Tuesday, June 9, 2009

kalau rumah, tiada CF, stadium?!

KUALA TERENGGANU: Kerja merobohkan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) untuk dijadikan dataran dan tempat letak kereta di tengah bandar raya ini ditangguhkan bagi membolehkan prasarana itu digunakan untuk penganjuran pelbagai acara sukan, selepas sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak ditutup.
--------------
"Kita terpaksa tangguhkan projek merobohkan SSINS untuk dijadikan dataran dan taman dalam bandar serta tempat letak kereta yang pada mulanya dijangka bermula tahun depan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. SSINS yang dibina di tengah bandar raya Kuala Terengganu dan dirasmikan bekas Pemangku Raja, Tengku Mahmud Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada 27 Ogos 1967 pernah melakar sejarah apabila Terengganu buat julung kali menjuarai Piala FAM pada 1969. -berita hairan

Mak aieh... Kalau lah ada 10 stadium dalam Kuala Terengganu ni di roboh kan kemudian nak buat lagi 10 lagi stadium, tu dah berapa banyak tender dah bukak tu...Korea ada lagi tak? Ni mesti tengok KLCC ni, tu korea jugak buat. Runtuh dak?!

Keselamatan memang perlu di utamakan tak kira anda bekerja di dalam sektor apa sekalipun, tapi ini public safety macam mana nak handle..

Beberapa pemaju perumahan tidak membenarkan pembeli untuk berpindah terus ke dalam rumah kerana tidak ada sijil menduduki (CF). Tetapi stadium yang di gunakan untuk pelbagai temasya boleh di luluskan begitu sahaja, Adakah Pengarah JKR akan meletak jawatan?!

Bagaimana pula kalau SSINS ini di robohkan di manakah tempat bagi orang Kuala Terengganu untuk beriadah. Kesian sudah tidak berstadium orang di Terengganu, terpaksa la bermain di kampung2. kepada suma tourist di Pulan Wan Man dan Pulau Duyung jangang terkejut tengok orang Ganu main tepi2 rumah, takdok stadium lagi!

No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin