Monday, June 8, 2009

berita baik

GEORGETOWN: Kerajaan negeri bercadang mengambil alih syarikat pengendali feri Pulau Pinang, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada Kerajaan Persekutuan dan akan diletakkan di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada majlis angkat sumpah Yang Dipertua MPPP, Tan Cheng Chui di sini, sebentar tadi.

"Syarikat berkenaan akan diletakkan di bawah MPPP yang seterusnya berperanan sebagai pengendali perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menjadi ikon negeri ini," katanya.-berita hairan

hemmm... ni nak kasi naik tambang ke nak kasi kurang kan tambang? ni nak kasi perlancongan menjana ekonomi negeri ke apa? ni nak bagi projek kat kroni ke apa?!

apa2 pun saya percaya ketawadukkan KM Penang Lim Guan Eng ini tidak seperti Ketua Menteri yang sebelumnya. Apa2 pun kita nak tunggu dan dok lihat. Kalau bagus kita cari kelemahan, kalau tak keluar TV3 dalam 2 3 bulan ni ok lah ni! Biasalah TV3 dia nampak keburukan sebelah Pakatan Rakyat je. Jadi tak payah la bukak blog2 mengarut lain. Tunggu je TV3.

Dah lama tak tengok budak tadika KEMAS bawak kad manila berwarna warni yang tertulis, "KAMI PUNYA HAK UNTUK BELAJAR" dan "JANGAN TUTUP TADIKA KAMI". Budak sekarang bijak2 belaka, tak hairan lah PPSMI masih di teruskan!!!

Ha Ha Ha... Mengapa lah nak rebut Penang tu. Bagi je lah kat Pakatan Rakyat, nak memajukan apa benda, dah 50 tahun masih juga ada hardcore poverty kat Penang. Dari MCA ke Gerakan suma habuk pun tarak. Jangan pulak DAP pun sama.

Sama2 tunggu dan lihat. Teringat jugak masa kempen hari tu. Kes kat Penang tu kalau di ulang kat Sarawak, boleh pakai tak! Susah jugak kalau suma dah tuai-tuai rumah di bawak me"lancong" ke Kuching.

8 comments:

Ali Abdullah said...

salam ziarah,

Hebat juga blog ini.. Bagus gak, anyway tahniah.... blog baru yang panas tapi saya alu2kan saudara/saudari. Terima kasih kerana beri pandangan dalam topik di blog kami walaupun berbeza ideologi politik.

Teruskan perjuangan, tetapi perlu ingat seperkara. Cuma yang pemerintah lebih baik sahaja yang akan dipilih sebagai kerajaan yang layak. Pilihan saya, ia bukanlah gabungan PR. Tidak juga kepada UMNO tetapi Barisan Nasional.

Adil4Swk said...

Tu sikok udah manok BN masuk. Tangkup pok. Anang ndak tangkup!

Sokong je BN tu. Yang lain makin banyak sokong Pakatan Rakyat. Biar perit, Biar sakit. Lawan Tetap Lawan.

Selama ni apa BN Swk buat kepada penduduk Swk. 46 tahun dah beri sumbangan kat BN Swk dan banyak kali bantu BN Malaysia menang untuk perintah Malaysia. Sampai sekarang pun tak ada tanda2 BN Swk nak calonkan org Swk jadi PM Msia.
BN Swk hanya tahu kumpul harta diri sendiri je.

Melihat kepada track record dan sumbangan orang Swk dalam kekayaan Msia dan politik BN seharusnya sudah ada orang Swk dilantik jadi pemimpin tertinggi negara. Kalau tak mampu PM maka TPM pun jadilah.

Selama ni kemajuan Swk begitu lambat daripada Sjung. Swk masih tinggal ke belakang. Orang Swk masih ketinggalan otaknya.

Sebab tu orang kat Sjung kalau umNO/BN bagi RM 50 ke, RM 200 ke, mereka ambik tapi undi pada Pakatan Rakyat.

Orang Swk beri RM5 ke, RM 20 ke dan RM 50 ke dah cukup untuk membutakan akal fikiran mereka untuk undi BN. Biasalah golongan bodoh ni senang2 BN tipu. Janji dalam elektion oleh BN buakn main hebat lagi. Kalau semuanya betul Swk lebih maju dari Sjung.

Kita lihat jak gimana dalam PR DUN 2010@2011 Swk tuk kelak. Jangan sombong kitak urang penyokong BN, masa dan akal pengundi dah berubah. Pengundi tegar BN makin kurang. Mun BN Swk sik ngakal makei SPR agik, tengoklah kelak. Ditangan aku jak dah dapat 100+ pengundi baru yang akan sokong PKR.

hilbert said...

Salam Kucing Malaysia...meaowww!!!

Saya juga agak setuju dengan pandangan Adil4Swk, kalau mengikut dari apa yang telah Sarawak sumbangkan kepada Malaysia selama ini..sayalah yang paling merasa sangat terkilan sekali dengan layanan berat sebelah kerajaan pusat kepada Negeri kita jika dibandingkan dengan Sabah.

Dalam apa saja keadaan, mereka lebih mengutamakan Sabah. Sabah diberi perhatian yang lebih. Kita lihat dalam kebinet baru Kerajaan Malaysia... berapa orang pemimpin dari Sarawak yang dipilih untuk menyertai kerajaan Pusat???

Kerajaan pusat belum lagi dapat mengukur sejauh mana kejujuran sebenar orang Sabah kepada BN. Mereka seolah tekan dan terus menekan kerajaan untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan, berbeza dengan Sarawak yang mengambil sikap akur dengan kehendak pusat walaupun amat pahit untuk ditelan.

Kita juga dapat melihat betapa TV3 telah seperti cuba untuk meminggirkan kepentingan Sarawak dari sebarang kegiatan mereka. TV3 sudah seperti keluarga angkat orang Sabah sudah, balik, balik Sabah..,balik, balik Sabah.
TV3 setiap malam ketika buletin utama disiarkan, pernah tak kita tengok dia menyiarkan apa-apa peristiwa yang berlaku didalam negeri Sarawak..walaupun melibatkan peristiwa yang sangat penting.

Sebagai contoh, dulu semasa YAB Datuk Seri Najib menyampaikan peruntukan kepada mangsa banjir di Kuching dan Miri dan satu lagi peristiwa iaitu semasa YAB Pak Lah merasmikan HUB Halal Tanjung Manis di Mukah, langsung tiada mendapat tempat didalam berita TV3. Tetapi jika di Sabah, satu ekor nyamuk mati pun pasti akan mendapat liputan meluas didalam siaran buletin utama tv3.

Kita juga dapat melihat sekarang...kenapa sektor pelancongan Sarawak begitu malap sekali..dahulu Gua Mulu, Gua Niah sudah begitu dikenali diseluruh dunia dengan kedatangan penguhjung yang sangat membanggakan..kerana keunikan semulajadinya..tetapi kini apa sudah jadi???

Jika nak buat Jom Heboh, maka bukan main lagi TV3 membodek orang Sarawak... kita lihat sahaja..berapa kali sudah tv3 buat Jom Heboh di Miri.. 3 kali sudah. kenapa kerap di Miri tetapi kenapa tidak di Kota Kinabalu,Sabah??? Sebabnya Miri dekat dengan Negara Brunei, tambahan pulak Brunei berada didalam wilayah Sarawak. Jadi jawapannya senang saja,maka berduyun-duyunlah orang Brunei datang ke tapak Jom Heboh dan yang pastinya orang Brunei mempunyai kuasa membeli yang sangat tinggi...

hai said...

nampaknya sarawak ni senasib dengan terengganu kot,negerinya gah dengan minyak tapi rakyatnya terpinggir.

Kucing Parsi said...

thanks for apai ngelai

adil4swak hilbertmontell dan hai...

sama ada kita menyokong barisan nasional ataupun PR sama2 sebenarnya ada keburukan dan kebaikan, di tempat saya saya memang tidak menyokong barisan nasional, termasuk secara total...

tapi masih ada YB2 BN yang saya kagumi, termasuk MP Johor Bahru, Syahrir Samad dan ADUN Demak Laut, Dr Abdul Raup.

Mungkin ada yang lebih baik, tapi kebanyakkan nya setakat taik kucing sahaja... malah ada juga dari Pakatan Rakyat saya sendiri tidak suka termasuklah MP bukit gelugor, karpal singh...

Kita sebenarnya cuma hendakkan satu sahaja...

voices daripada sarawak...

bukan saya hendak minta timbalan perdana menteri kepada orang sarawak ataupun tidak...

tetapi blog ini untuk sarawak...

terfikir kah anda jika anda perlu menjadi bodoh untuk hidup sarawak...

membayar sesuatu yang lebih mahal dari tempat lain??

takrif elektrik contoh nya? sedangkan sesco adalah syarikat negeri

apa yang perlu saya tekankan di sini adalah saya hendak kan...

1.)keadilan kepada negeri sarawak..
2.)manifesto BN di tunaikan setelah menjadi kerajaan persekutuan, aman, selamat dan makmur.
3.)tiada lagi pengenalan bangsa di malaysia, sama konsep dengan 1 malaysia, tiada lagi pengenalan anda sebagai jawa, melayu, melanau, iban cina foochow, cina hakka, tamil, sinhala, pakistan dan sebagainya.

Kucing Parsi said...

khas untuk hilbermontell.

ahli parlimen sabah telah mengertak kerajaan persekutuan dan mereka sangat berani, contoh nya anipah aman, beliau pernah berkata, apa guna nya sabah berada di dalam kerajaan persekutuan seumpama tinggal di banglo, tetapi tido di depan tandas, mengulas kerana cuma 3 menteri penuh dari sabah pada kabinet selepas march 2008, sarawak memang secara total banyak perhatian daripada kerajaan persekutuan, kita mempunyai banyak autonomi, contoh nya undang2 imigressen sendiri, apakah faedah nya kepada kita?!setakat orang luar masuk dan keluar dari sarawk menggunakan passport mereka, tetapi apakah objektif utama sebenar undang2 imigressen itu di wujudkan?

untuk melindungi warga sarawak dalam bidang pekerjaan. tetapi berapa ramaikah syarikat sarawak sendiri mengambil orang luar ke dalam syarikat mereka?!

konsert jom heboh memang ada pro dan kontra nya, tetapi pernah ka anda berada di depan pentas?
saya pernah, ketika pertama kali ia di langsungkan di sarawak, di kuching pada 3/4 april 2004, ia juga malam tragedi bagi orang sarawak, 2 orang mati kerana konsert itu...

ada kah anda tidak bertanya mengapa jom heboh tidak di buat di kuching?!

mana dia aman, selamat dan makmur?!

hilbertmontell said...

Salam Kucing...meowww!!!

Pasal Datuk Sharir Samad, saya sependapat dengan anda, dia bagus..lebih berkesan sebagai menteri PDN&HEP, banyak sumbangan dia kepada rakyat Sarawak walaupun tempoh dia sebagai Menteri tu singkat je tapi jauh lebih baik daripada ketua lanun Sabah Shafie Apdal tu.

Shafie Apdal tu, kalau bab bercakap bukan main...berapi-api..memang gaya orang Sabah...tapi bab buat kerja huh! hancur...

Banyaknya nilai serta elemen-elemen seni budaya etnik dari Sarawak telah diciplak oleh orang Sabah. Lepas tu mereka bagitau pelancong luar itulah kebudayaan tradisi Sabah. Anda boleh lihat sendiri. Dari segi pakaian serta penampilan.

Rujuk juga kepada penampilan penyanyi asal dari Sabah, Abu Bakar Elah atau Ampal...dia menggunakan 100% penampilan gaya kaum Penan Sarawak untuk menipu orang luar...dia promosikan itu adalah pakaian serta budaya masyarakat Sabah...huh..! sampai bila mereka untuk terus menipu orang luar..????

Semasa di Limbang baru-baru ini juga Timbalan Menteri pengangkutan Lajim Hj Ukin(orang Sabah juga ni) telah berbohong kepada rakyat di Limbang dengan mengatakan bahawa di Sabah terdapat lebih 40 suku kaum manakala di Sarawak cuma 24 kaum saja. Dari mana Lajim ini mendapatkan data-data yang mengelirukan itu...???

Bagaimana rakyat di Sarawak dapat ditipu oleh orang ini hidup-hidup...huh !

Kucing Parsi said...

hilbermontell,

mungkin lajim haji ukim ni takda internet kot dekat sabah...

memang sebahagian orang umno saya kagumi dan dalam perdebatan saya sangat mengagumi khairy...

tetapi setelah dia menang menjadi ketua pemuda, beliau tiada jawatan dalam kabinet.

tidak kisah...

tetapi seorang yang tewas dan baru menceburkan bidang dalam politik terus mendapat jawatan..

jika khairy takda jawatan biarlah semua tiada berjawatan

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin