Sunday, June 28, 2009

MALASia

malam tadi saya terfikir2 bagaimana nama tanah melayu ini menjadi malaysia dan pada masa yang sama saya melihat kadar inisetif (initiative) penduduk di negara ini yang terlalu rendah, bak umpama jika kita sedang bermain game yang mempunyai turn, initiative yang terendah itu lah mempunyai turn yang terakhir. manakala initiative yang tinggi akan bermula di pertama sekali.

berbalik kepada nama malaysia mungkin orang yang mula2 terfikir nama malaysia ini sebenarnya hendak meletakkan nama MALASia, tetapi kerana ada 300 juta lagi melayu di luar malaysia, maka niat itu di batalkan (bahasa melayu adalah ke 8 terbanyak pentutur nya di dunia).

Cuba kita perhatikan pekerjaan seperti professional seperti doktor, adakah anda percaya cita2 nya ketika masih kanak2 iaitu hendak menolong orang susah masih ada di dalam hati doktor itu, ada? mungkin 1/3 sahaja. kerana saya percaya 1/3 lagi adalah orang yang hanya bekerja sahaja, dan 1/3 hanya bersifat bayar, dan kerja. begitulah juga profession lain, pelbagai nya hanya lah sama sahaja, tiada yang meletakkan jawapan semasa di sekolah rendah itu sebagai asas misi dalam mereka menunaikan tanggungjawab mereka

kenapa saya melibatkan Malaysia ini dengan malas, so sini saya akan ceritakan, saya juga malas, tetapi ada satu s sahaja, ada orang yang malass, malasss dan malasssssssss. Itulah yang saya hendak katakan. Jika kita rajin kita tidak perlu lagi di didik 100 x selepas merokok padam kan puntung nya sebelum membuang ke tong sampah, atau buang sampah ke dalam tong sampah, selain tong sampah yang memang banyak atau penuh di sebabkan orang malas hendak membersihkan tong itu, maka sampah akan di buang sahaja di hadapan atau di belakang warga malasia ini. jika tidak percaya kaji sahaja lah semua sungai di malasia ini, selepas itu buat ujian kedua selepas 3 bulan dan seterusnya, pelbagai kempen pembersihan sungai hanya seperti melepas batuk di tangga, tiada penyelesaian.

Kerana malas ini juga lah berat sekali kita hendak menegur, menulis dan melapor kan salah laku warga yang malasssss ini kepada pihak berkuasa, mungkin kerana sudah tahu apa yang akan di lakukan seperti membiarkan report anda, atau buat periksa sekali dan balik rumah tido. Ini menyebabkan sebahagian orang malas hendak melaporkan beberapa kejadian. mungkin sebab malas inilah jenayah di malasia tumbuh bak cendawan, kerana sebahagian orang di dalam uniform juga malas!!! Kerana malas inilah, kita sudah ada 100,000 iklan di stesen bas, tiang elektrik dan sebagainya mengenai peminjaman wang untuk orang yang malas ini, dan mereka memejamkan mata untuk membersihkan kawasan itu?!

Walaupun telah dididik dengan reward, warga malasia ini masih juga malas hendak bekerja sama, sehinggakan banyak kes di malasia ini telah lebih dari due date nya, seperti kes altantuya, seperti mana bala malas hendak menjadi saksi atau hilang terus, ia tetap di kategorikan juga sebagai malas, malas bekerja dan mahu cepat kaya, dan berniaga urus beli kapal selam dapat juga 500 juta.

Ini bukti orang2 yang malassss... kita juga lihat di sebelah kanan dan kiri kita juga masih ramai orang yang malas, lihat lah keadaan santainya orang kita di dalam LRT.Duduk dan tidor sahaja daripada membaca buku yang di bawa, mungkin takut terlepas stesen agaknya.

Kerana malas kita inilah, sama ada kita sendiri, negara kita berada di negara ke-7 dalam penyeludupan manusia, pelacuran dan latihan kanak2 sebagai tentera. Kerana malas inilah stadium bola kita kosong kerana kita lebih suka goyang kaki daripada menjerit memaki pemain bola sepak kita, dan akhirnya stadium itu roboh, dan kerana itu juga ranking bola kita di tempat tercorot sekali!!! Kerana malas ini lah kita melihat beberapa kisah sadis di dada akhbar di mana ada orang yang mati kerana di bunuh di potong kepala dan sebagainya.Kerana malas inilah orang kita berdemonstrasi kerana mendengar cadangan hendak menambah kuota 10% pelajar india ke dalam uitm, malas hendak belajar... Kerana malas ini lah kita menjadi masyarakat yang dulu nya prihatin, berbudi bahasa, tidak ubah seperti kutu. kerana masyarakat yang tidak ambil pot inilah, kita lihat banyak kemalangan di jalan raya. kerana masyarakat yang bodoh ini, kita tidak sedar berapa juta sudah wang kita di kebas oleh projek mega. di sebabkan malas ini, ada yang tido tengah meeting, sebab malas ini MP kita tiada di dalam dewan!!!

Kita tidak mampu mengubahnya seorang diri, tetapi masyarakat malas ini kita mesti didik mereka, dan membiarkan pengantian balik "Y" supaya bangsa luar percaya bangsa malasia ini tidak lah malas, dan menghisap dadah, berlumba menjadi penyanyi dan tiada visi. andai mereka tidak menerima didikan kita, kita singkirkan sahaja~!!!

p/s: saya tidak malas sehingga tido dalam meeting or hilang dari tempat di mana saya mesti berada!!! tolong print dan lekatkan di notis board, or tiang elektrik, nak tengok berapa hari baru PBT nak tanggalkan!!!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin