Thursday, June 4, 2009

Jahanam! mana dia aman selamat makmur!!!



KES rogol membabitkan gadis berusia bawah 18 tahun meningkat 316 kes pada tahun lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,414 di seluruh negara. Statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu juga menunjukkan jumlah berkenaan adalah yang tertinggi berbanding 2006 dan 2007 yang masing-masing mencatatkan jumlah 2,431 dan 3,098.

Sepanjang tiga tahun itu, gadis berusia 13 hingga 15 tahun menjadi mangsa paling ramai dengan jumlah 4,136 kes. Ini diikuti gadis berusia 18 tahun ke atas dengan jumlah 2,493 kes dan gadis berusia 16 hingga 18 tahun dengan jumlah seramai 1,632 kes.

Jumlah yang meningkat ini menimbulkan curiga sama ada ia adalah kes tulen atau secara rela akibat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan hari ini.- berita hairan

Tu statistic, yang aku baca 2 minggu ni rasa2 ada 7 dah kes rogol kat sarawak... Sarawak ajer... yang rogol cucu tu takder, yang mat lalok rogol tu takder, ni cerita pedophilia gila di Sarawak sekarang. Minggu pertama sahaja 2 kes di Kuching, 1 kes masing2 di Miri dan Bintulu. Mangsa di antara umur 3 hingga 15 tahun!

Yang binatang nya, ada penjenayah ini masih bebas dan masih akan berlaku kes ini (seperti buang bayi, ia juga bermusim) dan mungkin lebih banyak penjenayah yang pedophilia di luar sana...

Aneh nya, sebagai seorang lelaki (saya bukan pedophilia), saya juga mempunyai nafsu, apa kejadahnya merogol kanak2 berusia 3 tahun!? Sejahat Amerika masih rogol orang yang mempunyai kuasa untuk melawan dan mengerti erti penyeksaan ini, dan bagi saya tiada daya penarik pada seorang anak kecil ini, apatah lagi melihat perkembangan anak2 ini saya berasa khuatir yang mungkin saya nanti akan berkahwin dan akan mempunyai seorang anak. Adakah tidak timbul perasaan khuatir jika masih ada pedophilia di luar sana yang merogol anak2 kecil ni dan meliwat anak2 lelaki kita?!

Apakah kita sudah menjadi gila atau sasau sehingga sanggup memperbodoh dan memperjudikan seluruh usia kita di tali gantung, bagi saya seindah2 pelacur itu tahu dia bukan melacur seusia 3 tahun tetapi adakah anak kita nanti mampu melupakan trauma nya semasa kecil...

Perlukah kita melantik seorang bodyguard di setiap kawasan perumahan untuk menjaga anak2 kita. Minta lah kepada pedophilia ini supaya bertaubat dan menyerah diri kepada polis, adakah tidak ada sekelumit perasaan kasih sayang dalam diri anda, dan harapan saya orang seperti inilah yang patut di gantung tanpa perlu di bicarakan lagi.

Apakah bezanya manusia yang berakal ini dikuniakan fikrah akalnya tetapi tidak mampu untuk berfikir sehingga menjadikan kanak2 tidak berdosa ini sebagai permuas nafsu. Bukankah pelacuran belum di hapuskan seperti penghapusan kepada "Ah Long"? Mengapa tidak pergi sahaja ke sana untuk membayar "bil air" anda?!

Pesanan kepada Ahli Parlimen Bintulu, Mr Tiong, takkan samseng Sibu saja lu berani kacau, sana lu punya tempat lagi gila, orang sana rogol budak kecil lu tada mau cakap ka!? Itu samseng Sibu memang la lu mau hapus sebab dia olang mana ada ngam sama lu, sebab lu punya family samseng bintangor.

Maaf, mungkin bahasa ini agak kasar. Tetapi takkan nak sensored pulak!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin