Friday, June 5, 2009

Oi baca... Sarawak miskin lagi!!!

KOTA SAMARAHAN: Sejumlah 54 rumah penduduk Kampung Pinang di sini, terpaksa bergelap sejak enam tahun lalu berikutan permohonan mereka bagi mendapatkan bekalan elektrik 24 jam di bawah skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) ditolak dengan pelbagai alasan.

Akibat tidak sanggup menunggu, ada penduduk bertindak membuat sambungan kabel elektrik dari rumah jiran atau saudara, malah ada antara mereka terpaksa menanggung risiko menarik kabel sejauh 300 meter walaupun sedar ia berbahaya.

Menurut salah seorang penduduk Zainal Abdullah, 38, rumahnya bergelap sejak empat tahun yang lalu walaupun permohonan mendapatkan bekalan elektrik sudah dibuat penduduk kampung sejak tahun 2004 lagi, namun ditolak kerana jumlah pemohon terlalu sedikit.-berita hairan

Mak oi ni nak bagi malu siapa ni? Bukan dulu ADUN kat Asajaya adalah Pehin Seri Abdul Taib Mahmud ke?! Oi Pehin Seri tu BN sejati tau tak!!! Jangan nak buat lawak le... Sapa wartawan ni... Budak mana? Sarawak ke? Kalau semenanjung mau kena bar la engkau dari masuk ke Sarawak!

Sekarang Parlimen ni di wakili oleh anak ketua Menteri Sarawak. Sulaiman Taib. Takkan CEO CMS Group tak boleh nak tolong sikit, orang Samarahan ada sokong Anwar ke? Ada sokong Wan Zainal?! Ada sokong Bujang Ulis?!

Jangan nak bagi malu Sarawak ye, saya baca paper hari2 kalau ada tempat miskin memang ketua menteri saya turun ke padang, prihatin sungguh!!!

Oi padan muka korang, mintak 6 tahun, tunggu PKR menang kat situ baru lah maju... Kalau nak undi PKR jangan letak Piee Ling, nanti saya pulak kempen dengan BN, carik lah calon yang berkaliber sikit kat Sarawak, jangan letak calon yang kelayakan dia pengusaha gerai, mana orang tempatan nak percaya!

PKR kena belajar dari Perak, jangan letak Posmen, dia ni suka merayau!!! DAP pulak jangan letak kerani, nanti rabun mata nya. Jangan lupak banyak lagi golongan professional sekarang menjadi ahli, takkan pengusaha gerai je layak kot!!!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin