Saturday, June 6, 2009

Adab ketika berada di dalam tandas

kita ambil satu cerita untuk pengajaran kita semua, semasa buang air, jangan bercakap atau mengunyah chewing gum , tapi pilih la aktiviti lain seperti membaca majalah ataupun menghisap rokok. Kisah ini tidak ada berkaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, Mamat singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu Mamat nak beli. Ketika sedang mencari barang itu, tiba2 perut Mamat terasa memulas. Mamat pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.


Dalam tandas itu ada dua bilik air. Mamat pun kunci pintu. Baru saja Mamat duduk, tiba-tiba Mamat terdengar orang dari sebelah bersuara "Haa, macam mana sekarang?"

Mamat diam.
"Haa... Macam mana sekarang?" orang itu bertanya lagi.
Mamat bukan suka nak berbual dengan orang yang dia tak kenal, tapi untuk tidak menghampakannya, Mamat balas juga "Okey gaklah". Kemudian suara tu bertanya lagi, "kau nak gi mana ni?"
mamat mula musykil... tapi Mamat balas, "Aku nak balik Ipoh, singgah sini nak beli barang sikit."
Suara tu bertanya lagi "Bila kau nak gerak ni?" Jawab mamat, "Lepas aku beli barang sikit, aku caulah."
Kemudian Mamat terdengar lagi suara orang di sebelah itu berkata,"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, budak sengal sebelah aku ni asyik jawab aja!!"-mastika

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin