Wednesday, June 24, 2009

berkisar mengenai pelajaran

gua mendengar penjelasan TPM bahawa sistem PPSMI akan di bentangkan ke kabinet pada seawal2 nya bulan julai, entah tahun bila saya tidak tahu, tetapi di sini saya ingin serba sedikit menulis tentang pelajaran...

gua semalam ada cakap sama kawan gua dari Kuching.

mengenai sistem biasiswa dan pengajian tinggi. dan kaitan nya dengan pelajar tingkatan 5 yang cuma mengambil SPM hanya dengan sepuloh subjek, dia juga mengusulkan bahawa sistem argegat di perlukan tetapi lebih menarik. pada setiap penyata ini katanya, haruslah seperti report card budak2 sekolah di mana markah juga harus di siarkan.

gua paham mengenai apa yang kawan gua hendak katakan... di mana apabila keputusan spm di umumkan, maka pelajar akan dapat melihat markah nya. seolah2 apabila seseorang itu lulus kimia dengan mendapat c+ atau sekarang c5 tetapi markah nya yang kelihatan hanyalah 17%, itulah yang hendak kawan saya nyatakan.

sistem argegat pula di mana mata pelajaran wajib lulus seperti BM dan BI(konon nya) harus lah markah2 ini di tambah dengan 2 mata pelajaran elektif dan beberapa mata pelajaran terbaik untuk mendetermine kan jumlah percentage tertinggi pelajar itu. contoh nya apabila 6 mata pelajaran ini di tambah maka percentage nya adalah 95% andai kata jika pelajar ini terbaik di malaysia maka beliau lah yang patut nya mendapat kan pelajar terbaik di malaysia. andai kata jika 6 mata pelajaran ini terikat maka kesepuluh2 mata pelajaran itu di gunakan untuk mencari pelajar terbaik spm pada tahun itu.cuma untuk pelajar yang terikat dengan jumlah peratusan yang sama sahaja di gunakan.

dari sistem inilah kita tahu bahawa jumlah kelulusan bagi markah2 ini tidaklah pelu di turunkan malah harus lah di naikkan contoh nya untuk mendapat E8, maka pelajar seharusnya mendapat markah di antara 65% ke 70% dan untuk mendapat A1 pelajar semestinya mendapat kan markah sekurang2 nya 96%. Ini amatlah baik dengan penganugerahan sistem biasiswa kepada para pelajar yang mungkin akan di hantar keluar.

maka pelajar akan tahu kedudukan mereka sebelum memohon biasiswa, SPA juga perlu mengeluarkan satu statement di mana pemohon biasiswa, keputusan mereka dan siapa yang berjaya harus lah di tunjuk kan kepada setiap ahli parlimen(duit cukai tu), dari sini kita boleh tahu berapa kerat melayu bodoh dapat dan sebagainya.

Kita juga akan melahirkan pelajar yang berorientasikan kepada keputusan bukan kepada peperiksaan seperti mewajibkan pelajar lulus tetapi semua orang tidak tahu markah lulusnya berapa.

sekarang mungkin pelajar kita akan menjadi kualiti, dan tidak lah kita perlu sibuk2 mendengar pujian dari negara kenya tetapi kita mensti menunggu pujian dari negara seperti singapore, czech dan amerika untuk memuji sistem pendidikan kita.

kebodohan kita percaya seratus peratus kepada menteri pelajaran akan menyebabkan kita mengaku diri kita pandai, tetapi hanyalah boleh di bandingkan dengan negara kenya, kerana inodnesia tidak pernah meluluskan ramai pelajar di sekolah mereka di sana dengan menurunkan gred dan peratusan untuk lulus kerana ini menyebabkan mutu dan sistem pendidikan yang sedia ada mundur menjadi tidak berkualiti.

sebab itu lah kita melihat sekarang, permintaan kepada pekerja indonesia amat tinggi dan begitu menggalakkan jika di bandingkan dengan kompeni lokal ini untuk mengambil orang malaysia sendiri bekerja!!!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin