Friday, June 12, 2009

Mana dia?! artikel relaks!

hari ini tulisan saya berkisar kepada berita yang tersorok, atau yang takder wartawan nak ambik tahu. Kat tempat ni (Mukah), orang mati ke apa ke memang tak masuk punya wartawan, kecuali ada la beberapa VVIP datang ke sini. So ini cerita macam meletop la jugak...

Benda ini berlaku dalam bulan2 ni jugak, lokasi nya terpaksa lah di pecahkan kalau tidak memang tak tau le orang pasal problem kat sini.

Problem nya ada lah satu jalan ni, di mana begitu integrated rasa nya. di mana orang cina dan melanau hidup di bawah seorang ketua kampung, jalan nya jalan setia raja. jalan ni memang menyeramkan, apabila malam, sebab jalan yang berkilometer ini cuma ada beberapa sahaja batang lampu. Itu pun dalam beberapa batang itu masih juga ada yang tidak berfungsi.

Itu cuma nak bagi introduction je, Mukah ni di tadbir di bawah Majlis Daerah Mukah dan Dalat, MP nya dari BN, Muhammad Leo Michael Toyad, dan Adun nya adalah Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, jiran kami adalah Dalat, di mana adun nya juga dari BN, iaitu Fatimah Abdullah.

Okey berbalik kepada jalan setia raja tadi, di jalan ini jugalah rumah bagi Walikota MDDM ini, Ali Suhaili, di jalan ini apabila selepas maghrib, orang2 melayu dan cina nya akan melepaskan anjing tanpa di ikat, memang menggerunkan, tambahan pula tiada lampu jalan memang semua orang yang jalan kaki ini atau berbasikal mahupun bermotosikal akan di kejar oleh anjing melanau dan cina ini.

Terpikir la sapa la yang bela anjing ini, anjing ini ke yang membela manusia bodoh di Mukah ini? Pernah juga ada seorang budak baru balik ke rumah pada pukul 7 malam di kejar anjing dan dengan sesuka hati nya berlari ke dalam longkang, seronok juga balik rumah dah kena marah!!!Kesian. Ada juga penunggang motosikal terbabas ke tepi jalan akibat melanggar lubang di tengah2 jalan akibat memusing throttle motosikal nya akibat di kejar anjing2 ini. Tapi perlukah kita marahkan anjing ini, sedangkan tuan mereka juga patut di salah kan.

Pernah juga baca dalam mana akhbar di mana Pihak berkuasa tempatan akan menghapuskan anjing2 terbiar ini, tetapi tidak pula berlaku di daerah berhantu ini. Memang kesian orang di daerah ini, dapat YB bukan calang2, bercakap tentang pelbagai yang begitu menguntungkan tetapi tidak langsung memperdulikan apa yang di alami oleh masalah mereka yang tinggal di dalam kawasan yang di wakili mereka.

Dalam konteks ini, anjing ini perlu di biarkan oleh tuan nya, ataupun orang MDDM ini sendiri, itu tepulang lah kepada keselamatan, agak2 nya tunggu seorang mangsa mati dan saya akan gelak besar, kerana inilah peluang mereka ini masuk ke dalam TV. Biarkan lah jalan Setia raja di daerah berhantu ini menagih nyawa sesiapa yang lalu lalang di sini. Saya juga pernah terpikir ini konspirasi di antara 3 pihak, pihak berwajib dan orang yang tinggal di situ, kerana mungkin ada sedikit2 industri SME di sana, maka anjing2 ini di bela, dan kerana Ah Long sering memberi pinjam wang kepada pelabur SME ini, maka Ah Long di mukah tidak berani menculik peminjam mereka di jalan setia raja. Maka ada sedikit komisen kepada pihak berwajib kerana tidak mengambil tindakan terhadap anjing mereka ini!!!

Berita kaki... Kucing saya telah di jumpai (bukan dalam gambar) , beliau telah mati di langgar kenderaan yang lalu lalang di depan rumah saya, mungkin saya hanya merasa kesian kepada anak kucing saya kerana mereka masih perlukan susu ibu mereka... Kucing saya itu telah saya tanamkan di hadapan rumah saya di bawah pohonan serai wangi!!!

Mengapa ada sesetengah pihak ini berani sahaja kepada haiwan kecil tetapi takut akan anjing?! Mungkin ada sebab halal haram dan penyakit yang di bawa anjing ini! teringat pulak pada cerita 28 weeks later, di mana rage virus ini di sebarkan oleh anjing, mahu mati semua orang di kawasan parlimen ini kerana virus itu!!!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin