Wednesday, June 10, 2009

Menteri Pelajaran sekarang lebih pandai sedikit.

Satu kajian akan dilakukan di mana kerajaan memerlukan feed back dari orang ramai bagaimana English sebegitu diperlukan sehingga di wajibkan lulus untuk mendapatkan sijil SPM, feed back ini terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saya secara total nya juga menyokong penuh (100%) kepada mewajibkan semua pelajar yang mengambil SPM harus lulus di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, mengambil kira keperluan kita pada masa ini.

Saya juga turut ingin menyarankan kepada kementerian pelajaran juga untuk memansuhkan PPSMI kerana PPSMI langsung tidak berjaya malah memperbodohkan bahasa kebangsaan malah menyebabkan ramai pelajar benar2 belajar kedua mata pelajaran berkenaan sekadar untuk lulus sahaja.

Di sini juga saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah implikasi sebenar kepada ujian bertulis kertas 1 dan 2 di dalam subjek Bahasa Inggeris di peringkat SPM? adakah kita apabila melihat terlalu banyak pelajar mendapat taugeh kita akan menurunkan gred mata pelajaran berkenaan.

Di antara saranan saya juga adalah :
  1. Tiada lagi ujian berorientasikan kepada lulus sahaja.
  2. mewajibkan semua penjawat awam juga harus lulus bahasa Inggeris.
  3. Tahap kelulusan bahasa Inggeris harus sekata sama dengan GCE level (Cambridge Level)
  4. Mewajibkan pelajar lulus ujian Lisan dengan sekurang2 nya C.
  5. Mata pelajaran Bahasa Inggeris juga perlu ada kertas ulangan Julai seperti mana Matematik dan Bahasa Melayu, dan semua penjawat Awam yang mendapat 9U di dalam GCE level harus mengambil semula ujian berkenaan.
  6. Markah lulus adalah 70%.
kerana pentingnya Bahasa Inggeris saya juga menyokong tindakan kementerian Pelajaran untuk berjumpa dengan pertubuhan guru di sekolah negara dengan mengambil feed back daripada mereka di mana 50 kesatuan ini meminta kementerian mempertimbangkan untuk mengehadkan 10 mata pelajaran di dalam SPM kepada 12. Saya juga berasa 12 adalah sangat2 relevan di mana pelajar di sekolah menengah aliran teknik dan agama sahaja yang mengambil Sains sudah mengambil 11 subjek.

Kepada sesiapa yang hendak memberikan feed back , haruslah menghantar emel kepada kementerian Pelajaran Malaysia : kpkpm@moe.gov.my

p/s: dalam 50 kesatuan tu rasa2 william ghani Bina mesti tertido ataupun tak tahu kan. Sebab sebelum ini beliau menyokong hasrat kerajaan untuk mengehadkan pelajar untuk mengambil 10 subjek dalam SPM.

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin