Saturday, June 6, 2009

Astaga, baru nak balik ke agama?!

PUTRAJAYA : Ibu bapa perlu menekankan pendidikan agama kepada anak pada peringkat awal bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam gejala sosial dari Barat yang bertentangan dengan Islam.

Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Kebangsaan, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin, berkata bagi masyarakat Islam, pendidikan agama kepada anak-anak adalah satu daripada kemahiran keibubapaan yang penting pada ketika menghadapi kehidupan yang semakin mencabar pada masa ini.

Beliau yang juga isteri kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata antara aspek agama yang penting yang perlu diterapkan kepada anak pada peringkat awal ialah bersolat dan membaca al-Quran-berita hairan

Astaga dah macam tunggang terbalik dah Melayu baru nak balik ke Islam, tu lah orang suruh junjung Quran korang junjung keris, orang suruh utamakan Islam, korang utamakan Sultan. Sekarang apakan daya, bangsa Melayu bukan di musnahkan oleh Yahudi ataupun bangsa2 lain, tetapi Melayu di musnahkan oleh bangsa nya sendiri.

Sepatutnya walaupun tidak di laksanakan , sekurang2 nya kempen kesedaran mengenai Islam haruslah di laksanakan dari dulu, Islam itu kan syumul, lengkap dan sempurna. Mak aih, siam kat kelantan pun dapat terima, walaupun tidak mendapat hidayah, kenapa kita pula yang harus tolak?!

Sekarang dah Melayu minum arak macam minum teh, seks bebas macam binatang, buang anak macam musim buah, hisap dadah macam isap rokok, buat VCD macam berkaraoke, baru sekarang nak sedarkan bangsa?!

Cuba lah... Selamatkan sedikit pun dah kira ok sangat, tapi sambil tu suruh kerajaan bagi banyak2 lagi lesen tempat hiburan, adakan 365 hari aktiviti bernyanyi dan program realiti, konsert setiap hujung minggu.. Ops kalau tak nak siarkan pasal agama, kuliah ataupun tilawah jangan siarkan pukul 2 3 pagi, mana manusia nak tengok!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin