Wednesday, June 10, 2009

Mak aih... mana nak beli ni

MIRI: Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) mengesan tindakan sesetengah pengusaha makanan di Sarawak yang mengambil jalan mudah, dengan mendapatkan sijil halal daripada syarikat swasta lain yang beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, berkata tindakan itu diambil berikutan syarat ketat yang dikenakan Jais terhadap pengusaha makanan yang ingin memohon sijil itu.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Perindustrian berkata, pengusaha berkenaan sanggup membayar wang yang banyak daripada pihak lain semata-mata untuk memperoleh sijil halal.-berita hairan

Ni berita kat sarawak, masih baru masih hangat... Macam kucing baru kena langgar kereta. Masih hangat, boleh di lipat kaki nya. Ulat belom datang dan lalat pun belom tiba...kat semenanjung malas nak ulas nanti masuk ISA.

Alahai diorang ni kalau bab beli membeli ni mesti ada harga kan... Kenapa tak cakap berapa harga dia. Pasar open air kat kuching pun nak beli sijil halal. Dia tu jual kueh chap. Dia talipon saya tanya berapa harga dia. Dia tu nak beli 17 sijil halal.

Ha Ha Ha...

Amenda ni, ingat remeh ka halal haram tu... Berbalik kepada Islam, kita ketahui andai kita tahu bahawa ada orang meletakkan setitik air arak di dalam bekas yang di penuhi air susu, maka haram lah air susu itu. wei tak paham ke, kalau yang haram itu pastikan haram bagaimana hendak halal kan lagi. Mak aih...

Tak tahu dosa pahala ke? Takkan gaji kecik nak jual sijil halal. tak da pemantauan ke. Nak kena tukar kerajaan ke dulu baru nak sedar. Wei... banyak orang melayu sekarang tak pandai memasak, makan kat luar makan kat kedai2 mahal, tengok2 sijil halal beli.

Ha Ha Ha

jangan pandang remeh benda ini, JAIS perlu beritahu no sijil yang telah di jual dan kami juga ingin tahu kedai mana yang menipu kami itu dengan menjual makanan yang was-was.

Kerja gila kerana duit secepuk hendak berlumba nak ke neraka!

2 comments:

Basuh Baju said...

sekarang ni halal haram pun boleh dijual beli ka?

Kucing Parsi said...

ini nama nya kerja gila

nak berlumba jual benda2 yang tak patut jual

yang ni tak tau haram macam mana

kalau yang ni jual anak pun nak jugak kot!!!

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin