ringgit dan 50 sen??
berbaloi ka 50 sen itu untuk nilai yang lain...
di sini GST adalah satu cukai barangan dan mengapa kita tidak perlu lagi menambah RM1 billion anggaran pendapatan malaysia??
kerana anak kita tetap tidak akan ada biasiswa pada masa ini dan masa akan datang...
semua negeri kecuali WP KL mundur seperti USA pada kurun ke 19.
dan seolah2 wang yang akan masuk ini di jana untuk kemajuan?? tapi di manakah kemajuan itu??
adakah untuk menguruskan (membuang lemak dan toksin) pada badan suami najib?
saya tidak pernah melihat mana2 unsur kemajuan di negara malaysia seperti mana negara monarki yang lain. malah malaysia yang mempunyai banyak raja dan menteri ini sentiasa ketagih dan ketamakkan ringgit dan ini boleh di lihat dengan cara menghapuskan subsidi dan menambah cukai dengan banyak
apakah alasan kerajaan
kerajaan akan bangkrap
apa kerajaan buat??
apa projek mereka?
taik sahaja...lu balik tido saja lah lan chiao TNB chi bai TNB...<- di ambik dari video Namewee
tiada yang perlu di bayar dan tidak perlu kita memberi mandat kepada mereka
mereka memeningkan kepala
pergi mampuslah dengan satu malaysia
pergi jahanam lah ketuanan melayu
nak menipu melayu je kerja nya... mentang2 lah ramai melayu ni bodoh!
Saturday, December 5, 2009
bukan doormat
DAP sepatutnya bukan meletakkan wajah2 adun bebas yang menjatuhkan kerajaan pakatan di perak sebagai kain lap kaki tetapi sepatutnya di lakukan lebih kreatif...
contoh nya:
- gambar mereka di cetak dengan color hitam dan putih... di bariskan makanan dan buah2an serta dinyalakan lilin.
- di jadikan sebagai pelapik tempat duduk mangkuk tandas...
- jadikan sebagai papan dart.
ini adalah solution yang baik...
p/s: perlukah menempah iklan takziah di dalam new straits times mengenai mereka ini?
biar la tidak perlu kita bersedekah al-fatihah dengan mereka!
biro tatatertib nazi

bilalah orang melayu nak sedar
rahim tambi chik rogol budah bawah umur
isa samad terbukti rasuah
najib razak terlibat kes bunuh altantuya
semua diangkat dan dinobat
bila orang melayu nak sedar
hakim hakim disusun oleh linggam dan vincent tan tak bising.
bila dah tinggal kerbau saekor kah kah kah
masalah apabila modenisasi
lahir nya sebuah kerajaan dan empayar dan tamadun mesopatamia...
dan berakhir nya juga monarki secara mutlak dari nya...
tidak bukan itu lah Republik Islam Iran
untuk menyamakan nya...
saya beranggapan bahawa kuasa monarki boleh di jatuhkan
tidak mustahil tidak boleh
sabah dan sarawak telah jatuhkan nya lama dahulu, jadi untuk refresher maka saya hendak bercerita mengenai shah reza pahlavi di iran.
pada tahun 1979, Iran telah mengalami sebuah revolusi yang hebat di mana shah nya telah di gulingkan oleh rakyat (rakyat yang tidak takut di tembak)
rakyat ini telah menolak pemerintah shah reza pahlavi yang cenderung untuk mengejar kebaratan dan kemodenan yang melampau sehinggakan penjualan khamar di iran di benarkan pada pemerintahan shah reza ketika itu.
dalam keadaan wanita tua di iran sebelum revolusi menggunakan chadur, anak gadis nya pula menggunakan skirt pendek.
dalam ketika itu, semasa era inflasi, rakyat miskin bertambah miskin, pekerjaan begitu susah untuk di dapati. jurang antara bandar dan luar bandar amat membimbangkan...
pada masayang sama dalam kealpaan rakyat iran ini, mereka bangkit untuk menggulingkan shah yang telah membawa iran ke jurang yang telah terpesong ini.
adakah kita ingin melihat dalam keadaan sebegitu moden ini, nilai2 moral dan masyarakat kita telah hancur seperti di iran. kerana ingin hendak menjadi seperti orang barat, masyarakat iran ketika itu mewarnakan rambut...dalam keadaan ingin merasai moden orang iran ketika itu berparti??
dalam masa yang sama kebebasan seperti inilah mengundang kan kelemahan di dalam negara iran pada masa itu.
apakah yang akan menanti kita dalam kita mengejar modenisasi ini?yang akan turun menanti kita dan mengajar dan mengingatkan kita apakah kesilapan kita?
perlukah kita mengingat kan orang di sekeliling kita apa yang telah berlaku di iran atau perlu kah kita gulingkan orang di atas sana dengan sebijak2 nya...
p/s: kita tidak perlu mendapat banyak kes HIV di malaysia kerana china hanya mendapat kurang dari 0.0007 %. dan kes pembunuhan yang lebih rendah dari malaysia...
adakah ini semua terpencil?!
kita perlu dan boleh mengelakkan ini semua seperti mana petronas mengelakkan kehabisan sumber tenaga asli untuk generasi akan datang dan seperti mana kita menyediakan environment yang lebih baik untuk generasi yang akan datang...
Thursday, November 26, 2009
revolusi

ingat kah kita pada revolusi bolshevik di rusia pada october 1917 ataupun di kenali sebagai revolusi oktober. revolusi yang mengingatkan perjuangan bangsa russia ketika itu bahawa satu2 kerajaan tidak boleh di tumbangkan saya bukan nya memperjuangkan dasar komunis atau sosialis melalui tulisan ini tetapi apa yang saya ingin nyatakan adalah bahawa gerakan revolusi ketika iaitu telah membawa kepada dua kejatuhan iaitu kejatuhan dinasti Tsar ketika itu dan kejatuhan kerajaan sementara russia ketika itu di mana menaikkan nama komunis dan memulihkan ekonomi russia ketika itu... similar nya malaysia bahawa raja yang perlu di sembah dan tidak boleh jatuh adalah dongeng semata2... kita perlu melihat pada revolusi bolshevik di mana cuma golongan petani atau peasant dalam bahasa inggeris nya menggerakkan demonstrasi di petrograd dan menjatuhkan terus kerajaan sedia ada. apa yang kita ingin kan adalah satu pembaziran seperti tsar pada 1917 itu di tamatkan di bumi kaya malaysia kerana pembaziran tsar dan pembaziran raja2 pada hari ini tidak jauh bezanya... dan apa yang kita perlu tahu bahawa kita terlalu mempunyai banyak sultan, raja dan putera yang perlu di bayar elaun dan gaji serta mereka ini menghabiskan wang mereka di pub (seperti waris sultan johor dan yang tuan besar negeri sembilan) sedangkan lebih banyak manusia di negara ini sedang menghadapi dan bergelut dengan pengangguran di negara ini. kita perlu juga melihat bahawa selepas berlakunya revolusi satu pilihan raya telah di adakan. di mana parti bolshevik telah memenangi 300 daripada 680 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan baru di russia. apa yang menghairan kan saya sekarang malaysia telah mengundur ke belakang.. lihatlah pada kota siputeh... satu suruhanjaya telah merayu untuk menidakkan demokrasi yang sepatutnya.. apakah kos mahkamah itu bukan satu pembaziran?!
Wednesday, November 4, 2009
demam
angin musim ini meniup kencang baju di jemuran basah
apa kah aspek cuaca ini menolak rapat umum?
inilah masa kita belaja untuk berdemo...
di mana kita merasai hujan nya
ada sebahagian tempat anak dara nya sangat manis.. di kawasan seperti itu banyak kes bapak rogol anak, datuk rogol cucu. hendak tahu tempat di mana anak dara yang sebegitu banyak manis itu...
cuba selak akhbar harian anda!
Tuesday, November 3, 2009
saya terkena pulak
dungun bukan kerteh tinggal di sebuah homestay...
makan tengah hari lauk telur mata kerbau dan ayam goreng dengan air teh ais di warung (baca betul2 bukan restoren) dan terkena RM7.50 dan pada petang nya di kala senja mendatang. aku yang baru sedar dari tidur ayam menyedari kasut keselamatan kulit aku telah di curi oleh mat pet di luar pintu homestay...
di atas pintu ada pulak CCTV dan bergegas pula saya ke pondok sekuriti hendak mengadu kes kecurian. sekuriti pula menyatakan bahawa komputer nya rosak dan tidak mampu melihat video yang di rakam oleh kamera...
apa kah nasib saya ini sama seperti nasib sivakumar, tidak mendapat hak keselamatan yang spatutnya... saya di lindungi oleh kamera... sepatutnya yang di tulis seperti di dalam prosedur, tapi hanya lah angan2 sahaja... manakala sivakumar yang dilarang dari kamera mendapat pertolongan kamera...
beza nya saya kehilangan aset di mana di tempat orang yang mempunyai ada sebuah buku atau kitab lama menyatakan bangsa mereka termulia dan berhak mendahului orang lain... beginikah wajah orang yang hendak memimpin jika sanggup mencuri dan merampas hak orang lain?
tidak kah mereka terfikir perasaan orang lain...
minta maaf orang ikang.,.. ini memang terjadi di dungun dan berlaku pada hari isnin~!
Sunday, November 1, 2009
pelik
apa beza malaysia hari ini dengan hari semalam?
pasti tiada beda nya?
yang racist tetap racist...
yang anti melayu tetap begitu...
bila nak buat sekolah satu aliran?
bila nak buang ruangan kaum dalam form government?
Friday, October 30, 2009
apa sudah jadi
lihat lah kerabat di raja negeri sembilan tempoh hari menyaman kerabat di raja johor, yang di tuduh mengacukan muncung pistol nya...
tidak kah mahkamah syariah sedar bahawa mereka bergaduh di dalam pub...
atau mahkamah syariah malaysia hanya hendak menyebat kartika??
dan berani kepada orang yang tidak berpengaruh atau sengaja provok indonesia??
dan hari ini kita lihat bermacam2 anjing dan haiwan keluar daripada parti keadilan rakyat...
yang malas, yang berhutang juta2 dan yang tak dapat projek... EGM pas dan sebagainya...
tetapi dalam sibuk memuji pasca bajet benarkah kita sebagai rakyat marhain mendapat segala faedah itu??
sedang saya menutup mulut berbulan2 ini kerana tugas yang lebih penting, saya melihat bahawa kesongsangan pemerintah kita tidak di cili kan oleh pihak pembangkang seindahnya, dan dalam masa yang sama pemerintah mencilikan pula pihak pembangkang? adakah lebih afdal jika pihak kerajaan hari ini di jadikan pembangkang pada hari esok??
Sunday, September 20, 2009
selamat hari raya
hari raya akan di sambut jua
tangan dan kaki yang mencederakan dulu minta di maafkan
mulut yang menegur dahulu memohon keampunan
mintalah kemaafan dan keampunan dari kedua orang tua dahulu
selamat hari raya
jangan kemalangan dan mati di jalan, sedangkan ada pilihan lain untuk pulang. gunakan lah kapal terbang!!!
Thursday, September 17, 2009
kisah sedih
ingatlah orang tersayang
jangan lah menyeludup mercun di malaysia
dan janganlah makan di khalyak ramai di bulan ramadhan
jangan lah tercuri barangan di emporium dan sebagainya
bulan ini memang akan terjadi perkara mempercepatkan wang
sebab bonus tahun ni tak de
sabar...
nanti undi BN lagi...
Sunday, September 13, 2009
boikot indonesia
berhenti gajikan indonesia di negara ini
berhenti benarkan indonesia masuk ke negara ini
berhenti jana ekonomi indonesia
kempen sweeping malaysia memang kejam
nota: kepulauan natuna lebih dekat dengan tanjung datu di sarawak tapi di miliki indonesia, tiada budaya indonesia di natuna...
Wednesday, September 9, 2009
mencari lailatul qadar
baca lah al-quran buatlah jariah bantulah yang susah derma lah makanan dan wang, serta pakaian...
jika mampu...
Monday, September 7, 2009
calon UMNO
"Sekarang bukan masanya untuk memenuhi sesuatu kehendak. Sekarang adalah masa kritikal untuk parti.
"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya. -malaysiakini
Ha Ha Ha
tan sri Isa Samad akan bertanding di bagan pinang
menteri besar bermasalah akan jadi calon
alhamdulilah...
Ha Ha Ha
semoga politik di bagan pinang menjadi bersih sedikit
ha ha ha
jangan takut mantan menteri besar jarang kalah
tak yah kempen pun tak pa
Sunday, September 6, 2009
satu malaysia edisi khas
“Saya juga melihat keadaan ini berlaku kerana parti yang berasaskan kaum yang jelas memperjuangkan kaum mereka sahaja dan ini akan mengheret soal lain seperti bahasa dan sebagainya,” tegas beliau lagi.
Menurut beliau, sepatutnya ada satu bahasa pengantar sahaja dan bahasa lain boleh dipelajar tanpa ada masalah.-malaysiakini
ha ha ha
ini memang benar
melayu takut cina, india takut melayu, cina takut semua
ha ha ha
melayu cakap tak guna cina memerintah
dah nama ketuanan melayu, tapi tak dapat buktikan melayu sebenarnya memang berdarah sebagai pemerintah
naik atas kapal jadi kelasi bukan jadi nahkoda, bekerja sebagai peniaga bukan sebagai towkey tapi sebagai kuli, melayu memang biasa menjual benda2 haram dan yang halal hanya orang yang percaya tuhan jadikan semua bangsa tanpa ada bezanya. yang membezakan amal dan takwa.
kepada yang di luar sana, berikan lah bukti anda bahawa bangsa lain tidak dapat memerintah, ikutilah langkah sultan perak bagi dengan mamak perintah perak, percayalah dengan agong bahawa mamak madey dapat memerintah!!! kenapa melayu takut bangsa lain memerintah?? sebab takut takda projek, anak tak masuk universiti dan sebagainya!!!
hidup ketuanan melayu!!!
satu lagi omongan kosong satu malasia!!!
kejayaan najib
Bahasa reformis yang digunakan Pakatan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diterimapakai sebagai sebahagian agendanya.
Daripada hasrat meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hinggalah kepada usaha-usaha liberalisasi ekonomi, Najib mengenengahkan imej seorang pemimpin yang responsif kepada kehendak rakyat.
Kemuncak usaha-usaha Najib membina imej baharu ini adalah kejayaannya meraih populariti sehingga 65 peratus, menurut kajian firma tinjauan pendapat Merdeka Centre yang diumumkan awal Julai lalu.-harakahdaily
dapat kah najib lakukan nya
sedangkan ramai yang menhantam beliau
jikalau mukhriz bukan menteri sekarang pun memang kena hantam madey la sekarang si najib
tapi apakan daya
malaysia sudah ada scorpene
ada 2 lagi tu... vietnam ada 4 kilo
ha ha ha
singapore ada 6 kapal selam...
sapa dapat komisen kat sana?? razak baginda jugak ke...
dah kotor pun boleh jadi PM
pelik nya!!!
semoga najib berjaya untuk menumbangkan semua kerajaan pakatan dan semoga anwar melawan sehingga tumbang nya semua kerajaan BN!!!
ha ha ha
Saturday, September 5, 2009
tiada mustahil dalam umno
Hishammuddin adalah pengerusi jawatankuasa induk pindaan perlembagaan Umno yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung parti itu pada 13 hingga 16 Oktober depan.
Menurutnya, perkara itu dan kesemua maklum balas daripada akar umbi itu akan dibawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno minggu depan sebelum dibentangkan kepada Majlis Tertinggi 11 September ini.-malaysiakini
ha ha ha
ni nak menghapuskan nak menghapuskan politik wang ke??
kenapa tak hapuskan badan disiplin umno?
baru tiada orang bermain politik wang...
bila dah tiada politik wang baru la tiada tangkapan
ha ha ha
bubar ajk disiplin
pastikan umno sifar politik wang
ha ha ha
nanti pilihanraya kecil bagan pinang jangan lupa hadiah wang fotostat lagi!!!
selamat ari raya!!!
Friday, September 4, 2009
bonus raya
Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata pemberian bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini amat wajar kerana penjawat awam semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang ramai.
"PAS melihat kakitangan awam sekarang ni cukup terbeban dengan kos sara hidup terutamanya dengan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Jadi pemberian bonus itu dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya nanti," Katanya kepada Harakahdaily.
PAS mencadangkan kerajaan memberikan bonus kepada penjawat awam sekurang-kurangnya satu setengah bulan gaji sebelum Aiilfitri bagi meringankan beban mereka.-harakah
nanti esok dalam utusan mesti ada juga sms mengutuk tindakan ini
ada jugak surat panjang jela2 menghina tindakan ini
tindakan ini kutuk ka?
kutuk ka kalau menggesa kerajaan untuk membayar 1 1/2 bulan gaji bonus kepada penjawat awam?
adakah kerajaan kita tidak mampu? subsidi di potong? harga barang meningkat dan sebagainya? ada kah mongolia kisah? adakah sembab peduli?
jika kerajaan tak mampu, masakan boleh beli besi buruk dengan hara berbillion...
jika kerajaan tak mampu takkan ada kebocoran berbillion2 di PKFZ
baru 1 1/2 bulan gaji
bukan nya mintak 3 bulan pun!!!
semoga isteri rosmah mansor selaku menteri kewangan mendengar cadangan ini, kepada pembaca utusan jangan pandai2 nak kutuk dulu!!!
ha ha ha
rasuah lanun manyak kaya
Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.
Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.
Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.-harakah
ha ha ha
mana tak mati orang PKR
kalau ambik gula2 pun tangkap
orang UMNO tak boleh
kalau proksi pak lah takper tangkap
ha ha ha
kalau proksi monggol tak boleh..
nota: jika SPRM berkata masa 10 jam di perlukan untuk mendapat segala keterangan daripada saksi, masakan masa 2 jam ini tidak dapat segala keterangan? kalau tak dapat jangan di lepaskan? masalah nya adakah masalh 10 juta ini akan selesai??
mamat ni bagi cadangan
"Ini juga supaya menteri dalam negeri dilihat tidak membuat satu keputusan penahanan di bawah ISA berdasarkan kepentingan politik," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran pergerakan itu di Sekolah Anak Yatim Sultan Salahuddin di Pantai Kundur di Melaka malam tadi.
Khairy berpendapat sesiapa yang ditahan mengikut ISA boleh mendapat keadilan melalui satu mekanisme kehakiman yang dicadangkan itu.-malaysiakini
ha ha ha
mamat ni bagi cadangan
kalau nak dengar dengar kalau tak nak dengar tutup
cadangan mamat ni nampak bagus, mana taknya dia ni macam dendam dengan ketua nya dulu yang sepupu dengan mat mongol ini.
yang kesian mamat ni dia tak terpilih mengisi kabinet
dia ni proksi PM lepas
kalau dia naik nanti mat mongol kena tangkap
ha ha ha
politik malaysia memang macam taik
ha ha ha
sekarang ISA pun kena hantam
abislah ketuanan melayu
cerita negeri Ikang no 2
Mantan menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas setiausaha perhubungan negeri Datuk Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN tidak kelihatan pada perjumpaan di pejabat Umno bahagian Hulu Terengganu itu, lapor Bernama.
Ketika Umno negeri itu dilanda krisis berpanjangan, termasuk desas-desus sembilan wakil rakyatnya ingin melompat menyertai PKR untuk bergabung dengan lapan ADUN PAS, ketiadaan mereka menimbulkan pelbagai spekulasi. - malaysiakini
ha ha ha
9 adun tiada projek
hendak carik makan dalam BN pun tak dapat lagi dah
sekarang nak buat kerajaan baru kat negeri terengganu
nak carik projek kecik pun jadilah
sekarang mana cukup makan elaun saja
ha ha ha
boikot TPM sudah lebeh
macam sudah komfem mau pegi seberang
ha ha ha
Thursday, September 3, 2009
cerita negeri Ikang
Muhyidin kemudiannya dijadualkan berbuka puasa di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Untuk solat Isya dan Terawih pula Muhyidin memilih Masjid Telok Menara yang terletak dalam Dun Manir yang diwakili Harun Taib.
Ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu adalah Tengku Putera Tengku Awang. Yang Dipertuan PAS Hulu Terengganu adalah Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS.
Sebelum ini, sebuah akhbar politik mingguan, Siasah melaporkan dimuka depannya, jika terbentuk kerajaan baru di Terengganu, Harun adalah calon Menteri Besarnya. Ini kerana, dia adalah ketua pembangkang Dun dan juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.-harakah
kerajaan dah nak tukar??
kenapa nak tukar??
PAS pun takut macam UMNO di perak??
dapat jadi kerajaan hari ini, esok pegi bubar DUN.
itupun kalau berani!!!
jangan kutuk UMNO kencing berdiri tapi diri sendiri berak tak basuh!!!
ini hanya jika berlaku spekulasi (khabar angin) itu benar!!!
apa2 pun saya tengah berada di terengganu sangat2 happy dengan terengganu di bawah UMNO, kerana di Kampung Cina ada jual arak!!!
kalau PAS perintah nanti tak da arak.
BN perintah sudah ada pusat hiburan di sini,
kalau PAS perintah nanti takda.
BN perintah laki dan perempuan jalan pimpin tangan naik budget hotel takde orang tangkap...
kalau PAS perintah nanti suma nak kecoh!!!
berita membanggakan 1 malaysia
Bekas anggota parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan PPP dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.-malaysiakini
kesian
dah nak tenggelam
baik selamatkan diri
rampas negeri Perak siap upah orang
ingat berani sangat, ajak pilihanraya takut
tapi cakap pilihan raya
berani bubar la dun
orang tak nak kerajaan mahkamah atau sultan
ha ha ha
orang nak nasib 2.7 juta orang Perak di bela!!!
bukan di jual tanah kat sime darby lagi
ha ha ha
hidup sultan perak!!!
bertambah aman la Malaysia
Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.
Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.-malaysiakini
dah takder yang layak ke
apa rekod mamat ni
ha ha ha
makin banyak orang hilang orang mati saban hari
ha ha ha
kes pun belom banyak setel
ha ha ha
rekod mamat ni ialah meghalang orang ramai ke istana negara
maklum lah laksamana
ha ha ha
kerja gila
buat jangan bodoh, kalau dah bodoh jangan buat!
rekod malaysia

Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di Pelabuhan Kelang hari ini.
Ketibaannya disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.-malaysiakini
ha ha ha
kapal scorpene termahal
ha ha ha
banyak nyawa hilang dan terkorban
saksi pembunuhan turut hilang
pembunuh turut terlepas
komisen ratus juta
tahniah malaysia
menjadi kan scorpene sebagai rekod dunia untuk pembelian termahal!!!
proud to be malaysian
Wednesday, September 2, 2009
negeri perak
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah semalam memberi amaran polis akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang terhadap sebarang perhimpunan haram di kawasan berkenaan.-bharian
Habis semua orang kena pakai
dari polis sampai pengawal
dari sultan sampai pekida
dari agama kepada bangsa
sudah bercelaru negeri perak
dari ada timah jadi takda
ha ha ha
negeri yang indah menjadi bodoh kerana ada dua menteri besar dua speaker dan dua raja
apa salah nya bubar kan sahaja dun itu??
kenapa?? takut puteri muflis ka??
ha ha ha
Takut kalah lagi
Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.-malaysiakini
andai kata kalau ini kerusi UMNO memang susah la nak di kosongkan
pesanan saya baik lah kosongkan sahaja kalau rasa sudah sakit2. malas2!!!
orang kota siputeh sebenar dah melawat.
nanti kena santau pulak suruh mati terus baru tau!!! kalau dah sakit paham2 la, buat la alasan nak belaja ke apa...
ha ha ha
kalau ada pun memang hancur la UMNO!!!
mesyuarat dalam 1 penggal ada berapa pulak? ada 9?
HA HA HA
Tuesday, September 1, 2009
ha ha ha
Menurutnya, siasatan tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum sebarang tangkapan dibuat.-malaysiakini
52 laporan polis dah dibuat
ini memang sempena hari kebangsaan ke??
dah nyata ada gambar kenapa polis tak ambik keterangan dua orang racist itu
kalau cina india cakap pasal melayu racist
kalau melayu cakap pasal bangsa lain tak racist??
kalau itu macam cakap sahaja ini negara bapak moyang nenek kamu yang bukak!!!
kisah komik
"(Oleh) kerana permit penerbitan diluluskan menteri, saya akan menulis surat untuk bertemu sendiri dengan menteri dalam negeri untuk mendapatkan penjelasan, apakah benar beliau tidak pernah pada, atau sebelum 14 Ogos, meluluskan permit dengan nombor PP8541/ 08/ 2010 (0282145) untuk majalah Gedung Kartun?" kata ketua editornya Zulkiflee Anwar Ulhaque.-malaysiakini
cakap boleh bersuara
ini bukan berhimpun
ini baru buat kartun, kartun ini bukan hina nabi
kenapa di haramkan??
najib itu nabi ka??
ha ha ha
Poll PPSMI yang gagal
nota: PPSMI adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam English!
di antara survey yang di jalankan adalah:
Perlukah semua mata pelajaran di ajar di dalam Bahasa Inggeris:
pilihan jawapan, Perlu, Tidak Perlu, gua tengok, kalau gua dapat tender memang perlu kalau tak dapat tak perlulah!!!, nak biar semua generasi muda bodoh ke?.
terdapat 50 orang yang telah mengambil initiatives untuk mendapatkan jawapan pilihan mereka di dalam blog saya, dan mereka ini berusaha untuk mengambil initiatives ini kerana belum di buat selepas follow up dari kajian di dalam blog mahathir lalok (bukan stone-tapi nyanyok) yang marah kepada kerajaan kerana hendak mengkaji tentang PPSMI. saya juga marah, marah kepda kerajaan, kerana satu, cikgu2 matematik dan sains kalau tiada PPSMi mungkin menggunakan komputer hanya untuk apply kerja dalam SPA.com dahulu dan bukan pengguna komputer yang aktif- mengikut statistik yang di keluarkan oleh amerika terhadap negara kita, malah tidak sampai 10% pun rakyat malaysia menggunakan komputer untuk capaian ini untuk digunakan untuk mencari maklumat.
oleh kerana marahkan kerajaan saya juga marahkan mahathir yang tolol itu supaya memikirkan nasib anak2 malaysia, bahawa cuma 4% sahaja mereka yang mencapai objektif PPSMI, mahathir, bukan 4% orang bandar, 4% tu bukan jumlah penduduk di KL, tidak sampai!!! betapa gagal nya PPSMI, sehingga keadaan geografi juga membantu pihak GMP untuk berjaya!!!
walau bagaimanapun, terima kasih kerana mengambil pilihan anda!!!untuk mencapai objektif PPSMI sebelum ini cadangan untuk menjadikan bahasa medium pengantar di sekolah2 adalah bahasa inggeris mulai tahun hadapan telah di sempurnakan melalui 50 otak yang berfikir!!!
keputusan nya adalah:
12% merasakan perlu untuk belajar di dalam Bahasa Inggeris di dalam semua mata pelajaran!!!
54% merasakan tidak perlu sama sekali.
22% bergantung kepada keuntungan apabila ia di laksanakan, jika lesen kontrektor di gunakan tidak memenangi hati pegawai daerah, pegawai pelajaran maka harus di sokong (atas pagar konon nya)
dan 12% merasakan jika ia di laksanakan ia seumpama PPSMI juga, mereka ini akan terus menjadi bodoh!!!
semoga dari sini kita memahami mengapa kita harus berfikir untuk masa depan generasi muda kita, seperti menteri belia dan sukan berfikir macam mana formula hendak menaik kan mutu sukan di malaysia, buat stadium runtuh.
Monday, August 31, 2009
selamat hari merdeka
selamatkan harga minyak kita
selamatkan anak bangsa malaysia'
perlembagaan sudah di pinda lebih dari 200 kali
kita mesti mempertahankan demi negara tercinta
takkan nak tunggu suma negeri di jual kepada bangsa luar
Selamat Hari Merdeka tanah Melayu
Sunday, August 30, 2009
kisah di perak
Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.
Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.-harakah
ha ha ha
kemuncak nya telah tiba
negeri ada banyak sultan banyak raja banyak menteri besar banyak speaker
ada yang menyalahgunakan polis dan sebagainya
yang membuat havoc pada persidangan di bawah pokok tidak terhukum seolah2 ada satu tangan ghaib melindung nya...
sekarang pihak polis mampu bertindak di luar bidang kuasa mereka...
500 m dari kawasan DUN perak kawasan untuk tangkap siapa sahaja!!!
apa2 pun doakan lah semoga raja dan kerajaan di perak sentiasa berpaksi begini, tanpa raja apa lah rakyat Perak...
bukan di tempat lain, tanpa rakyat apakah guna nya raja!!!
semoga "orang" perak terkena bola hoki!! dan pengsan dan mampus terus!!!
jelajah rock and roll MCA
Setiausaha agung MCA Datuk Wong Foon Meng berkata lawatan seperti itu telah dimulakan semalam, dua hari selepas Dr Chua yang juga bekas menteri kesihatan disingkirkan daripada parti tersebut.
"Beliau berada di Johor semalam dan Pulau Pinang esok, dan diikuti dengan negeri-negeri lain di mana Ong akan menerangkan kepada pemimpin dan anggota akar umbi mengenai keputusan yang diambil (oleh Majlis Presiden untuk menyingkirkan Dr Chua)," kata Wong kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat kira-kira tiga jam di Wisma MCA di ibunegara hari ini, lapor Bernama.-malaysiakini
tak payah nak jelajah bang
tulis dalam blog je macam ni
nanti kantoi pulak dapat 10 juta dari KDSB
ha ha ha
mana MCA dapat duit? jual mineral water ke??
ha ha ha
memang gila rasuah gamak nya
Chua kalau nak di buang bukan waktu selepas menang jawatan timbalan presiden!!!
ha ha ha
nak singkirkan Chua dulu dah!!!
Jui Meng masuk PKR, Chua masuk PPP lah!!!
ha ha ha
kawan dengan Kayveas!
ceramah agama di dalam Gereja
Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya…..
Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.
Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.
Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.
Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.
Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.
Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.
Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,
"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".
Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,
"Imam masjid sebelah selalu datang"
Hati saya menyapa:-
Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah…"
"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."
Hati saya menyapa:-
"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."
Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?
Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?
"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-
"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."
Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-
"Ah… pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah…"
Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.
Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-
"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."
Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,
"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"
Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.
Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-
"Nanti datang lagi ye.."
Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:-
"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."
Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.
Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.
Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.
InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.
Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin…
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
24 Jun 09, jam 2.15 pagi
-friendster group PAS
Saturday, August 29, 2009
CEO baru MAS, MAS akan rugi
MAS dalam kenyataannya semalam berkata, Tengku Azmil dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jala yang meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, juga berkuat kuasa semalam.
Idris Jala melepaskan jawatannya di syarikat itu selepas dilantik sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).-bhairan
Ha Ha Ha
matilah...
bankrupt la mas lepas ni
takder lagi tiket murah
orang sarawak kena naik Air Asia lepas ni
kayakan si Fernandez
ha ha ha
sebab lepas ni orang dari mana nak pegang MAS
GLC MAS ini tak pernah catat untung kecuali pada tadbiran Idris Jala dan sekarang Idris Jala dah menjadi menteri orang ini pulak hendak merugikan MAS
habis lah MAS
habislah MALAYSIA. Syarikat penerbangan kena lelong. Duit kena salur untuk selamatkan kompeni...
nak naik kapal terbang MAS lagi lepas ni memang mahal la!!!
Friday, August 28, 2009
new... latest

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.
Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat tadi.-malaysiakini
Aik...
mana pulak mamat yang upah diorang ni pegi berdemo ni
brapa banyak orang rugi hari ini?
ha ha ha
tengok takder rugi
sebab rugi sebab polis kacau
ni polis tak kacau sebab tu tak rugi...
nota: satu malaysia, kita tidak perlu marah jika orang buat kuil kat dalam kampung kita, sebagaimana mereka membuat masjid di tengah2 bandar (majoriti cina+india).
adakah mereka membakar baju melayu?? tidak!!!
kenapa perlu kita terkejut beruk dengan perkara seperti ini!??
jangan lompat dulu
"Kalau mereka mahu lompat, lompatlah. Tapi saya tidak suka orang lompat parti ini.
"Saya anggap lompat-lompat parti ini perbuatan jijik," kata Datuk Harun Taib kepada Malaysiakini hari ini.-malaysiakini
ha ha ha
ini baru betol
kalau nak lompat2 lah
demokrasi
tapi perbuatan itu tetap jijik
jangan macam osman jailu
lompat je kat pekan tuju nya
ha ha ha
siap ada mercedes baru yee hit foong
asal kerja kerani
kelakar2
Thursday, August 27, 2009
aktor porno bercuti
Menulis dalam blognya, bekas timbalan presiden parti itu tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada beliau akan mengemukakan rayuan dalam 14 hari atau merujuk kepada spekulasi mesyuarat agung luar biasa sebagai langkah seterusnya.-bhairan
soi lek keja apa hah??
dia mintak cuti dari sapa??
pelik dan bodoh jugak jawapan dari wartawan bodoh ni
ha ha ha
cuti ni sapa nak approve
orang dah pecat cuti panjang la
sekarang g carik kerja lain
dun siputeh
Kelewatan SPR buat pengumuman tentang kedudukan DUN Kota Seputeh akan menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi.
Apa yang ditakutkan SPR ??
Apakah SPR mengambil kira perkara di bawah ini?
1) tunggu lampu hijau dari UMNO ke??
2) nak bagi masa untuk UMNO dapatkan calon??
3) Faktor ekonomi.. nanti PM kata membazir..
Pengerusi SPR sila jawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat berhubung isu ini dengan segera.
ha Ha HA
jawapan dari pengerusi SPR
DUN BN Seputeh itu kan DiriNya sendiri. Mana boleh dia kosongkan diri dia sendiri??
SPR kan kah salah satu daripada Komponen BN??
Nyot..nyot..
pemalas di malasia
gua telah berbahas dengan sorang budak yang jauh muda dari gua... gua sudah 400 tahun lebih manakala budak itu hanya baru lepasan SPM...
daripada apa yang saya lihat dan observe budak ini hanya lah sorang yang suka membuat komen tanpa pangkal cerita, tanpa menonton drama.
ini samalah seperti sebuah kisah yang terjadi dari mulut sapa entah saya tidak mengingati nya...
yang ingin saya ketengahkan adalah bagaimana Ustaz Zul sorang yang kuat agama dan tahfiz di negri ikang bercerita mengenai brain wash. bagaimana seseorang itu men spoon feed kan orang di negara ini... memberi segala nya secara di beri, memberi ujian dengan tips2 nya...
masalah ini nampak mudah, budak2 ini akan jadi malas membaca, mereka menjadi insan yang hanya minat mendengar...
kebanyakan dari zaman dahulu kita memang meminati kepada sound dan voices ini...
ada yang melalaikan dan ada yang memberi peringatan
samalah seperti sorang yang hanya berminat mendengar alunan al-quran tapi malas mengaji
sedangkan mengaji itu adalah tangga ilmu...
maka dari sini saya menyimpulkan bagaimana masyarakat di negara berdaulat ini di tipu dan di beri banyak perkara supaya hanya mendengar daripada membaca...
membaca mengantukkan mata, membaca memenatkan kepala...
mungkin itu di dalam minda mereka...
saya sering meminati membaca, kerana dari mendengar sahaja pasti ada tokok dan tambahnya. dan tokok tambahnya itu mungkin hanya perencah cerita
perencah yang menyedapkan telinga tetapi tidak memberi fakta
hanya kasihan saya kepada orang yang hanya mendengar
mereka enggan menerima beberapa berita yang di sembunyikan
dan di dedahkan di beberapa laman
kerana percaya media di malaysia ini hanya lah menyembunyikan fakta
mahupun tidak, kebanyakkan wartawan tidak juga berilmu tinggi berijazah tapi tidak juga minat membaca.itu sebab kes saman sultan perak begitu mengasyikkan untuk di baca, tetapi apabila di dengar... hanya
HA HA HA
membaca kepada pemecahan mitos oleh tukar tiub gua amat terpukau dengan tulisan cakaran beliau
dari mana sultan datang dari mana raja datang
dari muntah lembu atau dari jelmaan tuhan
tapi yang saya tahu kebanyakkan di malaysia hanya keturunan lanun
dan yang memperkasakan lanun ini juga sering sekali menjadi lanun jua...
kes hilang dan gila2 nilai nya... bukan lagi menjadi tema. apa nak takut malaysia sangat kaya!!!
hilang johor
"Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air. -bharian
ha ha ha
sembab kantoi
jual air murah2 dengan singapore buat apa
lanun cakap lanun buat salah
ha ha ha
mesti ikut cara kepala lanun baru betol
sekarang nak jual johor pulak
ha ha ha
hilang kerja
Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.-malaysiakini
ha ha ha
kalau nak buang dulu dah nak buang
ini bukan sahaja lambat
ini takut soi lek lompat parti ka?
ini kalau lompat parti nanti MCA takut ka?
ha ha ha
baik pecat je terus
supaya nanti keluar tak malu sangat
nota: kapal yang hendak karam jangan di baiki lagi, tapi buatlah satu kapal yang baru!!
kartika kena ulas
"Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.
"Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," katanya dalam satu kenyataan.-malaysiakini
dengar apa mufti cakap
nanti nak tangkap kat mana pulak
bila nak ambush langkawi labuan dengan setulang?
bukit bintang jangan cakap ke
kenapa bang? tak cukup rotan ke?
ha ha ha
nota: jika benar hendak menegakkan hukum, jangan rotan 6 kali sahaja. rotan 40-80 kali. tangkap jangan seorang, tangkap biar satu club terus.
Wednesday, August 26, 2009
keputusan
Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.
Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.
Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja.-harakah
tahniah kepada yang mengekalkan kemenangan dan kekalahan
jangan samakan permatang pasir dengan manek urai
jangan samakan pengundi hantu dengan manusia
ha ha ha
kan dah tercirit...
nota: jangan makan pedas ketika berbuka!!!
Daulat Tuanku
"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di Alor Star hari ini.-malaysiakini
daulat tuanku sultan kedah hamba sultan serawak memohon ampooon!!!
ha ha ha
walaupun ada sultan yang berasal dari keturunan lanun lebih galak dari api, lebih seksi dari orang amerika, tetapi sultan kedah tidak. kerajaan kedah telah lama terpacak sebelum melaka mendapat nama nya!!!
sultan kedah juga lah yang kami sanjungi dan sayangi!!!
p/s: jika anda mendapat anugerah dekan di Politeknik Jitra (Polimas), anda akan bersalam dengan Sultan Kedah. Jika anda mendapat anugerah yang sama di negeri lain, anda tidak akan berjumpa mana2 VIP. terutama yang terlalu "selesa". gua pernah tengok di Kuching. Satu menteri ketua janji mau datang tapi takdak datang, manyak kesian. nanti undi gila suruh orang undi dia mau tipu sapa lagi?!
masuk PKR la, PKR masuk UMNO la
"Perkara ini tidak akan berlaku dalam kumpulan kita. Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat kita (Umno).
"Apa yang pasti, kita masih lagi wakil rakyat BN...itu tiada kompromi. Apa yang berlaku sebenarnya bagi memastikan kerajaan kita kuat dan kita yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan sembilan Adun Umno diketuai Rosol dikatakan bersetuju menyertai PKR dan akan bergabung dengan lapan Adun Pas bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.-bhairan
Ini sudah menjadi menarik
tiada siapa suruh masuk PKR
anwar pun tak teringin nak terengganu
kalau menang kat terengganu pun gila banyak masalah
stadium la lapangan terbang la kolam renang la
tu belom lagi kalau hari ini perintah esok dah takder royalti lagi
dah la terengganu banyak ketinggalan
rosol ni nak pancung ahmad said dengan deris jusoh ke
nak merasa kena tuduh rasuah??
ha ha ha
brapa lama keputusan laporan mengenai stadium runtuh itu akan siap. saya beberapa kali melalui kebanggaan terengganu darul iman selain istana raja nya!!!andai kata istana nya juga runtuh entah bagaimana kah negeri terengganu selepas itu!!! tiada apa nak di bangga kan, tinggal pulau kapas dengan pulau redang!