Wednesday, June 10, 2009

PKR Sarawak terumbang ambing?

KUCHING: Is Sarawak Parti Keadilan Rakyat (PKR) on the verge of breaking up?

PKR Batang Sadong Division chief Sakawi Nahari said he certainly thinks so.

He said eight divisional chairmen unhappy with the new state committee line-up will quit PKR, “bringing along thousands of supporters, if the new state liaison chief Mustaffa Kamil Ayup does not rectify the situation immediately”.

Speaking in a telephone interview late yesterday, Sakawi said the division chiefs were dissatisfied because none of them were consulted before the state committee line-up was formed.

Six of the eight divisional chairmen were not even appointed into the new line-up.-the borniopos


Ni cerita betul2 ke ni?!

atau cerita macam kat selangor sebelum selangor jatuh, berduyun2 la orang PKR melompat parti ke UMNO tapi akhir nya si penyapu pun tewas juga. Apa2 pun kemelut dalaman PKR kat Sarawak harap lah di setel kan cepat2. kalau rasa nak kaya tu PKR bukan parti nya, kalau rasa nak jadi sebagai orang yang mendapat projek, PKR bukan partinya... Melompatlah segera ke dalam BN.

Mana tau untung nasib badan, boleh berdebat macam Ezam kat dalam Hujah. Cepat lah bersihkan PKR sarawak supaya kami di Sarawak dapat faedah seperti di Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan.

kami perlukan wakil yang mendengar bukan nya kami mengundi kerana logo, percaya lah rakyat sarawak lebih pentingkan keyakinan daripada parti. Sebab itu BN masih menang sebab dekat Sarawak BN meletak calon professional dan berkelayakan. Harap PKR belajar dari BN di Sarawak. Kami juga hendak berkongsi kekayaan balak, minyak, gas, eko-perlancongan, perikanan, pertanian, kelapa sawit, arang batu, tenaga, dan pelbagai yang di gembar gemburkan.

Kami sangat2 berharap kepada perubahan, sudah beratus2 bulan BN memerintah, tetapi hanya kontrektor sahaja yang boleh merasai itu semua. Jangan pulak orang di Kuching hendak menumpang kencing di Kompleks DUN yang baru bernilai 300 juta itu, pasti tak di bagi masuk punya. Melepas nak merasa duit yang sepatutnya untuk rakyat, kencing tepi jalan jugak la orang kita.

Merakyatkan ekonomi Sarawak!

4 comments:

hilbertmontell said...

Salam Kucing...meowww !!!

Tahu tak anda PKR ditubuhkan pada asalnya untuk apa??

PKR ditubuhkan semata-mata "kononnya"nyalah kata orang untuk mendapat KeAdilan bagi Anwar yang "kononnya" juga telah menjadi mangsa konspirasi..huh !

Asal penubuhan PKR bukan berasaskan kepada kepentingan rakyat tetapi hanya sekadar untuk meraih simpati rakyat.

Perlu diingat, bahawa Anwar dulupun orang kuat UMNO. Anwar dulu semasa dalam UMNO adalah musuh ketat kepada PAS dan DAP. PKR tiada langsung terlintas dipikiran Anwar ketika itu kerana beliau berada dikedudukan yang sangat selesa dalam parti dan Kerajaan. Dalam pikiran Anwar ketika itu cuma satu..."bila lagi Dr Mahathir nak letak jawatan ni..tak sabar rasa nak jadi PM ni".

Dalam masa-masa Anwar menunggu giliran dia akan ditabalkan sebagai PM, dia tak sedar yang segala pergerakkan beliau sentiasa dalam perhatian musuh politik beliau seperti DAP dan PAS. Perlu diingat juga, orang yang bertanggungjawab keatas penyingkiran Anwar adalah Karpal Singh(Singh is King:..jangan main-main dengan saya"..).

Jadi sekarang, apakah boleh dibanggakan yang terdapat di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan setelah ditadbir oleh Pakatan Pembangkang??? ...mana pergi janji DAP untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Penang jika DAP jadi Kerajaan disana? APA..dia orang pikir nak hapuskan orang miskin kerja senang ke..macam hapus cat dengan cecair tiner..begitu? Sudah jadi Kerajaan rasakanlah..

Yang PKR buat janji tebu kat rakyat di Selangor tu dulu buat apa... kan sekarang rakyat Selangor dah mula menuntut... Negara Kebajikan lah konon... cakap nak bagi duit kepada setiap anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...tapi kenapa sampai ke Mahkamah pulak rakyat Selangor menuntut janji manis PKR tu...huh !

Kat Penang pun begitu...DAP janji nak bagi duit kepada setiap isi rumah dengan wang setiap bulan jika mereka menang PRU...huh! nak tiru Kerajaan Brunei ke...

OLEH ITU...JANGANLAH MENGHARAPKAN PKR ITU NAK JADI KERAJAAN KAT SARAWAK NI...TAMBAH PARAH KITA RAKYAT SARAWAK NANTI. Sekarang inipun kita tengah sesak nafas dikerjakan oleh puak-puak Anwar tu... cuba lihat dalam PETRONAS di Sarawak...rakyat dari mana yang banyak menguasai bahagian terpenting...tiada dari Sarawak. ...rakyat Sarawak hanya dibagi dengan kerja seperti mengangkat besi, mengecat paip, menyelam dalam laut, memasang nat-nat atau skru. Yang mengarah duduk dalam ofis berhawa dingin tu orang mana ????????

Kucing Parsi said...

memang ada benar nya apa yang di katakan saudara, secara ilmiah nya saya juga tidak menyokong anwar ibrahim,

akan tetapi perjuangan dan perlembagaan parti keadilan rakyat yang saya sokong!

dalam beberapa aspek seperti kisah lama saya lagi membenci UMNO yang sebagai tulang belakang barisan nasional

saban tahun berapa keratlah orang dari sarawak di dalam kabinet persekutuan!?

sebelum pak lah jatuh pada 2008, hanya 6 sahaja atau kurang wakil sarawak yang mewakili lebih daripada 20 dan sekarang 30 parlimen

dan tidak pernah lebih daripada dua orang menteri penuh dari sarawak...

adakah dengan barisan nasional kita akan mendapat timbalan perdana menteri dari sarawak, andai kata anwar berpegang pada kata2 bahawa ada timbalan perdana menteri berbangsa cina anda tahu siapa? dia akan memilih naib pengerusi DAP kebangsaan yang juga ahli parlimen bandar kuching, chong chieng jen

secara matematik nya memang adil sebelum ini memang di wujudkan untuk menuntut bela kepada anwar, adakah saudara tahu bahawa mahthir mohamad sendiri mengaku bahawa anwar itu di aniayai!? bukan berkisar kepada anwar sahaja adil atau PKR sekarang,

PKR sekarang juga menuntut bahawa sistem judiciary di malaysia perlu di perbaiki!?
adakah anda ingin melihat sesiapa yang menuntut di mahkamah begitu tertunggak kes nya seperti mana bebarapa kes di mana kesangsian keputusan amatlah sekali diragukan.

adakah kita tidak mahu sistem judiciary di pulihkan, ini bukan di bocorkan oleh kes VK linggam sahaja malah bar council juga pernah menuntut bahawa sistem judiciary perlu di pulihkan!!!

mengenai cara lain, perjuangan UMNO jauh menyimpang...

siapakah yang mendapat direct benefits daripada segala berjuta2 ringgit yang di belanjakan?!?
kontrektor? anda tahu brapa ramai kontrektor di malaysia, lebih dari 80,000...
adakah umno sekarang benar2 untuk mewujudkan mesra melayu atau mesra rakyat?!

bilakah orang dari semenanjung datang ke sarawak?!?!

hanya bila ada projek...betul tidak?
bila kah lagi kita hendak melihat bagaimana hidup nya orang sarawak yang sangat2 sengsara!
hidup orang sarawak lebih kurang dari indonesia yang berada di sarawak!!!

andai kata PKR tidak di terima di sarawak, kita harus terima SNAP dan DAP di Sarawak, mereka telah melakukan yang terbaik kepada orang sarawak

cuma nak tambah orang snap juga ada yang cincai
seperti daniel tajem dan rakan2
tidak di lupakan ramai sangat adun BN di sarawak cuma hendak melektakan wajah di dada akhbar dan mereka sebenarnya mempunyai diari hendak ke mana bukan nya seperti yang di uar2kan dalam sistem demokrasi...di mana wakil rakyat adalah hamba rakyat

mengenai ini
cuba lihat dalam PETRONAS di Sarawak...rakyat dari mana yang banyak menguasai bahagian terpenting...tiada dari Sarawak. ...rakyat Sarawak hanya dibagi dengan kerja seperti mengangkat besi, mengecat paip, menyelam dalam laut, memasang nat-nat atau skru. Yang mengarah duduk dalam ofis berhawa dingin tu orang mana ????????
jawapan saya mudah sahaja, petronas adalah sebuah syarikat di mana mereka mempunyai pemegang saham, tidak semua bos petronas bukan orang sarawak, kebanyakan manager petronas juga orang sarawak...
memang kita lihat di sarawak kebanyakan orang sarawak menjadi kuli, jika anda melihat di kerteh anda akan melihat orang terengganu menjadi kuli dan jika anda pergi ke labuan, orang sabah lah kuli...

adil4Swk said...

sik dapt percayak dengan bolgger tuk. Sik tetap pendirian. Sama macam Sakawi ye juak.

Kucing Parsi said...

bukan sik tetap pendirian...

kita maok pkr menjadi bukan parti kutip orang tepi jalan, bukan kutip orang mata duitan

tapi ambik orang berkualiti...

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin