Monday, June 29, 2009

3500 tahun lagi

Ini bukan bercerita bila nak kiamat atau apa2 pun. tapi ini cerita pasal sukan di malaysia. 3500 tahun lagi adalah detik masa yang perlu di nanti oleh peminat tempatan untuk melihat pasukan terbaik malaysia di perlawanan akhir kejohanan anjuran FIFA seperti yang dilakukan oleh USA semalam.

USA walaupun di label sebagai under dog dalam kejohanan ini telah melakukan kejutan apabila layak dari kumpulan B piala Konfederasi 2009 di Afrika Selatan, USA yang di letakkan sebagai pilihan terakhir untuk layak dari kumpulan B di belakang Brazil, Italy dan Mesir telah berada di pentas akhir buat pertama kali dalam sejarah negara berkenaan.

Walaupun tewas, semangat kental perjuangan pasukan USA yang di tunjukkan seolah2 sedang menonton sebuah filem Hollywood, kerana di dalam filem, adegan2 tidak masuk akal, seperti ketinggalan dengan selang mata yang besar, tetapi mampu untuk membalikkan keputusan. Begitulah rasanya saya menonton pasukan USA dalam kejohanan tahun ini.

Berbalik kepada jangkaan awal saya, pasukan Malaysia sekarang memang tidak mampu pergi lebih jauh selain hanya menjadi pasukan belasahan di dalam pusingan kelayakan pertama untuk piala dunia.

masa sekurang2 nya 2500 tahun lagi untuk pasukan malaysia untuk menjadi juara Asia, 3000 tahun lagi untuk memasuki pusingan akhir piala Dunia (mungkin sebagai host) dan sekurang2 nya 3500 tahun lagi untuk pasukan malaysia sebagai finalist world cup buat julung kali nya. Mungkin pada tahun berkenaan, mungkin commentar itu telah di rasuah untuk menyatakan bahawa Malaysia telah melakukan nya untuk kali ke 2, iaitu pada final 1930, itu pun jika tiada lagi fakta sejarah.

Saya berasa sangat dukacita kerana tidak dapat memberi jumlah tahun yang tepat untuk malaysia menjulang piala dunia kepada peminat pasukan Malaysia. Mungkin jika umur saya panjang maka saya akan post kan follow up daripada post saya ini. Itupun jika saya telah berjaya melihat perlawanan akhir pertama pasukan harimau ini di dalam piala dunia!

p/s: tiket mahal2 tengok MU lawan Malaysia tu, yang pegi beli tu suma penyokong Malaysia ke? ..... Hmmm... Mungkin Najib seorang je pakai baju jersi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin