Friday, June 19, 2009

Kearah pendidikan malaysia yang mundur

“Lapan syarat itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gapena. Ia turut merangkumi syarat bahasa Melayu kekal sebagai pengantar bagi pendidikan awal sehingga pengajian tinggi, tenaga pengajar BI mesti mencukupi, berpengetahuan tinggi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, berketerampilan serta sedia berkhidmat di luar bandar.-berita hairan

Bodoh tetap bodoh sekejap 10 mata pelajaran di mana semua nya wajib.

Ha Ha Ha

Tiada pelajar terbeban ambik lebih dari 10 mata pelajaran kerana saya percaya ada segelintir (seciput) pelajar ini memang hebat dan boleh handle kan masa mereka!

Mereka mengambil 1000 mata pelajaran pun sebab mereka mampu dan hebat, dan mereka ini mengambil kerana hendak menguji sejauh mana peratusan sel otak mereka di gunakan!

Ha Ha Ha

Bila nak hapuskan PPSMI

Nak kuat kuasa kan lulus Bahasa Inggeris gua memang 100% sokong. Gua lagi ekstrim , not just only pass the english paper, but I urged to government to award SPM certificates to student who scores distinction in English.

Ini gua nak kasi gua punya hujah...

Lu orang tada setuju gua tada kesah, ini gua punya hujah.

Benarkah sistem pendidikan kita benar2 di kagumi oelh Kenya dan berbagai negara lain? Perbandingan mudah, Singapore tidak pernah mengagumi sistem pendidikan di Malaysia, dan Brunei negara diktator pun juga tidak mengagumi sistem pendidikan di Malaysia.

Kita mudah sekali terpedaya kerana sebenarnya Malaysia masih benar2 mengasak untuk keluar dari label dunia ketiga. Tetapi malaysia tetap malaysia, label dunia ke tiga ini lah benar2 merantai sistem di negara kita, mangsa nya sistem pendidikan di negara kita.

Gah sekali kita menyatakan anak2 tadika kemas pun telah di ajar menggunakan komputer, serta telah boleh membuat pelbagai design menggunakan software2 terkini.

Ha Ha Ha

Jangan nak buat lawak la. Gua hari2 tengok, malah ada beberapa orang juga setuju bahawa sistem pendidikan di Malaysia masih sama taraf dengan label negara dunia ke tiga, mengapa pula begitu ramai orang menyokong sistem pendidikan di Malaysia.

Kerana pihak ini begitu menyokong kerajaan menaikkan had umur pesara dari 55 ke 65 ! mereka inilah apabila hendak pencen pun belom kantoi2 lagi.

Ha Ha Ha

Mana cacat nya sistem pendidikan negara kita?! Ok selain masyarakat malaysia yang mampu menggunakan Bahasa Malaysia tidak seperti di India di mana pelbagai bahasa wujud dan kerajaan India sendiri menyatakan bukan Bahasa Tamil bahasa rasmi kebangsaan tetapi Inggeris, kerana pecahan etnik pelbagai menyebabkan Malaysia meniru kerajaan India untuk mengajar anak belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Memang lah kerana asal usul orang yang memaksa malaysia menerima pakai bahasa Inggeris juga dulu2 dari India juga, wilayah yang mana saya tidak tahu, tapi orang dalam Parlimen Kubang Pasu memang kenal sangat mamak ini.

Ha Ha Ha

Orang yang sependapat dengan saya juga adalah semua majikan2 yang melihat bahawa sistem pendidikan malaysia sangat berkualiti, berbanding dengan negara lain, Malaysia sahaja yang begitu gah membanggakan pengalaman daripada pendidikan, lebih 90% pengiklan hanya mahukan pekerja yang berpengalaman berbanding memilih untuk mendapatkan pelajar atau graduan untuk menjadi anggota syarikat berkenaan.

Andai kata, jika pendidikan kita benar2 gah. Seperti di ucapkan oleh menteri pelajaran yang bersilih ganti, buktikan kepada "harga" sebenar ijazah yang di pegang oleh pelajar2 kita!

Ha Ha Ha

Jangan pula selepas ini ada pula alasan yang menyusul, pelajar kita terlalu cerewet dan sebagainya.

Saya juga percaya syarikat pembinaan yang mengambil "warga" asing ini bekerja tidak pernah mengiklankan di mana2 yang mereka mencari pekerjaan, kerana mereka lebih menilai pengalaman dan juga sistem pendidikan di Indonesia, Bangladesh itu lebih baik dari Malaysia.

Jangan pula selepas ini mengatakan bahawa pelajar kita, atau hasil keluaran modal insan kita tidak mahu menerima gaji seciput, sampai sekarang masih ada lagi warga Malaysia di negara bertuah ini gaji nya 10 tahun sama dengan elaun sebulan PM.

Bagaimana hendak di naikkan sistem pendidikan kita jika ia sebenar tidak bernilai, seperti hendak mengagungkan perak tetapi berlian dan emas sebenarnya lebih berharga, jangan pula kita gadai pula perak itu, kerana perak tetap perak, nilai nya juga tetap sama.

Jika 8 syarat di kenakan persatuan GAPENA, saya ingin tidak meletakkan apa2 syarat, tetapi bagaimanakah orang yang lulus Bahasa Inggeris ini, adakah mereka tahu menggunakan bahasa Inggeris, atau menjadi Mr/Mrs Yes and No or Of course?

ha Ha Ha

Terbeliak mata melihat undang2 pelik tetapi sistem pendidikan kita tetap seperti dunia negara ketiga, yang mencantikkan perak itu kerana putih nya, begitu juga lah sistem pendidikan kita, yang mengindahkan nya hanyalah komputer dan pelbagai teknologi, tetapi minda nya masih tetap berorientasikan peperiksaan semata2. Ini lah main production malaysia, tiada quality control dan tiada cost estimator.

Jangan lah biarkan Ijazah melambak di Malaysia ini, tetapi hendak menjadi buruh bersama Indon di Stadium Sultan Mizan pun orang tak nak ambik! Biarlah kita lihat pada kaki kita, jika kita berjalan tanpa kotoran ertinya kita tidak belajar mengenai kepayahan dan usaha, kerana mereka ini lebih suka duduk dan di junjung, malah ada badut2 di sekeliling mereka ini mengharapkan sedikit wang dinar untuk di bagi makan kepada anak, bini dan bayar hutang piutang.


No comments:

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin