Thursday, June 18, 2009

malaysia masuk dalam list oi!!!

KUALA LUMPUR 17 Jun - Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyenarai semula Malaysia antara negara yang menyeludup manusia merupakan cubaan untuk menjejaskan imej negara ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau percaya ia merupakan tindakan kongres AS untuk memburuk-burukkan Malaysia.

"Saya dimaklumkan bahawa ada gerakan daripada anggota Kongres AS untuk mencaci Malaysia berdasarkan masalah penyeludupan manusia.

"Kedudukan Malaysia di tengah-tengah kawasan ASEAN mempunyai kelemahan dari segi geografi untuk perdagangan manusia ke seluruh dunia.

"Warga-warga Iraq, Asia Barat, Pakistan dan Bangladesh sering transit di Malaysia sebelum berangkat ke Australia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan AS memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu.-TT (dari utusan me-layu)

Ha Ha Ha

Apa kah ranking malaysia kalau kita train kanak2 jadi tentera, mau respect negara afrika dengan kehebatan malaysia, ni sekarang dah no 7...

S. Subramaniam juga menyeru para majikan memberi satu hari cuti kepada pembantu rumah supaya mereka boleh menjayakan dan memenuhi permintaan pelancong di Bukit Bintang, Brickfields dan kawasan2 yang begitu pesat dengan aktiviti perdagangan seks ini.

Sekarang juga ada cadangan nakal untuk membawa pembantu rumah dari China, syukur lah. Harap2 selepas ini, pembantu rumah dari Filipina juga di bawa masuk, dari Mexico, Peru, Yemen, Hungary, Kazakhstan dan sebagainya di bawa menjadi pembantu rumah di Malaysia.

Memang jahat media asing ini melabelkan malaysia sebagai negara yang memperdagangkan hamba, jangan lah samakan malaysia dengan negara2 dunia ke 3, malaysia ni negara yang indah, baik2 belaka. Mungkin yang datang ini tiada data di dalam imigressen, emmmm macam mana boleh berlaku hah?!

Mana satu nak caya ni, KLIA ke Imigressen sekejap pelancong 15 juta sekejap dalam imigressen 3 juta...

Hmmmm...

Patutla nama Altantuya tak der!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin