Monday, June 22, 2009

baru nak ubah format?

FORMAT pertandingan Liga Malaysia tampak kian meniti kegagalan andai hakikat itu berpandu kepada bicara ikhlas diluahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah yang mahu ia dikaji semula dengan satu perubahan drastik.

Masalah kewangan dialami sesetengah persatuan bola sepak negeri adalah faktor yang mendorong pemimpin badan induk itu sendiri melakukan desakan ke arah perubahan dilakukan pada Majlis Kongres FAM ke-46 semalam. -berita hairan

Ha Ha Ha

hoi sapa lagi minat liga tempatan, mana kewangan nak kukuh takder lagi awang import.

sapa la bangang sangat nak tengok pemain tempatan main, sapa cakap rakyat malaysia nak orang malaysia je kat atas padang.

ni satu cadangan gila

kalau nak tengok pemain tempatan cuba tanya kat astro berapa orang menonton manchester main, brapa orang tengok chelsea main brapa kerat tengok arsenal, liverpool main. kelab2 itu takder pemain malaysia, hull city ada pemain malaysia? walaupun jersi hampir2 sama, tetapi tiada pemain malaysia, masih ramai orang menonton hull daripada menonton pasukan bolasepak tempatan.

cadangan mengenai kewangan, hah... Ini jangan pulak ada gambar proton saga pulak... cuba lihat liga di indonesia, penaja utama adalah djarum super, di antara penaja pasukan di kelab england adalah web berkaitan dengan perjudian, dan juga minuman beralkohol. kita memang la tak galakkan orang melakukan 3 perkara ini, tetapi apa salah nya kita minta sedikit wang dari keuntungan mereka untuk menjana pasukan2 ini.

jumlah hadiah pun langsung tidak menggiurkan, kalau nak di compare kan juara liga perdana england mendapat habuan 20 juta pound, malaysia 1 juta ringgit pun tak dapat. apa benda ni, dah tau takder duit nak buat apa pegi buat liga tempatan, ni nak bagi liga singapore gelak ke?!

yang benar2 mencuit hati liga bola sepak tempatan di katakan pemain import tidak berbisa, banyak pemain import ini menjadi 3 penjaring teratas di dalam liga malaysia, teringin hendak melihat pemain seperti juan manuel arestegui, tony kutee, christian beckamengo, gustavo romero, kim dong-hwan, keith gumbs, david evans dan banyak lagi awang import yang bermain di liga tempatan? ini tidak cukup berbisa??

memang la apabila ada nya pemain import liga akan di dominasi oleh pasukan2 tertentu sahaja, kerana mempunyai sistem kewangan yang benar2 kukuh, jadi bubarkan semua pasukan negeri, buat pasukan seperti di singapore, kelab2 yang di pengerusikan oleh pemegang saham, mereka yang mempunyai kewangan yang kukuh (akan di pantau oleh FA negeri) ini akan cuba memancing pemain2 terbaik di ceruk dunia, memang tidak mampu untuk memancing pemain bernilai di dunia, tapi apa salah nya kita mendapat seorang dua pemain seperti Aleksander Kuchma dari Kazakhstan, alfonso soborio dari costa rica, deng zhouxiang dari China dan bermacam2 lagi rupa pemain dari segala ceruk rantau di dunia untuk bermain di liga tempatan.

Pemegang saham ini akan cuba mempromosikan kelab2 dan cuba memancing penonton untuk menonton di stadium, cuba kita saksikan daripada yang di atas kita akan melihat stadium kita di penuhi seperti pada tahun 2000? di mana penonton kita mencapai lebih dari 100000 untuk semalam perlawanan? bukankah itu lebih baik daripada melihat cuma tidak sampai 50000 penonton di setiap venue pada hari perlawanan.

Cadangan2 lain adalah, memberi kerakyatan kedua kepada pemain yang bermain lebih dari 5 tahun (di lakukan di semua negara yang mempunyai liga profesional), Amauri sendiri warga Brazil tapi layak untuk menyarung jersi Itali, Santos kita tidak lupa, juga warga brazil tapi menyarung jersi jepun, dos santos juga menyarung jersi tunisia. Ini akan membolehkan pasukan2 ini menambah pemain import di dalam pasukan mereka, kita sebenarnya melihat dari perspektif berbeza, lihat sahaja pasukan kelab dari malaysia begitu mudah di jinakkan oleh pasukan lain dalam pertandingan continental.

Penyertaan pemain bawah 21 tahun sepatutnya di longgarkan, ini benar2 menyusahkan pasukan kerana menjadi compulsory bagi setiap pasukan untuk menyenaraikan pemain di atas padang pemain bawah 21 tahun, di negara manakah yang melakukan undang2 sebegini?! tetapi kita mempunyai liga remaja atau piala presiden bukan? itu sudah memadai.

Kita bukan nya memerlukan format liga yang begitu sempit dan sukar tetapi melihat dari berbagai segi untuk memajukan tetapi sebenar kelonggaran untuk sebuah pasukan, sebuah pasukan terdiri daripada sebelas pemain, tetapi pemain ini akan berasa diri melakukan latihan jika stadium tidak penuh.

Walaupun apa status pasukan, jika permainan dan pasukan yang mantap mereka akan memenuhi stadium! lihat lah kepada pasukan selangor mppj pada tahun2003, mereka begitu gah sekali!

sebelum berlaku apa2, eloklah kita membuat meja bulat, bukan mencari kelemahan, tetapi mencari cara bagaimana hendak mengatasinya.

peminat2 pasukan bola malaysia boleh lah memberi cadangan anda ke

FOOTBALL ASSOCIATION of MALAYSIA
General SecretaryWisma FAM,

Jalan SS5A/9Kelana JayaPetaling Jaya,
47301SELANGOR
Tel : +603 7873 3100Fax : +603 7875 7984

Email : gensecfam@gmail.com

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin