Thursday, June 4, 2009

Hapuskan Ah Long, TEKUN akan subur!

JOHOR BAHRU 3 Jun - Kumpulan ah long di negeri ini bukan sahaja bertindak sebagai ceti haram malah mereka turut terlibat dalam jenayah pelacuran, pengedaran dadah dan perjudian.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. Beliau berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan ah long berkenaan dan sedang memburu
-------

Tegas Mohd. Mokhtar, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan individu yang menjalankan aktiviti haram seperti itu kerana ia menyalahi undang-undang.

''Tindakan mereka juga tidak wajar kerana meletakkan undang-undang di tangan sendiri,'' katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhenti meminjam wang daripada ah long kerana akan memberi implikasi negatif kepada kehidupan diri dan keluarga.

''Masyarakat perlu hidup dengan kudrat yang kita ada dan berbelanja mengikut kemampuan sendiri,'' katanya.-utusan me-layu

Dalam hendak menjaminkan sistem "Ah Long" kerajaan yang di kenali sebagai Tekun, yang konon nya tidak mencekik darah terus menjadi popular!Kerajaan dengan kerjasama polis raja-di Malaysia terus membanteras kegiatan Ah Long di negara ini, semua banner ini di turun kan.

Maka peminjam yang bumiputera terus di tindas Ah long sistem riba yang di perkenalkan UMNO kepada kita, di mana kita membayar setiap minggu dengan kadar yang tinggi, walaupun tidak di seksa jika tidak membayar balik, tetapi penagih hutang ini akan memberikan pelbagai tekanan kepada peminjam termasuk menakut2 kan dengan erti kata lain "menambah kadar bunga" atau bahasa ringkas nya pinjaman tidak di lunas dalam baki tahunan mengikut peratus pinjaman.

  • Nak tanya sikit kalau nak hapus Ah Long tu buat lah satu sistem di mana menerima peminjam black list jugak. Yang black list ni lah yang pegi jumpa Ah Long. Kalau black list ni dapat di lihat pada dahi mereka memang banyak la orang Malaysia mempunyai dahi yang tertera perkataan "black list" ini.
  • Peminjam tidak di bebankan dengan kadar peratusan faedah yang tinggi, TEKUN ni koperasi, bukan company yang nak buat untung banyak2, so orang koperasi tak boleh le nak expect pulangan yang tinggi. - susah jugak sebab sher holder memang orang UMNO je.
  • Jangan buat sistem isi borang tu isi borang ni jumpa penghulu jumpa pegawa skel A, ini lah orang kita betul2 benci!!
  • Kalau takder orang nak pinjam takkan "kedai" Ah Long ini sama banyak dengan kedai top-up. So jangan la bebankan rakyat sangat.
  • Tak semua nya Ah Long jahat, tapi memang banyak la...
  • Elakkan meminjam wang dan berhutang, baik dengan TEKUN atau "Ah Long"

1 comment:

Basuh Baju said...

TEKUN? Hmmm betul ke faedah nyer tinggi?

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin