Tuesday, June 2, 2009

Pengkhianatan kepada Tentera?!

IRIMM bantah cadangan benar Chin Peng pulang ke Malaysia - berita hairan

Hampir 50 anggota IRIMM berkumpul secara aman di hadapan masjid Teluk Air Tawar, di sini, bagi membantah cadangan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Tiada kelihatan FRU atau mana2 anggota penembak tepat di letakkan kerana percaya ini bukan angkara "pakatan Rakyat". masih ada juga orang menjadi beruk jalanan...

Dan untuk mengulas ini saya juga menyokong bahawa Chin Peng tidak lah perlu di bawa ke Malaysia kerana keamanan yang kita kecapi di Malaysia hari ini, tapi soalan saya adalah?

  1. mampukah chin Peng menghidupkan semula ideologi komunis?
  2. adakah kita lupa bahawa chin peng juga memainkan peranan terhadap penentangan kepada penjajah Jepun dan british.
  3. tiadakah pengampunan seperti di uar2kan pada perjanjian pada tahun 1989 di mana apabila Parti komunis malaysia membubarkan parti maka pengampunan berhak kepada mana2 anggota komunis.
  4. perjanjian berkenaan di persetujui jika tiada pertempuran gerila! adakah selepas perjanjian berkenaan masih ada serangan gerila terhadap tentera!

biarlah Chin Peng itu hidup di dalam buangan kerana kita masih banyak masalah yang perlu di hadapi seperti pembuangan bayi, masalah seks bebas, penjualan arak kepada orang islam, rasuah, PDRM tido dan pelbagai masalah.

Jika ini pengkhianatan kepada Tentera Darat yang berjuang menentang komunis macam mana pula pengkhianatan yang di lakukan oleh tentera terhadap rakyat Malaysia di mana C4 boleh di gunakan oleh Unit tindakan Khas, jangan nak tipu la mana ada PDRM ada bahan peletup!!!

2 comments:

Basuh Baju said...

ada satu soalan..kalau chin peng tidak dibenar kembali kerana mengingatkan kepada kekejaman mereka, kenapa pula orang British boleh pulak dilayan begitu baik kan?

british tak kejam kah?

Kucing Parsi said...

ha'ah... setuju tu bro... chin peng walau pun kejam dia tak bunuh semua orang, dia bunuh orang yang tolong british jajah tanah melayu, dia bunuh orang yang jadi "peta" hidup bagi tentera jepun

Post a Comment

bla bla bla
not related? dustbin