Thursday, June 4, 2009

Mak aih... Baru nak buat ke?!

Tiga projek yang tahap keselamatannya menjadi persoalan sekarang adalah terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Gong Badak, Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

Berikutan itu, hari ini, arahan dikeluarkan kepada JKR supaya memeriksa tahap keselamatan tiga bangunan baru tersebut bagi mengelak kejadian semalam berulang.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mengeluarkan arahan itu berkata, pemeriksaan perlu menjurus kepada aspek teknikal dan reka bentuk serta sama ada pembinaan tiga projek itu mengikut spesifikasi atau tidak. - utusan


Mak aih, baru sekarang nak suruh JKR pantau, alahai bang said, kenapa? JKR tak pernah pantau ke? Bukak banyak2 jawatan kat dalam JKR tu nak buat apa?! Tak ada safety officer ke? Tak ada site supervisor ke? La sekarang apa fungsinya JKR ni?! Owww... main bagi tender kat mana dia hendak la... Kat mana komisen tinggi la... Nak cek amenda nya lagi, karang dah tak buat keja mana ada hands on bang said karang suma nya roboh!!! jangan masjid kristal pulak roboh ye, nanti tak pasal2 mantan menteri perlancongan di siasat SPeRMa, dah tu pulak makan bersama pulak tu. Ilang la terus ajaran Islam Hadhari dari bumi terengganu tu!

Ha Ha Ha

Teringat saya pulak kat cerita ini:

Cerita sebuah sekolah nak buat pagar...

Guru besar pun panggil penender nya (yang di senarai pendek).

Dia suruh semua kontrektor tu pegi ukur berapa nak buat pagar, ada satu bai india, satu apek cina dan satu mamat melayu.Mamat melayu tu pulak tak buat papa. duduk aje tengok orang lain buat, tapi dia tak buat

Itu apek cina pun cakap, saya bikin ini RM7 ribu sahaja, RM3 ribu barang, RM3 ribu upah, RM1 ribu untung,

Itu bai India piun cakap, saya punya itu RM9 ribu juga cukup, itu RM4 ribu saya punya barang, RM4 ribu itu upah orang, itu RM1 ribu juga untung.

Mamat melayu tu pun pegi jumpa guru besar dan cakap macam ni.

saya punya harga RM27 ribu!

Guru besar pun terkejut, awak tak ukur pun macam mana awak buat.

RM10 ribu untuk saya, RM10 ribu untuk guru besar itu RM7 ribu kita suruh apek tu buat!

2 comments:

Basuh Baju said...

hahaha citer ni best.. apa punya guru besar daaa..haha

Anonymous said...

hehehehe... setuju me crita tok...

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin