Monday, June 15, 2009

Kehilangan selama 2 hari

dalam 2 hari yang lepas saya berasa kurang sihat, memang banyak isu2 meletop dan panas, ada juga sembab dan suam2 kuku! teringin juga hendak menulis, tapi akibat kesihatan yang tidak mengizinkan.

Jangan pula ada yang beranggapan saya terkena jangkitan penyakit kelamin. No... No...

ha Ha Ha

pada hari jumaat saya berasa demam dan asyik terbersin, bukan di sebabkan kesejukan andai kata saya berikan sebab nya (sebab sering berjumpa doktor) saya mengatakan saya terkena virus. Bukan H1N1, tetapi simptom yang hampir sama, tercirit birit dan selsema, tetapi suhu yang stabil(fuhh selamat...).

Selepas berurut dengan seorang dukun badan saya beransur sihat, ingin juga saya hendak menulis kepada orang kanan WHO margaret chan mengenai ubat terbaik untuk merawat selsema ini, akan tetapi seperti orang2 lain, mereka akan spammed kan terus emel saya, seperti mana di lakukan oleh2 orang di negara kita!!!

Dalam keadaan yang kurang sihat itu saya juga sempat pergi beriadah, dan bermain bola amatur dengan rakan2 sekampung. Untuk mengeluarkan peluh, saya juga harus memaksa badan saya berkumuh supaya badan saya lebih berfungsi.

Beberapa isu yang saya baca mungkin meletop dan mungkin anda tidak tahu adalah mengenai Ahli Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang membidas rakan dalam BN supaya lebih bercakap di dalam dewan rakyat, Wan Junaidi juga adalah timbalan speaker (berdekad sarawak di dalam Malaysia, berbillion hasil sarawak di hisap, itulah jawatan tertinggi orang sarawak), dan pada hari ahad iaitu semalam Nancy Shukri MP bagi Batang Sadong (tempat yang pedalaman-memang tidak maju) membidas kenyataan Wan Junaidi kerana mempertontonkan bahawa MP BN tidak bercakap bagi kawasan yang di wakili mereka!!! Dalam kenyataan Wan Junaidi juga, kata Nancy Shukri, memuji tindakan MP tunggal dari blok pembangkang, Chong Chieng Jen, yang lantang bersuara, tetapi tidak berapa mengikut etika di dalam dewan.

Dan pada hari ini saya juga membaca, artikel mengenai Wan Junaidi bahawa dia tidak akan meminta maaf keranaa dia mempunyai asas untuk bercakap dan mempunyai bukti yang kukuh untuk mengeluarkan kenyataaa, agak2 nya sapa yang sebenarnya takut??

tetapi bagi saya, MP BN tidak perlu mencari atau bikin panas dengan orang veteran, kerana dalam grant sebagai MP sebanyak 500,000 yang tidak di guna2 itu, boleh juga pakat bagi kat orang2 dalam kawasan anda, mungkin bagi RM5 ok lah, kalau kat area bandar mungkin RM50 dah mencukupi, cukuplah untuk mandat 5 tahun lagi ada lagi 2.5 juta!!!

orang sarawak ni bangang, diorang tak tau apa yang MP ni patut buat sebenarnya, yang diorang tau. Peduli apa. janji rock!!!

Kepada MP2 sarawak di luar sana, berhati2 lah, blog ini di publish di sebabkan bukan kerana sayang menyokong pakatan rakyat, tetapi saya sakit dan demam, cirit2 di sebabkan kebodohan anda, mungkin dengan ketiadaan kamu di kawasan kamu nanti akan meredakan kelemahan antibodi saya ini.

Boleh la buat rumah satu kat KL dan satu kat Kuching, jangan lawat kawasan anda YB, bagi RM5 untuk 5 tahun pun takper. Orang kampung memang bodoh2...

Dan tidak terlepas pandang isu mengenai mewajibkan bahasa inggeris supaya lulus saya juga menyokong penuh usaha Mat sembab muhiydin yassin. bukan yassin yang hisap ganja tu...
Dan apa lah guna lulus bahasa Inggeris tetapi bahasa kebangsaan di abaikan, dan penggunaan bahasa inggeris cuma di sekolah sahaja, dan kerana begitu ramai kecuali 52 persatuan dan kesatuan guru yang menentang mewajibkan maksimum 10 subjek di dalam SPM yang kononnya boleh menyebabkan jeopardy dalam permohonan biasiswa(jika masih di praktikkan). saya dengan rela hati(kerana telah mengambil SPM ini) dengan ini menyarankan bahawa subjek maksimum bagi SPM adalah 3 subjek sahaja. memadai!!!

Ha Ha Ha

bila orang buat kerja bodoh, jangan dok perdajal orang itu, nanti dia sedar dia bodoh. seelok2 nya kita tulis di dalam blog, bagi suma orang baca! nak hantar emel kat mat sembab tu mungkin dia tengok ke tidak!!!

Hari tu pun dia lancarkan pertandingan golf... mangkuk hayun punya orang!!!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin